Parodi Taki-taki: Nasi-Nasi oleh Hirzi

Salam sejahtera dan salam Jumaat baraqah, para pembaca setiaku!

23 Disember yang lalu, Youtuber terkenal Singapura, Hirzi telah pun melancarkan parodi terbarunya bertajuk NASI-NASI bersama Ucop dan Johanis Sani daripada Malaysia!

Parodi yang dirakam di Singapura ini mengetengahkan isu-isu yang sering dipertikaikan oleh kedua-dua negara ini. Iaitu kebanggaan makanan dan hak milik siapa makanan tersebut, terutama sekali Nasi Lemak. Ini tercetus apabila McDonald’s di Singapura mengeluarkan burger edisi terhad berperisa Nasi Lemak! But hey, Malaysia ada kondom Nasi Lemak so, kosong-kosong ya? Dalam parodi ini, mereka bincangkan tentang netizens yang suka “claim” makanan padahal makanan Nasi Lemak ni… makanan Melayu je kot. Apa yang benar-benar memecahbelahkan Singapura dan Malaysia cuma imigresen, tbh.

Namun, Malaysians being netizens Mesyo, mereka tidak sedar akan mesej tersirat yang ingin disampaikan dan cuma melihat kepada apa yang tertera di depan mata mereka. Literally.

Rotikaya (sebuah wadah “berita hiburan” yang tidak bertauliah, tbh) telah menghantarkan tweet di atas, seolah-olah video NASI-NASI telah jatuhkan “maruah” nasi lemak. Dan dengan itu, mulalah perbincangan tidak munasabah in the reply section!

Sehinggakan ada sesetengah orang bandingkan video ini dengan… K-pop!

Mereka mengatakan bahawa video ini adalah bahan lucah! Tidak boleh dinafikan bahawa mereka-mereka yang berada di dalam parodi ini berpakaian kurang sopan kerana mendedahkan aurat tetapi untuk mengatakan ia “straight up porn”..? Korang tengok porn apa, eh? Please lah, yang K-pop korang pun boleh dianggap porn, juga. Gerak tari yang tidak senonoh, bukak baju sana sini, fan fiction bertemakan gay relationship antara anggota kumpulan, itu semua ok? Double standards, ya?

Tu pasal lah censorship di Malaysia amat ketat! Ini kerana warganegara mereka tidak mempunyai iman yang kuat. Senang tergugat jika melihat lengan tangan terdedah, ataupun buku lali!

Ada pula yang mengatakan bahawa Hirzi dan rakan-rakannya tidak menghormati rezeki kerana bermain dengan makanan. Ini kerana terdapat beberapa bungkus nasi lemak yang digunakan sebagai coli. Hahahahaha orang Mesyo ni BENGAP ke??? Sudah tentu itu sekadar prop???? OMG I can’t. Dan yes, mungkin mereka gunakan nasi dan telur untuk video ini tapi drama-drama Melayu pun guna makanan dan membazir makanan untuk adegan-adegan drama pe?? Bila diorang gaduh abeh makanan tercampak? Running Man pun ada bazir makanan, kan? Dengan permainan tak betul diorang tu, yang Oreo challenge ke apa. Why y’all acting like all these things are brand new???? Why y’all gagging?

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Hirzi cuma ingin stay true to the original MV, that’s why ada adegan-adegan “explicit” . Tu pun Mesyo nak menyalak? Tak pernah tengok provocative MVs ke? MeleTOP pun pernah buat parodi kurang sopan dua tahun lalu, ingat lagi tak?

Blackface? Stay woke, Malaysians.

Dan kepada mereka yang menyatakan bahawa ia agak kurang sopan untuk meletakkan makanan di atas badan, jangan berfikiran ethnocentric, ya? Sesungguhnya nyotaimori merupakan budaya purba yang dipraktikkan oleh orang-orang Jepun dahulu kala.

Funny how these Mesyo netizens kata video ini menjatuhkan maruah, merosakkan akhlak, downgrade wanita tapi panggil Johanis “betina”? Err…. Ok, work!

Cepat nak mengata ini jatuhkan akhlak all tapi kenapa tak nak viralkan isu child marriages, isu buang bayi dan segala isu sosial yang harus diberi perhatian???? Malaysia, please.

Yang penting sekali, saya harap parodi viral ini dapat mengajar warga-warga berbangsa Cina untuk menyebut Nasi Lemak dengan betul! Nasi Lemak dan bukan Nasi Lomak!!!!

Mediacorp Channel 8/Saluran 8 sudah terbitkan drama mengenai Nasi Lemak beberapa dekad lalu di mana Nasi Lemak dimasak menggunakan minuman ice-cream soda so let’s not let them butcher Nasi Lemak anymore!


Mungkin Malaysia baru sahaja kenal Hirzi dan fasa kontroversi ini akan berlalu dengan sekelip mata. Jika MunahHirzi survive the “Say No to MunahHirzi fb page” era, Hirzi boleh menangani ini dengan sendirian!

Hirzi telah pun mengeluarkan official statement dan meminta maaf atas kelakuannya. Saya berharap parodi ini akan mencecah sejuta tontonan kerana kini ia menarik perhatian ramai Melayu step Muslim (imurmotherinlaw, 2018) across the causeway. Our KING deserves that one million views! Parodi ni lebih elok daripada MV Temberang Ayda Jebat, tbh.

Dan kepada netizens yang masih ingin “claim” Nasi Lemak atau apa jua makanan yang senang untuk diperoleh di rantau ini, saya sarankan anda take up anthropology! Pasti dapat cari jawapan anda. Jika ada banyak masa nak komen, pasti ada masa untuk menimba ilmu, kan..?

Done dakwah.

– Pengkritik Sandiwara

 

p.s.

Why do I get the feeling that tweet di bawah ini has to do with this? (ia adalah bebenang)

Saya tidak pasti ya but ok.

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s