Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hari Bapa jatuh pada Syawal ketiga dan nampaknya ramai orang masih kunjung-mengunjungi dan tidak hiraukan Hari Bapa kerana Men R Trash but itu topik lain.
Mari kita lihat telemovie khas Hari Bapa yang ditayangkan di Suria baru-baru ini!
Baba Papa yang dibintangi oleh D Zaidi Ibrahim, Junaidi Sali, Era Farida, Huda Ramdzan dan Siti Khalijah (WOW Siti K!) ini mengisahkan dua generasi yang tinggal di bawah satu bumbung. Dan… kedua-dua pasangan ini bakal menimang cahaya mata!
Ini mungkin pemandu teksi paling bodoh di dunia. Dia membawa penumpang yang sarat mengandung dan hampir beranak tetapi masih nak pandu secara perlahan walaupun jalan raya kosong. Saya rasa dia suka kalau bayi dilahirkan dalam teksinya kot? Dia mungkin suka apabila keretanya berlumuran darah, eh? Bodo.
20+ tahun kemudian, Lutfi sudah pun ada matair dan hampir kahwin. Tetapi belum ada kerja tetap dan bergantung kepada bakal isteri untuk mendapat kerja. Dia sudah lambat ke kerja dan dia berkomplot dengan bapanya untuk menipu.
Ini Izzaty, matairnye Lutfi.
Lutfi lambat ke kerja dan mereka tidak boleh teruskan penggambaran kerana kamera semua dengan Lutfi!
Ibu Lutfi risau kerana Lutfi bakal berumahtangga dan masih belum ada kerja tetap!
Ini kerana dia ingin Lutfi tinggal di rumah sendiri agar dia dapat ruang peribadi gitew. Nak nikmati hari-hari tua dengan suami tanpa dikacau anak. Nak honeymoon lattew. Mereka dua ni dah lama tak buat dan mereka pun buat tengah-tengah hari.
Baru kahwin, Izzaty dah hamil?????
Pengkritik Sandiwara tidak menyokong kejadian seperti ini. Kami ingin menasihati pembaca kami bahawa membesarkan anak adalah tanggungjawab besar yang menelan belanja yang amat lumayan. Oleh itu, ia disarankan agar kedua-dua ibu bapa mempunyai kerja tetap sebelum merancang untuk ada anak. Perancangan keluarga penting.
Mertua dan menantu berada di klinik wanita.
Ketegangan ganjil. (Product placement)
???????? Ni drama over tau. Semuanya negatif. Takde yang positif????? Apa yang sedara mara akan cakap eh? Yang kau gian? Lame.
ITE kids triggered.
Isn’t that cute? istg ni drama merepek. Cuma fokus kepada negatif. URGH.
Wow, pemenang Kelab Komedi di TV! Tahniah.
Ni that bitch semua orang benci.
Dia tak boleh tahu Izzaty hamil, kalau tak dia akan potong jalan. Klisyenya Suria ada watak yang mengambil kesempatan orang hamil.
Ok, work.
Mampui.
Baru nak makan burger dah diajak cari durian.
Latif menceritakan pengorbanan ayah yang tidak sering dihargai dan dilihat.
Wow, pandai elak.
Tu la, takde kerja tetap, kan? Tak boleh mampu DUA barang-barang baby, kan?
Oh tidak!
Isteriku Ikan Duyung??? Suamiku tukang tudung??? ok work.
Mereka risau akan kesihatan baby.
Izzaty meluahkan masalah kerja kepada suaminya.
Makcik kepo.
LOL.
I know this is a comedy telemovie tapi ni macam lame. Ni bukan doktor biasa tau, specialist tau????? Mestilah orang-orang special jumpa specialist!
Ok, ni kelakar. Kebuluran but ekcili keguguran.
InsyaAllah semuanya ok.
Lutfi mencuba cari kerja tetap.
Uh-oh. Diskriminasi di tempat kerja!!!
Mak dia ni tetiba je nak sentap.
Doktor sahkan bayi normal!
LOL.
Tak suka jangan pakai. Pakai kat rumah je buat basahan.
Hahahahahaha.
Bodo! Cari nahas.
Product placement…
Hahahahahaha kelakar.
Apakah Ultraman?
Istilah “ultraman” dilafazkan agar dua wanita ini tidak akan bertembung!
Izzaty ingin ke kedai suaminya kerana mengidam eggs benedict.
Tapi kedai dah lingkup.
Mampui…
Siapa suruh pancut dalam? Sekarang stres kan takde kerja, anak nak muncul.
Lutfi bercadang untuk mengadakan dokumentari pasal mereka berdua…
Nak ke ni dua ekor buat dokumentari?
Mereka meluahkan perasaan.
Sungguh sebak ye adegan ini, lakonan Era Farida sungguh mantap!
Izzaty ingin “tembok” dihapuskan tetapi tembok siapakah itu? Donald Trump? Izzaty jelaskan mengapa dia tidak selesa dengan kasih sayang daripada seorang ibu kerana dia anak yatim yang tidak pernah merasakan ini semua.
Yay, naik pangkat.
Bini dia tak gelabah, dia yang melebih?
Beberapa saat kemudian, air ketumban maknye pulak pecah.
Dapat drebar sama?????
Saya tahu ini rancangan komedi but takkan nak hapuskan unsur realisme? Mana gloves? Sekurang-kurangnya pakai la gloves.
Yay sudah selamat dilahirkan.
I… I harap ini boleh dijadikan drama bersiri. Ia ada potensi untuk mengembangkan cerita ini, tak kira prequel atau sequel, ia menarik! Satu idea yang baru! Cuma… kurang realistik. Dalam realiti, suami jenis Lutfi ini dikecam dan mungkin tak dapat kerja tetap. LOL. Dia bernasib baik kerana tinggal bersama ayah dan ibu, kalau tak… merana.
Dan… How is this a Father’s Day telemovie? Bila kuasa ibu outshine pengorbanan ayah? But, ok work!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)