Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pada 21 Disember lalu, penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia Ayda Jebat telah pun mengeluarkan video muzik lagu terbarunya bertajuk “Temberang” yang kini telah mencecah lebih sejuta tontonan!
Pertama kali terdengar lagu ini, saya sangkakan dia kata “terberak” instead of “temberang”… Hahaha lmao.
Malangnya, ramai warga netizen di Malaysia amat kurang puas hati dengan video ini kerana ia mempunyai terlalu banyak unsur “k-pop” dan mereka mengatakan bahawa Ayda Jebat mencuba untuk mengikut-ikut budaya muzik K-pop dan lupakan budayanya sebagai orang Malaysia. Secara terus terang, tak kisahlah ada unsur apa pun. Ayda Jebat dan orang-orang di sebalik video ini tahu trend masa kini dan ingin appeal to the youngsters who memang gila kpop… Tidak boleh dinafikan orang Mesyo gila kpop!
Namun, tujuan pos ini bukanlah untuk mengecam netizen Malaysia dengan pendapat mereka. Let’s talk about Ayda Jebat!
Secara terus terang… lagunya seperti jiplak tau. Sekali dengar je macam lagu dangdut biasa-biasa. Pernah dengar pulak tu…
Ayda Jebat plagiat lagu ni ke..? (I hate using the word plagiat lmao) Jika dengar betul-betul, memang ada persamaan. “Sambalado-oh-oh” dan “Duh, aduh-aduh abang”… Sama kan, sis! Jadi… Betul ke Ayda Jebat ikut irama lagu Sambalado yang dinyanyikan Ayu Ting Ting ini? Ada pula ikut lagu “Toxic” oleh Britney Spears. Tak kisahlah siapa, kalau dia betul-betul jiplak, bakal disaman. Kita lihat je lah eh?
Selain itu, kenapa Ayda Jebat juga meniru konsep Katy Perry? Di mana beliau memakai warna-warna terang serta busana-busana comel di dalam videonya? Sebijik macam Katy Perry.
Yang penting, mereka berdua mempunyai vibes yang sama. Dua-dua popular tetapi tidak pernah memenangi anugerah penting dalam negera masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka berdua juga impikan untuk menjadi GAY ICONS tetapi malangnya mereka berdua… bukan. That’s what you get kerana bermesra dengan Redza Rosli.
Bukan itu sahaja, dengan lagu ala dangdut yang tak seberapa ini, serta vokalnya yang tidak begitu mengagumkan, saya pasti Suria, Ria dan Warna akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan Ayda Jebat dengan lagu ini untuk pembukaan Anugerah Planet Muzik tahun hadapan…
2016 – Pencuri Hati
2017 – Nakal Nakal Nakal
2018 – Mata
2019 – Temberang??? TBH lirik Temberang pun setakat tau bukanya puitis sangat pun!!!
Memang tidak boleh dinafikan bahawa nyanyian, gerak tari dan persembahan Ayda Jebat memanglah mampat dan bertenaga, agak sesuai untuk acara pembukaan APM (or just a performance) TETAPI! Lagu-lagu ini tidak menonjolkan variasi vokalnya untuk dipentaskan di pentas APM. I mean, it’s APM, sebuah anugerah yang mengiktiraf bakat Nusantara, bukan setakat pertandingan Anugerah di Suria. Kesemua lagunya are BOPS tapi saya rasa ia tidak berhak memenangi sebarang anugerah di mana-mana rancangan anugerah tau. Mungkin Ayda Jebat diundang untuk membuat persembahan kerana dia… tidak begitu mahal jika dibandingkan artis-artis Malaysia lain? Dia lupa nak x3 bila hantar quotation kepada pihak Singapura eh..? Jika APM memberi anugerah kepada Ayda Jebat tahun hadapan… we’re gonna go on a riot. She’s basic.
I’m not even gonna mention how undeserving of Maher Zain to receive Anugerah Rentas Planet pada 2017. Abeh tahun ni takde anugerah tu? What even.
Pada masa yang sama, Suria telah pun mula mempromosikan single Temberang di Instagram Story mereka. Kenapa eh? Sebab dia akan turun padang untuk Celebfest? Setakat je kot! Suria dengan selambanya hype artis luar negara tapi bila penyanyi tempatan ada single baru… Korang ada hypekan ke tak? We need the same energy for local celebrities too!
Ria pun begitu juga! In other words, Ayda Jebat akan muncul sebagai salah seorang penerima anugerah di APM dan akan membuat persembahan Temberang!
Balik kepada videonya, saya tak faham kenapa rakan-rakan penari latar tak kasi dia minum milkshake…
Kenapa eh? Ada racun ke? Padahal penari-penari tu semua tengah syiok minum milkshake diorang. Tak faham… Adakah ini pesanan daripada lembaga kesihatan Malaysia untuk kurangkan makan makanan manis? Wow, a concept!
Walaubagaimanapun, Ayda Jebat is a queen kerana dia mengemukakan jantan yang lebih cenderung kepada “Asian Masculinity”! Ingat, erti “masculine” semakin berubah dan jejaka “K-pop” ni semua tak semestinya “bapok”. Masanya untuk masyarakat Melayu normalise “Asian Masculinity” dan tidak bergantung kepada erti “jantan” yang kita semua tahu. Gender is a social construct!
But! Dia masih mencuba sedaya upaya untuk menjadi gay icon.
Dia mempromosikan produk treadmill Gentel Gintell Cybertrek (lol) ni bersama abang-abang sado mampat di Iron Bull Gym! Dah terang nak tarik perhatian para gay-gay Mesyo, kan? Hentikan! You’ll never be a gay icon like Stacy!
Bukan itu sahaja, dia juga meniru konsep bercerita dalam MVnya. Ini semua buah fikiran Lady Gaga!
Terdapat “prequel” untuk MV temberang. Dalam video ini, Ayda Jebat dan mamat Cina ni berjiran tapi asyik “gaduh”. Kononnya gaduh dulu lepastu cinta berputik gitew. Selain itu, dalam MVnya, ada credit scene yang tak perlu. Kononnya macam filem la but lame tbh. Sebenarnya, tujuan video ini sekadar product placement la. So betul la eh, rates dia tak begitu… mahal LMAO.
Tiada siapa yang boleh meniru cinematography Lady Gaga.
Paparazzi merupakan 1st installment of her MV bersiri diikuti oleh Telephone.
Sesungguhnya, peminat setia Lady Gaga akan terus menunggu untuk kesinambungan MV bersiri ini. We stan! Kalau ada prequel… sequelnya ada tak? Sebab “cerita”nya pun belum habis…
Natijahnya, APM harus hentikan memberi peluang/anugerah kepada Ayda Jebat dan Ayda Jebat tidak sepatutnya bersama Redza Rosli!
Saya harus mengaku bahawa lagu Temberang amat ketagih dan saya telah mengulang MV tersebut berkali-kali dan twerking sepanjang hari. I h8 u, Ayda Jebat!!!
– Pengkritik Sandiwara