Kathy Gerenti: Episod 5-7

Salam sejahtera wahai pembaca setiaku! Saya harap anda semua sihat dan masih ada nafsu untuk membaca blog saya. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi dalam Kathy Gerenti episod 5-7. Bagi anda yang belum membaca entri sebelumnya, klik di sini.

Pada episod lepas, mungkin suami Zetty bakal hilang kerjanya…


Episod 5

img_9106

Afiq diberhentikan kerja dan tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Bagaimana dia ingin memberitahu keadaannya sekarang kepada isterinya yang sedang mengandung? Pada masa yang sama, mereka sudah beli sebuah kondo!

img_9107

Semasa Zetty dan Afiq sedang berbincang pasal kondo mereka, Ibu Kathy sempat suruh Kathy kahwin. Biasalah drama Melayu.

img_9108

Afiq ingin memberitahu isterinya perkara sebenar tetapi tidak sampai hati.

img_9109img_9110

Ibu Farah terjumpa jiran yang ingin menjual flatnya. Ibu Farah pun menghasut Farah untuk membeli flat daripada jiran itu.

img_9111

Ardi bertambah marah apabila mendengar cadangan Farah kerana Farah seolah-olah tidak memahami keadaan kewangan mereka dan hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan implikasinya.

img_9112

Mereka pun berjumpa Kathy untuk meminta pendapat seorang pakar.

img_9113

Eh, mamat ni masih nak berbual dengan Kathy? Macam lain je… Nak beli rumah bachelor pad lagi. Ke nak akhiri zaman bujang, cik abang oi?

img_9114

Kelakar. Saya masih menunggu masanya di mana watak ibu Kathy memberi kesan yang besar dalam drama ini. (Selain insiden FB tu)

img_9115

Eh eh si dekni? Marah orang sebab tak buat kerja sak. Sepatutnya nasihat supaya suasana di tempat kerja tidak begitu tegang dan persahabatan sesama rakan kerja ok sahaja. Ni tidak. Macam la kau bayar gaji dia sak. Macam mana nak dapat Top Achiever Award kali ini?

img_9116

Hairan eh? Dulu tanpa Johan, bagaimana dia boleh menang Top Achiever Award? Is it sebab dulu dia belum official dengan Johan so dia boleh tiupkerja??😏?? Hmmm…

img_9117

Eh eh Mak Long dengan Pak Long ni, sanggup downgrade rumah ke tidak eh? Sungguh cerewet! Terlalu kecil la, ini lah, itu lah.

img_9119

Ni jumpa klien ke… ke lain? Nampaknya sambil menyelam minum air ye…

Lepastu tenggelam… Apakah yang akan Johan lakukan? Adakah dia akan bersemuka dengan Kathy? Adakah Kathy akan pura-pura pegang tangan Hafiz tu supaya Johan rasa cemburu? Nantikan episod seterusnya… LERET JE KE BAWAH.


Episod 6

img_9199

Eh eh. Apa yang Johan buat kepada Kathy? Cuba ambil kesempatan ke? Nasib Kathy bilang Hafiz bahawa Johan merupakan bekas rakan niaga dan bekas teman lelaki! Lega hati Hafiz.

img_9200

Ibu Farah masih ingin meyakinkan Farah untuk beli rumah berdekatan dengannya. Boleh jaga anak lah, kecemasan la. Hmmm…

Kalaulah budaya Asia seperti di negara Barat di mana ibu bapa menunggu masanya untuk anak keluar rumah dan tinggal bersendirian JAUH dari ibu bapa mereka, alangkah bahagia.

img_9202

Farah dan Ardi sentiasa ada perbezaan pendapat mengenai rumah. Tidak boleh dinafikan bahawa rumah berdekatan rumah ibu mendatangkan manfaat tetapi dalam keadaan mereka yang tidak cukup wang, saya rasa tidak wajar bagi mereka untuk membeli rumah wholesale. Mereka terpaksa membuat pengorbanan!

img_9204

Babak di mana si isteri tiba-tiba kemas bilik dan terjumpa bukti penting di bawah bantal. MUSTAHIL dia tak nampak surat retrenchment tu sak. Bawah bantal bukan bawah tilam sak.

img_9206

Zetty meminta penjelasan daripada Afiq dan lari rumah.

img_9207

Zetty ke rumah ibunya dan mengadu kepada Kathy.

img_9208

Netty secara perlahan hilang klien-kliennya.

img_9210

Pada masa yang sama, jumlah pelanggan Kathy bertambah.

img_9211

Kathy ni eh asyik kenalkan skim baru kepada Mak Long dan Pak Long so mereka pun asyik tukar fikiran! Kenapa tak beritahu skim-skim pada hari pertama dan biarkan mereka buat keputusan?

img_9212

Hafiz secara smooth mengenalkan Kathy kepada ibunya (melalui panggilan telefon) Let’s be real, siapa panggil mak “datin”?????

Kalau dia panggil mak dia datin, dia panggil bapak dia datuk ke? Adakah keluarga dia incest???

img_9213

Benar. Mangsa pergaduhan antara suami isteri selalunya anak.

img_9215

Mereka ingin scrap kondo tersebut tetapi wang pendahuluan akan lesap jadi…

img_9217

Tahniah! Kathy memenangi Top Achiever Award!

img_9219

Benar! Memang Kathy yang layak, korang semua pelakon ekstra sahaja.

img_9221

Eh, nak pergi mana?

img_9220

Hmm… Nak guna-guna Kathy je la tu.

Soalan Bonus Episod 6: Bagaimana Netty memenangi Top Achiever Award sebelum Johan menjadi rakan niaganya?

Kathy tidak akan mudah terpedaya, kan?????


Episod 7

Oh, perhubungan mereka setakat bisnes? Tiada string attached? Saya perasan Suria semakin berani ya mengemukakan isu “casual sex” dalam drama-dramanya baru-baru ini! Macam mana ni? Harap Suria akan rujuk kepada https://singaporeaffairs.wordpress.com/ agar dapat kembali kepada jalan yang benar.

img_9647

Macam mana Hafiz tahu dia Top Achiever? Hmm… Dia ahli nujum kah?

img_9649

Kakak Kathy memberitahu pelbagai maklumat peribadi Kathy kepada Hafiz! Abeh Hafiz ni kononnya coer-up kata Datin yang kepo.

Comel pelakon cilik ni! Kesian Afiq kenek cari kerja dan pada masa yang sama menjaga anaknya. Sampai berjambang segala! Ekcili tak perlu kesian pun memang padan muka. Memang tanggungjawab kau sebagai ketua keluarga.

img_9652

Mak diorang ni kan fitness corner siap dengan gelang-gelang emas. Tanak kalah tau. Mak dia pun usik Kathy la keluar dengan siapa. Tapi Kathy pandai elak-mengelak.

img_9653

Kathy mendapat tahu bahawa Mak Longnya ingin jual rumah. Baru haritu kata nak skim pajak tau. Ni tukar fikiran lagi!!

img_9654

Ini kerana mereka mengikut hasutan kawan mereka yang menjual rumah dan beli rumah yang lebih kecil. Mereka mendapat untung besar dan menggunakan wang itu untuk ke umrah dan juga bayar majlis kahwin anak mereka.

Mak Long terdengar duit je terus tukar fikiran!

img_9655

Tetapi, Kathy menyuruh mereka fikir masak-masak kerana mereka berdua tidak bekerja. Mereka harus merancang hari tua dan wang untuk masa hadapan. Takut kalau duit diberi begitu, esok hari dah habis.

img_9656

Dengan pertolongan Kathy, Ardi berjaya mendapatkan rumah yang berdekatan rumah ibu Farah dengan harga yang memenuhi bajet mereka. Mereka hampir berdakap tetapi sedar bahawa mereka belum halal lagi. Alhamdulillah Suria masih pentingkan agama dalam drama-dramanya.

img_9657

Afiq mencipta sebuah aplikasi di mana orang boleh mencari kerja dengan senang. Ia dipanggil “Job Lobang”. Zetty mengingatkannya bahawa dia juga harus mencari kerja.

img_9658

Anak dia cute serius. Afiq menerima panggilan daripada sebuah syarikat.

img_9659

Afiq menerima jawatan yang diberi walaupun syarikat itu syarikat kecil dan jawatan yang diberi tidak begitu tinggi. Maklumlah, terdesak.

img_9660

Afiq memberitahu Zetty mengenai kerja barunya. Oleh kerana gajinya jauh lebih kecil, Afiq ingin menjual kondo mereka. Mereka memerlukan pertolongan Agen Kathy.

img_9662

Apabila Hafiz ingin mengajak Kathy ke rumah ibunya, Kathy sempat tanya jika dia masih inginkan kondo bachelor padnya. Kathy ingin jual kondo Zetty dan Afiq kepada Hafiz. Tetapi, Hafiz ni macam bengap or what kata rumah tu terlalu besar untuk hidup seorang. ERMZ HELLO???? Kathy sedang hint kau la ngok. Nak dirikan rumahtangga bersama latew. Kathy pun tiba-tiba rasa sakit dan tidak ingin berjumpa Datin.

img_9663

Johan mendapat tahu pasal kondo yang Kathy ingin jual. Dia pun apa lagi, amek peluang la nak bincang pasal klien konon. MELUAT.

OH TIDAK!!!!!!

Apa yang akan Hafiz lakukan? Bersemuka dan bertanya perkara yang sebenar? Berhenti hubungi Kathy? Mungkinkah Kathy akan terperangkap dalam manis bicara si Johan? Atau, Netty akan memberitahu Kathy niat Johan yang sebenar dan mereka berdua bergabung tenaga dan meruntuhkan hidup Johan? Bagaimana pula dengan Mak Long dan Pak Long? Dapatkah mereka membuat keputusan sama ada untuk menjual rumah mereka atau tidak? Bagaimana pula dengan Afiq dan Zetty? Dapatkah mereka menangani bajet mereka dengan kedatangan ahli keluarga baru. Ardi dan Farah pula? Mereka akan mengikuti perancangan mereka?

Saksikan kesudahan Kathy Gerenti minggu hadapan!

Nantikan Anugerah Pengkritik Sandiwara 2016! #APS2016 #APS

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Calon-calon Anugerah Pengkritik Sandiwara 2016 – Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s