Lion Moms

Salam Disember, wahai pembaca setiaku yang bakal dapat year-end BONOS!

Seperti yang dijanjikan, saya akan menulis kupasan tentang drama Inggeris #LionMomsCh5 ni!

12002769_10153634950908482_1577462635730442518_n

Secara jujur, plot cerita ini agak klisye. Kisah tiga sekawan yang saling bantu antara satu sama lain. Satu hari mereka tiga bergaduh namun berbaik semula pada episod-episod terakhir. Drama yang ideal, kiasu dan terlalu “keSingapuraan”. Mungkin, apa yang buat menarik mungkin isu-isu  yang timbul dan juga watak-watak dalam drama ini.

Sebagai contoh, isu pendaftaran darjah satu, isu perhubungan antara suami/isteri, anak dan ibu/bapa, bekas gf/bf, antara roommates, skandal dll.


 

11243463_10153569538193482_5214596450364319225_n

Ini keluarga Jennifer. Keluarga Cina yang berjaya dan sempurna di mata masyarakat.

jennnnn

Jennifer: isteri/ibu/surirumah tangga sepenuh masa

  • mahukan kesempurnaan
  • mengawal segala pergerakan dan kegiatan anaknya sehinggakan membuat anaknya gelisah
  • percaya bahawa keluarganya hidup tanpa masalah/semuanya berjalan lancar
  • mementingkan nama keluarga serta reputasi
  • berbual dengan loghat?
  • tidak percaya bahawa suaminya curang – masih duduk sebumbung, tidak bersemuka
  • melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu
  • video dia bersetubuh dengan seseorang viral menjejas statusnya
  • berbaik semula dengan suaminya
  • mendapat balik keyakinan diri kerana suaminya
  • hamil anak skandal
  • tidak mahu/tidak boleh menyimpan bayi itu kerana bukan anak suaminya + suaminya muflis
  • anaknya dapat ke Charleston

12003405_10153635199233482_5436245433656427152_n

Richard: suami/bapa/usahawan

  • kasanova
  • banyak skandal
  • sebenarnya sayangkan anak-anak dan keluarga namun tidak tunjukkan kepada mereka (terutama sekali Jeremy)
  • bekerja untuk kesenangan keluarga, dalam rumah ada lift
  • banyak menyimpan rahsia
  • muflis
  • oleh itu, dia berbaik semula dengan isterinya

11225722_10153635196243482_112082046368072722_n

Jeremy: anak/abang/remaja

  • seorang remaja
  • sedang melalui zaman nakalnya
  • ditangkap mencuri
  • senang dipengaruhi oleh rakan-rakannya
  • dikenakan hukuman “public caning
  • melakukan perkara bodoh seperti mengisap rokok walaupun bawah umur
  • ibunya akhirnya beritahu bahawa dia akan tetap sayang walau Jeremy lakukan apa-apa yang negatif

12020061_10153630704683482_1297028124545880735_n

Ada: anak/adik

  • fake accent
  • merepek
  • tak penting
  • bahan
  • mahu keluarga bahagia seperti biasa
  • mahu ke Charleston
  • dapat ke Charleston
  • kau Ada?

12034290_10153634965788482_5098059844555729423_o
sedang berfisting
Siapa?: pelatih yoga

  • skandal Jen
  • Jen ingatkan dia ahli #Pinkdot/#Lovewins
  • namun dia lurus
  • bersetubuh dengan Jen
  • merakam sextape
  • video menjadi viral setelah dia menghantar laptopnya untuk diperbaiki dan si mamat IT tu memuatnaikkannya di YouTube.
  • hilang setelah dapat

IMG_6325

Margeret: skandal Richard/blogger

  • penulis blog mengenai cinta??? WTH sak
  • berdepan dengan Jen hanya untuk memberi tahu bahawa dia berskandal dengan Richard
  • skandal tidak last long lol

11953345_10153577473883482_3311315988096046891_o

Keluarga Durrani. Bukan macam keluarga Melayu biasa.

12027755_10153656379398482_7496975802068524122_n

Durrani: ibu/isteri/peguam

  • kerja terlalu keras
  • mahu jawatan tinggi dan terpaksa korbankan masa bersama anak dan suami
  • hanya mahukan terbaik untuk diri sendiri serta keluarga sehinggakan lupakan kesihatan anak
  • lebih pentingkan kerjaya daripada keluarga
  • asyik tukar fikiran (mahu jadi surirumah/kerja)
  • tidak tahu menjaga hal-hal rumah sehebat ibu mertuanya
  • tegas
  • sayang akan suami
  • sedar bahawa dia terlalu menekan anaknya
  • terpaksa berubah cara dia membesarkan anaknya
  • dipecat/berhenti kerja pada akhir episod
  • bergaduh dengan Jen atas sebab-sebab pendaftaran darjah 1
  • berbaik semula
  • Jen mula berkata mungkin Reza curang

12046588_10153642405413482_8307996786056429072_n

Reza: suami/mejar SAF

  • SADO
  • pentingkan pelajaran holistik untuk anaknya
  • mahukan anaknya untuk bergembira sambil belajar
  • sayang isteri
  • mahukan isteri mithali yang duduk di rumah dan memenuhi kehendak suami
  • tetapi faham bahawa isterinya bukan jenis macam tu
  • anak mak
  • cinta berputik? antara dia dan bos baharunya?
  • suami ideal

12042888_10153635189433482_6004850655557020336_n

Nabilah: anak

  • inginkan kesempurnaan
  • mengikuti perangai ibunya
  • kerja terlalu keras
  • pengsan kerana kepenatan
  • bercita-cita tinggi
  • lakonannya nampak kaku

mak

Mak: ibu mertua Durrani

  • asyik selisih faham dengan Durrani
  • amat sayangkan Reza
  • mengajar Durrani bagaimana untuk menjaga rumahtangga
  • sedar bahawa Durrani bukan seperti isteri-isteri zaman beliau

IMG_5958

Kolonel Hussein: bos baru Reza

  • yaaaas Ariati
  • bos tegas, mendera
  • rakan lama Durrani
  • skandal baru Reza??

12052551_10153712085623482_5037755620853995815_o

Keluarga Min Yi. Kisah cinta tiga segi yang mengambil masa untuk berputik.

vanessa-vanderstraaten-as-min-yi

Min Yi: ibu tunggal/salesgirl

  • menginap di Airbnb apartment
  • menjaga Kai semenjak Kai bayi hingga umur 7 tahun
  • bekerja di kedai baju untuk menampung kos kehidupan
  • dihalau keluarganya setelah A levels apabila memberitahu ibu bapanya bahawa dia hamil
  • terpaksa berbaik semula dengan ibu bapa kerana Kai mahu tahu asal-usulnya
  • cintakan Peng namun tidak beritahu
  • mencari bapa Kai
  • tidak begitu hiraukan sekolah Peng
  • tidak suka apabila ibu bapanya masuk campur urusan Kai
  • berbelah bagi antara Peng dan Marcus
  • asyik meminta tolong Marcus kerana Marcus doktor
  • akhirnya memilih Peng
  • namun Peng kurang senang dan mereka tidak bersama

12019869_10153630808788482_7800786622594377325_n

Kai: anak

  • comel
  • walaupun hanya sekadar budak kecil, dia amat pintar
  • mempunyai sifat ingin tahu
  • sebab mengapa Min Yi berbaik semula dengan ibu bapanya serta Marcus
  • ingin sangat berjumpa datuk/neneknya
  • serta bapanya
  • kemalangan jalan raya pada akhir episod?

peng2

Peng: roommate/kekasih/tidak mempunyai kerja yang stabil

  • playboy
  • selekeh
  • muka goodboy dia tak sesuai untuk watak ini????
  • ada perasaan terhadap Min Yi namun tidak diluahkan
  • mengajak Kai melakukan pelbagai aktiviti
  • menjadi “bapa” kepada Kai
  • ingin hidup bersama Kai dan Min Yi namun takut tidak mampu menampung kos
  • hancur hati apabila Marcus memberitahu bahawa Marcus ingin melamar Min Yi
  • Min Yi cium dia dan Marcus ternampak
  • dia yakin bahawa dia bukan jejaka yang sesuai untuk Min Yi
  • mengupah pelakon untuk menjadi temanitanya, ini menyebabkan Min Yi marah
  • dapat selamatkan Kai daripada dilanggar kereta?

12063372_10153709012748482_1490806171968320412_n

Marcus: doktor/ex-bf Min Yi

  • muncul dalam hidup Min Yi sekali lagi kerana Kai
  • putus hubungan dengan tunangnya
  • tidak percaya bahawa Kai anak kandungnya
  • melakukan ujian DNA
  • ingin hidup bersama Min Yi dan Kai namun Min Yi tidak mahu
  • berlagak
  • sombong
  • merepek
  • douchebag

IMG_6321IMG_6323

Ibu & Bapa Min Yi: nenek/atok Kai

  • mahu Kai ke Charleston
  • tidak mahu Min Yi mencari bf
  • ingin Min Yi bersama Marcus kerana doktor
  • ibu Min Yi berbual sama macam Mdm Nancy Goh dari The Noose!
  • asyik campur tangan hal Min Yi dan Kai

mdmnancygoh3.png
peace
IMG_5959

Serephina: ibu

  • watak kepo
  • watak cina kepo
  • watak cina kepo yang berlagak
  • watak cina kepo yang berlagak dan mulut besaq
  • watak cina kepo yang berlagak dan mulut besaq yang akan menjadi aunty merebut tempat duduk di MRT kelak

 

Secara kesuluruhan, saya enjoy tonton cerita ini. Ia mengajak penonton untuk berfikir. Maklumlah, kini ibu bapa asyik bekerja dan lupakan hal anak. Ia juga mengetengahkan isu homoseksualita dan ibu tunggal. Serta isu “every school is a good school“. Syabas juga kerana tiada stereotaip Melayu. Peguam dan SAF officer. Wow eh, agak keterlaluan or nah? Apa pendapat anda. Babak-babak cium macam annoying sebab cium setakat di bibir? WE WANT TONGUE ACTION. Juga, kanak-kanak berbual macam orang tua eh dalam satu babak ni. Hmm… Saya amat suka gandingan Fir Rahman dan Nurul Aini. Nampak serasi betul!

Drama ini menunjukkan bahawa kita sebagai keluarga akan selalu menghadapi masalah dan kita saling perlukan sokongan ahli keluarga dan juga rakan-rakan untuk tabah menghadapi cabaran.

  
Kesudahan drama ini tergantung la eh. Ni konsperm ada musim kedua! Kalau tak, kita tak tahu sama ada Min Yi akan pilih Peng atau Marcus. Kita tak tahu jika Jen akan menyimpan kandungannya. Kita tak tahu jika Reza akan tetap setia kepada isterinya! Kita tak tahu kalau Richard akan bangkit dari muflis. Kita tak tahu jika ketiga anak-anak akan ke Charleston bersama. Merepek sak cerita ni berakhir dengan penuh tanda tanya????

Itu sahaja daripada saya ya!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Ch5’s Toggle and Facebook)

 

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Apprentice  | Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s