Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Malam semalam, saya sempat menonton muzikal Lion King yang telah kembali ke Singapura buat kali ke-dua! Oleh kerana saya terlepas peluang untuk menontonnya kali pertama ia ke Singapura (sebab saya miskin dan tak mampu tiket pada waktu itu), saya bertekad untuk menonton Lion King tak kira harga tiketnya!

Namun sebelum saya mulakan reviu saya ini, saya ingin meminta maaf kerana bersenyap selama seminggu. Ini kerana pasukan Pengkritik Sandiwara amat sibuk sekali dengan projek baharu kita yang diberikan oleh pihak Suria! Kita akan ada drama sendiri! Lebih maklumat akan diberitahu sebentar nanti!
Sebut sahaja Lion King, pasti ramai yang terfikir intro ikoniknya di mana haiwan-haiwan berarak ke Pride Rock untuk upacara cukur rambut anak Raja Mufasa yang bernama Simba.
Dalam edisi muzikal, babak ini sungguh gah sekali di mana para haiwan-haiwan bukan sahaja datang daripada pentas, tapi juga pintu belakang, pintu tepi dan pintu-pintu neraka. Ia seperti pengalaman 360 darjah dan penonton betul-betul merasakan bahawa kami berada di Pride Rock! Dengan keindahan busana serta pepatung yang dipersembahkan, saya amat terpegun melihat keperincian desain pepatung dan juga gerak-geri para performer. Melihat mereka point, ekspresi wajah, gerak tari yang teramat sempurna membuat saya ternganga selama pembukaan ini.
Saya tidak pernah menonton pembukaannya di internet pun so saya benar-benar tidak sangkakan bahawa pembukaannya sahaja amat hebat sekali so I was rly awed dan saya tahu bahawa 2 jam yang saya akan luangkan di teater Marina Bay Sands dan wang yang telah saya habiskan amat berbaloi!!! (also, MBS theatre seats berwarna biru WHICH IS NOT CHIC AT ALL)
Storyline muzikal ini agak sama, cuma ada sedikit perubahan di mana mereka memotong adegan-adegan kurang penting dan juga menambah lebih babak untuk bernyanyi. Saya juga amat puas hati dengan bagaimana mereka menghidupkan beberapa babak-babak dalam teater! Seperti babak di mana Simba dikejar oleh kerbau-kerbau (wildebeest), babak ikonik di mana Scar membunuh Mufasa dan juga lagu Hakuna Matata apabila Simba berubah menjadi singa dewasa setelah berjumpa dengan Timon dan Pumbaa!

Minda intelektual saya juga bertanya-tanya mengapa watak Zazu mendapat tukang patung yang memakai topi dan berwarna hijau manakala mengapa pula tukang patung Timon berwarna hijau? Adakah kerana biru itu warna langit dan oleh kerana Zazu seekor burung? Hijau warna bumi kerana Timon seekor meerkat? Dan topi pula melambangkan kepakaran Zazu sebagai seorang hamba yang taat kepada rajanya? Hmm…
Sememangnya, jika Lion King kembali ke Singapura buat kali ketiga pada masa hadapan, saya akan membeli tiketnya dan akan memilih tempat duduk di tepi lorong supaya dapat melihat watak-watak dengan lebih dekat. Ini kerana para pelakon ini bukan hanya turun pentas sekali dua, tetapi berkali-kali! Intro, setelah intermission, dan pelbagai babak lagi lah! Ini merupakan satu-satunya muzikal yang telah saya tonton di mana mereka telah membuat persembahan di luar pentas lebih daripada sekali. Selalunya muzikal lain sekali je kot.

Dengan set yang begitu gah dan berwarna-warni, para pelakon/penari yang amat berbakat, jalan cerita yang kita semua kenali amat sangat dan juga watak-watak yang kita cintai, The Lion King Musical sememangnya sebuah pementasan yang tidak harus dilepaskan. Sebab utama mengapa anda terpaksa lepaskan peluang ini hanyalah kerana anda miskin, kalau tak, here’s the link. Cepat beli!
Sempena Hari Kebangsaan, ayuh tonton Lion King! Bukan cerita dongeng Sang Nila Utama yang terjumpa seekor Singa di Temasek. Tahyul!
– Pengkritik Sandiwara