Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama bersiri Ikhlas yang mengetengahkan pekerja/sukarelawan dan juga penerima zakat telah pun tamat semalam! So… Jom kita saksikan apa yang berlaku!
Kes minggu ini. Seorang Cina mualaf.
Setelah ibunya terkena angin ahmar, mereka bercadang untuk hantar anak mereka ke rumah ibu suaminya. Dan mungkin isterinya akan berhenti kerja?
Ah Lim, abang Fatimah tiba di rumah untuk menjaga ayah mereka.
Ini suami Fatimah. Nampaknya, rakan-rakan Hakim semua golongan penerima zakat eh?
Khai menyarankan agar Cik Norsiah membuka akaun media sosial untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarganya yang berada di rantauan.
???? Norsiahlicious? Ni apa zaman 2000 ke? NORTIE la hahahahah
Ni drama merepek eh? Mentang-mentang mereka orang Cina dari Ipoh nama mereka Ah Lim la, Ah Siew la. Pui.
Suaminya lambat untuk berbuka…
Dan tidak mengambil anak mereka dari sekolah…
OH TIDAK! Fatimah terus keluar rumah tanpa memakai tudung!!!
Setakat baju melayu je kot. Mestilah bekas suami kau nampak segak. Abeh gunakan anak untuk memancing shopping bersama.
Thirsty sak si dekni ni. Confirm dah lama tak dapat.
Khai dan ibunya terserempak Hakim bersama bekas isterinya…
LOL.
;( kasihan Fatimah. Tiada suami, tak bekerja dan terpaksa menjaga ayah yang sakit.
Ibunya lega cucunya tidak dijaga oleh orang yang tidak dikenali.
LMAO. Ayahnya lebih suka menantu daripada anak sendiri.
BTW. Suria selalu eh amek si dekni untuk lakonkan watak bangsa lain? Vietnam lah, Cina lah.
Bantuan zakat otw, seperti biasa.
Kasihan. Mereka terpaksa ikat perut untuk menampung belanja seharian.
Penerima zakat inginkan wang sekarang juga!
Tapi… bershopping di butik?????
Dia cuba jelaskan. Ekcili muka dia cuak asal eh hahaha.
Fatimah mendapatkan bantuan masjid.
Menyusahkan sak. HAHAHA
Ha bagus, bapak dia pun mati ikut menantu dia.
Abang dia baru balik Ipoh, dah kenek pulang Singapore.
Ni la Melayu cetek pemikiran. Melawat je kot bukannya apa.
Suka la tu isteri nak kerja part time dan jaga anak. Lame. Asal bukan dia yang kerja part time?
Setelah baru berapa hari buka Fesbuk, anak-anak Cik Norsiah telah pun membeli tiket penerbangan untuknya.
Cute tapi tak realistik.
Robek hati dengar perbualan antara Hakim dan Khai.
LOL ok?
Bekas isterinya akan ke luar negara untuk kerja dan tinggalkan anak mereka di sini. So dia berbaik ada niat bukan nak bersama balik lol.
Ini adalah fakta. The fact that diorang masih berkawan??? TRASH.
Senang dia tawan hati mak Khai???
Mak dia redha je kot.
Semuanya berlaku dengan pantas sekali.
They could have included kesemua watak-watak yang pernah muncul dalam drama ini but they let that opportunity miss.
Secara terus terang, drama ni ok je kot. Love story yang agak typical dan juga kes-kes mingguan yang klisye. Keluarga susah, malu nak mintak bantuan tapi akhirnya dapat dan happily ever after.
Apa yang saya suka adalah isu-isu tentang “step muslim” yang waswas terhadap segelintir isu di kalangan masyarakat kita seperti menziarahi kematian bukan islam, status halal makanan dan sebagainya. Sentap tapi santai! Dan juga meningkatkan kesedaran tentang penerima zakat! Serta mereka-mereka yang mengagihkan wang zakat kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Love the song tho tapi tak boleh cari di YouTube. Oh wells.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)