Simmba

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam semalam, saya telah pun menonton filem Hindustan terbaru Rohit Shetty bertajuk Simmba yang dibintangi pengantin baru, Renveer Singh!

View this post on Instagram

#Simmba

A post shared by Ranveer Singh (@ranveersingh) on

Filem ini mengisahkan watak Sangram Balareo atau lebih dikenali sebagai Simba yang bekerja sebagai seorang pegawai polis. Namun begitu, dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat yang memakan rasuah dan bekerjasama dengan geng kongsi gelap! Ini membolehkannya mendapatkan wang dengan senang kerana sentiasa menutupi kes-kes samseng dengan memakan rasuah. Namun, setelah disuruh berpindah ke balai polis Goa, sikapnya berubah.

Ini kerana seorang gadis telah dirogol dan dibunuh oleh 2 adik-beradik. Adik-beradik tersebut merupakan ahli kongsi gelap dan Simmba terpaksa menjadi polis yang jujur dan lupakan dunianya yang penuh rasuah dan membawa keadilan kepada penduduk Goa.

Secara terus terang, cara dia dan pasukannya selesaikan kes rogol ini sememangnya tidak munasabah. Walaupun terdesak, saya berpendapat bahawa terdapat cara diplomatik untuk selesaikan kes ini. Jika anda ingin tahu apa yang berlaku, mungkin anda ingin tonton filem ini?

Yang penting, ada penampilan khas oleh Bajirao Singham (Ajay Devgn)! Filem yang menjadi inspirasi kepada filem Simmba!

Filem ini juga amat terpengaruh dengan unsur-unsur Kollywood, oleh itu jalan cerita dan adegan tumbuk-menumbuk amatlah meleret. Memang benar bahawa filem Bollywood amat panjang dan banyak adegan boleh ditiadakan tetapi saya rasa dalam filem ini, terdapat banyak sangat adegan yang boleh dibuang. Akhir cerita juga agak kurang memuaskan dan unsur logik juga hampir tiada. But oh wells, you can’t expect realism in a Kollywood influenced movie!

Isu-isu yang dikemukakan dalam filem ini juga amat penting sekali! Isu negara India tentang kes rogol dan pembunuhan yang semakin meningkat. Semoga dengan filem ini, orang ramai akan ke hadapan kerana rogol atau cabul bukannya isu yang harus diambil remeh, ya Nick Mikhail? Bukan itu sahaja, ia juga menimbulkan isu tentang rasuah dalam kalangan pihak berkuasa di India. Sememangnya kita tahu bahawa pihak berkuasa di negara India ni memang suka makan rasuah, so kepada mereka-mereka yang makan suap tu, tersedak la ye? Ia juga mengetengahkan isu male privilege kerana ia menonjolkan bagaimana lelaki dilayan lain berbanding wanita. Watak Simmba juga seorang fuckboi yang fikirkan dia boleh dapatkan wanita mana-mana sahaja. Inilah tanggapan lelaki India secara am. Mereka fikir mereka lelaki teragung padahal… Cinta antara Simmba dan Shagun (Sara Ali Khan) yang berputik pada mulanya tiada kesinambungan. Saya rasa ia amat cocok sekali kerana chemistry antara watak mereka pun macam platonic sahaja, tidak sepatutnya bercinta in the first place!

View this post on Instagram

Cowabunga, dude ! #turtlepower🐢 #mondaymotivation

A post shared by Ranveer Singh (@ranveersingh) on

He looks better dengan jambang dan tanpa misai tu tau

Di akhir cerita ini, para penonton disaji dengan teaser sequel filem ini yang bakal dibintangi Akshay Kumar pula!

Apa tunggu lagi, cepat tempah tiket anda di Golden Village dan menonton Simmba!

Pengkritik Sandiwara

 

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s