Gunting The Series: Episod 6

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah episod filler yang lalu, apa pula akan berlaku pada episod kali ini? Jom kita lihat!


Episod 6

Ibu Adi tiba di Singapura dan memberi Taufik dan Adik kejutan! Mampus mereka kenek tangkap basah berdua-duan di flat bersama! Tapi Mak Adi ok je… Makcik Tudung Liberal ke..?

IMG_5758

Iklan gov.sg!

IMG_5759

S&S menerima tawaran untuk mengguntingkan rambut pasukan bola sepak North Harrow dari UK. Mana mungkin mereka akan tolak peluang keemasan ini! Maklumlah, demam Piala Dunia (World Cup) masih boleh dirasa lagi!

Lihatlah betapa hipokritnya drama yang ditaja pemerintah ini. Mereka hypekan pasukan bola luar negara yang mungkin TIDAK WUJUD dan pasukan bola sepak tempatan DIPINGGIRKAN. Gombak United, y’all hear me?  Bukankah sepatutnya meningkatkan kesedaran mengenai S League, Geylang Rovers dan sebagainya? Trash.

Namun, Taufik tidak dapat menyertai brosnya kerana harus melayan Adi dan ibunya untuk makan tengahari.

IMG_5762

Abang ternampak surat penerimaan Najib. Rahsia Najib ingin jadi jururawat telah dibongkar!

IMG_5763

Eh? Kasar betul dia bermanja dengan Salihin eh? Ajak Aqua Aerobic segala. Sweetnya.

Ibu Adi menanya mengapa Taufik tidak bersama pekerjanya untuk gunting rambut pasukan bola. Hahah pengorbana n gitew untuk memikat hati bakal ibu mertua! Dia jawab pun macam nak kenakan Adi.

IMG_5766

Manalah Suria kutip angmoh-angmoh ni untuk babak ni?

IMG_5768

Najib pun mencurahkan isi hatinya kepada Abang mengenai penukaran kerjaya yang dia sedang fikirkan.

IMG_5769

Eh? Kenapa dia nak minta kebenaran untuk keluar dengan Salihin? Hmmm… Jealous lattew!

Adi memberitahu perancangannya tentang perniagaannya kepada ibunya. Taufik seperti clueless dan tidak tahu apa-apa. Dan hanya boleh setuju dan step faham.

IMG_5772

Mereka ni makan tengahari, dah lepas maghrib baru nak kemas-kemas? Ok.

Taufik “malu” kerana Adi tidak memberitahu masa depan perniagaannya dengan Taufik. Padahal Taufik yang tak dengar??? Abeh selalu berbual pasal cawangan kedua S&S. Hanya fikir pasal diri sendiri.

Taufik menyokong keputusan Najib untuk terus menimba ilmu, tidak kira usia.

Adakah mereka bercinta tanpa sedari? Dan mereka telah menyakiti perasaan masing-masing..? TBH, DO WE EVEN NEED THIS LOVE STORY urgh tak perlu.

Secara terus terang, saya berpendapat bahawa setiap episod Gunting sebenarnya bukan kesinambungan episod sebelumnya pun? So why is this even a series???? Boleh tonton satu episod and ok dah. Sebab what happened to the showdown? Si Pinoy mana? Zikri dan adiknya mana? But ok. Mungkin kerana saya menjangkakan lebih daripada Papahan Films so that’s why saya agak hampa (?) dengan this series as of now.

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s