Salam sejahtera, pembaca setiaku yang mungkin sedang sesak dah kering sebab dah hujung bulan.
Kali ini, buat pertama kalinya, saya bakal tulis review tentang sebuah filem! Bukan filem-filem biasa, filem muzikal oi. Ala-ala Rima Hatiku lah konon tapi Rima Hatiku memang big failure. Mungkinkah filem Sinaran arahan Osman Ali akan diklasifikasikan sebagai gagal?
Dibintangi oleh pelakon-pelakon serantau: Singapura, Malaysia dan Indonesia. Wow, pasti jumlah penonton banyak eh sebab ada demografik yang amat luas. Tambahan pula, filem ini diilhamkan daripada lagu popular Sheila Majid iaitu Sinaran (duh). Sinaran merupakan sebuah lagu yang mengajak pendengar untuk mengejar cita-cita dan mencari kebahagiaan dalam pencarian itu dan setelah mencapai impian kita.
(Spoilers ALERT)
Pendek kata, Sinaran mengisahkan sekumpulan belia di Kolej Temasek yang ingin mencapai cita-cita mereka dalam bidang yang mereka pelajari. Pada masa yang sama, mereka juga ada cita-cita lain yang bukan akademik. Watak Shila yang dimainkan oleh Lisa Surihani bercita-cita untuk menjadi seorang penulis namun mengambil jurusan kejuruteraan. Rakan baiknya Tina (Izara Aishah) ingin sangat menjadi seorang yang terkenal seperti seorang pelakon/penyanyi. Oleh itu, Tina belajar Mass Communications. Shila terjumpa Andre, (Evan Sanders) seorang pelajar senior yang ingin mencari orang untuk memasuki pertandingan tarian. Shila mempunyai sedikit konflik dengan Andre atas sebab-sebab tema tarian tersebut. Namun berbaik kerana Tina meyakinkannya untuk rileks dan jangan berfikir terlalu negatif. Nurul (Nadiah M.Din) dan Tina berjaya mengajak Shila untuk memasuki pertandingan tarian tersebut. Rakan baik Andre, Dafi (Syarif SleeQ) syiok kat Tina dan kenal-kenal lah walaupun tidak memasuki pertandingan tarian.
Andre dan Shila mula bercinta. Tina amat mahukan “lead dance” dalam pertandingan itu. Namun, Andre berpendapat bahawa Shila lebih layak kerana Shila yang memberi tema tarian tersebut. Oleh itu, Shila dapat menghayati tarian itu dengan lebih mendalam. Tina ok sahaja namun Dafi berjaya menukar fikiran Tina. Ini kerana dahulunya Shila sudah berjanji untuk memberitahu Andre agar Tina diberikan “lead dance”. Pada hari pertandingan, ada mamat ni terjatuhkan cat kepada kostum Shila!!! Oleh itu, Tina terpaksa menggantikan tempat Shila dan menari lead dance. Namun, si Dafi ni asyik tersenyum. Andre yang berada di belakang pentas pulak terkejut.
Kolej Temasek berjaya ke peringkat akhir dan pihak penaja mahukan Tina untuk menjadi lead dance. Ini menghancurkan hati Andre dan Shila kerana Shila ingatkan dia boleh jadi lead dance untuk peringkat akhir. Si Tina pun gembira dan terus popular ada 2000 followers di Instagram. Beberapa hari kemudian, Nurul memberitahu bahawa Shila disabotaj oleh Dafi dan Tina. Shila tidak percaya dan bersemuka dengan Tina. Setelah disoal, Tina akhirnya mengaku. Persahabatan mereka mula renggang. Persahabatan Andre dan Dafi juga semakin pudar kerana Andre terlalu fokus dengan Shila serta pertandingan.
Tiba-tiba, Dafi diserang para pengutip hutang. Dafi memang ada masalah hutang. Andre ternampak dan bergegas untuk menolong Dafi. Namun, Dafi ditikam oleh salah satu daripada mereka! Di hospital, Tina dan Shila berbaik semula. Begitu juga dengan Dafi dan Andre. Setelah Andre pulih, Shila mintak putus. ????
Andre mahu pulang ke Jakarta setelah tamat pertandingan tarian itu. Tina memujuk Shila untuk menonton pertandingan itu. Malam itu, Shila tertidur dan mimpi arwah ibunya. Abeh terus berbasikal ke sekolahnya untuk menonton pertandingan tersebut. Sebenarnya bukan tonton, MENARI SEKALI. Tak berlatih tak apa. Tapi, si Andre dah pergi pun.
Akhirnya, Andre dan Shila berjumpa di mana entah. Kat pulau mana. Tempat di mana mereka bertemu buat pertama kali.
TAMAT.
Ok, itu merupakan sinopsis ya. Kritikan bermula sekarang.
Ok filem ni ala-ala High School Musical ataupun Glee la eh. Tapi pelik. Belum 5 minit je dah nyanyi? Whut. Selalunya musical start je dah nyanyi kan? Ni dia berbual apa la. Mungkin untuk establish watak-watak ah eh.
Sebenarnya aku hairan. Ni pertandingan tarian ke pertandingan musical? Sebab lead dancer dia tak buat apa-apa menarik? Cuma menyanyi?? Ingatkan lead dancer buat tarian mengasyikkan ke apa tapi macam menyanyi abeh gerakkan badan macam dangdut?
Penari-penari latar belakang amatlah bajet? Tidak boleh dinafikan mereka amat berbakat namun, tiada tema pakaian? Seolah-olah mereka hanya disuruh memakai pakaian mereka sendiri yang menunjukkan ciri-ciri dancers? Sigh, menelan belanja $1.3juta tapi tak mampu menaja baju dancers? Tambahan, mereka ni mesti maintan eh muka. Ada yang syiok sendiri sak. And tak senyum bila lagu fun?
Sabotaj paling merepek? Kenapa ada mamat cat dinding masa pertandingan? Gila sak hahaha. Abeh ada cat kat baju tak menari? Merepek sak. Dan, Tina tu merupakan salah satu penari dalam item tu bukan understudy! Kalau nak sabotaj, letakkan lah racun tikus dalam makanan Shila ke atau bedak gatal kat baju Shila. Jadi Shila takkan membuat persembahan. Shila pun merepek.
Si Shila ni macam weak ah? Saya tahulah dia ingin semua orang bahagia namun mengorban kebahagiaan sendiri? Dia nak break up dengan Andre (kacak and sexy gila dalam filem ini) sebab ini terbaik untuk semua orang. Konpius aku. Persahabatan mereka tidak menjejas orang lain siak. Dia dan Tina dah berbaik, Andre dan Dafi pun. Tapi masih nak break? HUH. (I totally ship them) So memang tak munasabah ah Shila mintak putus.
Si Shila tinggal di La Maralle Cafe. Dan tahu dance steps finale walaupun tidak menghadiri satu latihan.
Saya amat suka akan sajak/puisi Shila! Sebagai bekas pelajar sastera, I am in love. Ada printed version anywhere? Haha.
Oh yes, para samseng yang memukul Dafi tu macam merepek. Kita tak tahu sangat pasal Dafi pun. Watak dia tak penting sangat. Abeh ada orang nak pukul bantai dia.
Korang tahu tak, ada babak di mana Tina bercium dengan Dafi!!! Astagha! Ni konsperm Malayisa potong! Tina “cium” pipi Dafi sebab lebam.
Sheila Majid merupakan ibu Shila yang sudah meninggal dunia. Dia sebab mengapa Shila mempunyai bakat menulis dan mungkin juga menari. Pelik eh, bila Sheila Majid muncul dalam mimpi Shila, dia tak tutup aurat? Kan dia dah mati, kalau nak muncul pun, pakailah telekung or what. Ni dia pakai baju seakan baju di atas? Abeh nyanyi lagu. Si Shila mimpi mak dia muncul semasa dia terbangun tidur dalam HUTAN. Ha ha ha.
Penampilan Sheila Majid memang best la eh. Nyanyian tetap mantap! Bagi pelakon lain, mereka lip-sync OK OK je. Tak on point sangat. Ok je la. Cuma dance steps agak kaku atau keterlaluan.
HA NADIAH M. DIN. Dia ada poster sendiri siol. Tapi… Kalau saya gabungkan semua screen time dia masa dia berbual, saya rasa dalam 5 minit sahaja. Saya amat kecewa!!!! Sebab saya amat minat dengan Nadiah! Ingatkan dia ada screen time banyak. Bukan itu sahaja, dia tak menyanyi pun. Dia cuma feeling feeling joget kat belakang?
Secara keseluruhan, saya rasa plot filem ini amat biasa-biasa. Namun, penyampainnya amat berbeza dan baharu. Semasa saya menonton filem ini di Bugis, hanya setengah pawagam dipenuhi dengan penonton. Mungkin bukan masa (1.30ptg) yang strategik.
Memang si Shila dan Andre gembira la tapi Dafi amacam? Hutang selesai ke samseng diseret ke balai polis?
Saya juga amat suka akan lagu Sinaran dalam filem ini. (Saya memang dah jatuh cinta dengan versi original, selalu menyanyi jika terdengar di corong radio!) Rendisi yang dinyanyikan oleh Malaque dan siapa entah lebih rancak dan dancy! Wow pasangan suami/isteri bekerja bersama untuk sebuah filem ke? (Malaque & Syarif) I beli lagu Sinaran kat iTunes. Kalau ualls nak dengar pergi ke iTunes cos not on YouTube! Tapi bawah ni ada sikit.
Pada pendapat saya, filem ini berjaya sebagai sebuah filem muzikal. Namun, saya mengharapkan lebih. Walaupun begitu, saya amat terhibur sekali!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos courtesy of Google)