Salam Disember, wahai pembaca setiaku yang bakal dapat year-end BONOS!
Seperti yang dijanjikan, saya akan menulis kupasan tentang drama Inggeris #LionMomsCh5 ni!
Secara jujur, plot cerita ini agak klisye. Kisah tiga sekawan yang saling bantu antara satu sama lain. Satu hari mereka tiga bergaduh namun berbaik semula pada episod-episod terakhir. Drama yang ideal, kiasu dan terlalu “keSingapuraan”. Mungkin, apa yang buat menarik mungkin isu-isu yang timbul dan juga watak-watak dalam drama ini.
Sebagai contoh, isu pendaftaran darjah satu, isu perhubungan antara suami/isteri, anak dan ibu/bapa, bekas gf/bf, antara roommates, skandal dll.
Ini keluarga Jennifer. Keluarga Cina yang berjaya dan sempurna di mata masyarakat.
Jennifer: isteri/ibu/surirumah tangga sepenuh masa
- mahukan kesempurnaan
- mengawal segala pergerakan dan kegiatan anaknya sehinggakan membuat anaknya gelisah
- percaya bahawa keluarganya hidup tanpa masalah/semuanya berjalan lancar
- mementingkan nama keluarga serta reputasi
- berbual dengan loghat?
- tidak percaya bahawa suaminya curang – masih duduk sebumbung, tidak bersemuka
- melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu
- video dia bersetubuh dengan seseorang viral menjejas statusnya
- berbaik semula dengan suaminya
- mendapat balik keyakinan diri kerana suaminya
- hamil anak skandal
- tidak mahu/tidak boleh menyimpan bayi itu kerana bukan anak suaminya + suaminya muflis
- anaknya dapat ke Charleston
Richard: suami/bapa/usahawan
- kasanova
- banyak skandal
- sebenarnya sayangkan anak-anak dan keluarga namun tidak tunjukkan kepada mereka (terutama sekali Jeremy)
- bekerja untuk kesenangan keluarga, dalam rumah ada lift
- banyak menyimpan rahsia
- muflis
- oleh itu, dia berbaik semula dengan isterinya
Jeremy: anak/abang/remaja
- seorang remaja
- sedang melalui zaman nakalnya
- ditangkap mencuri
- senang dipengaruhi oleh rakan-rakannya
- dikenakan hukuman “public caning“
- melakukan perkara bodoh seperti mengisap rokok walaupun bawah umur
- ibunya akhirnya beritahu bahawa dia akan tetap sayang walau Jeremy lakukan apa-apa yang negatif
Ada: anak/adik
- fake accent
- merepek
- tak penting
- bahan
- mahu keluarga bahagia seperti biasa
- mahu ke Charleston
- dapat ke Charleston
- kau Ada?
- skandal Jen
- Jen ingatkan dia ahli #Pinkdot/#Lovewins
- namun dia lurus
- bersetubuh dengan Jen
- merakam sextape
- video menjadi viral setelah dia menghantar laptopnya untuk diperbaiki dan si mamat IT tu memuatnaikkannya di YouTube.
- hilang setelah dapat
Margeret: skandal Richard/blogger
- penulis blog mengenai cinta??? WTH sak
- berdepan dengan Jen hanya untuk memberi tahu bahawa dia berskandal dengan Richard
- skandal tidak last long lol
Keluarga Durrani. Bukan macam keluarga Melayu biasa.
Durrani: ibu/isteri/peguam
- kerja terlalu keras
- mahu jawatan tinggi dan terpaksa korbankan masa bersama anak dan suami
- hanya mahukan terbaik untuk diri sendiri serta keluarga sehinggakan lupakan kesihatan anak
- lebih pentingkan kerjaya daripada keluarga
- asyik tukar fikiran (mahu jadi surirumah/kerja)
- tidak tahu menjaga hal-hal rumah sehebat ibu mertuanya
- tegas
- sayang akan suami
- sedar bahawa dia terlalu menekan anaknya
- terpaksa berubah cara dia membesarkan anaknya
- dipecat/berhenti kerja pada akhir episod
- bergaduh dengan Jen atas sebab-sebab pendaftaran darjah 1
- berbaik semula
- Jen mula berkata mungkin Reza curang
Reza: suami/mejar SAF
- SADO
- pentingkan pelajaran holistik untuk anaknya
- mahukan anaknya untuk bergembira sambil belajar
- sayang isteri
- mahukan isteri mithali yang duduk di rumah dan memenuhi kehendak suami
- tetapi faham bahawa isterinya bukan jenis macam tu
- anak mak
- cinta berputik? antara dia dan bos baharunya?
- suami ideal
Nabilah: anak
- inginkan kesempurnaan
- mengikuti perangai ibunya
- kerja terlalu keras
- pengsan kerana kepenatan
- bercita-cita tinggi
- lakonannya nampak kaku
Mak: ibu mertua Durrani
- asyik selisih faham dengan Durrani
- amat sayangkan Reza
- mengajar Durrani bagaimana untuk menjaga rumahtangga
- sedar bahawa Durrani bukan seperti isteri-isteri zaman beliau
Kolonel Hussein: bos baru Reza
- yaaaas Ariati
- bos tegas, mendera
- rakan lama Durrani
- skandal baru Reza??
Keluarga Min Yi. Kisah cinta tiga segi yang mengambil masa untuk berputik.
Min Yi: ibu tunggal/salesgirl
- menginap di Airbnb apartment
- menjaga Kai semenjak Kai bayi hingga umur 7 tahun
- bekerja di kedai baju untuk menampung kos kehidupan
- dihalau keluarganya setelah A levels apabila memberitahu ibu bapanya bahawa dia hamil
- terpaksa berbaik semula dengan ibu bapa kerana Kai mahu tahu asal-usulnya
- cintakan Peng namun tidak beritahu
- mencari bapa Kai
- tidak begitu hiraukan sekolah Peng
- tidak suka apabila ibu bapanya masuk campur urusan Kai
- berbelah bagi antara Peng dan Marcus
- asyik meminta tolong Marcus kerana Marcus doktor
- akhirnya memilih Peng
- namun Peng kurang senang dan mereka tidak bersama
Kai: anak
- comel
- walaupun hanya sekadar budak kecil, dia amat pintar
- mempunyai sifat ingin tahu
- sebab mengapa Min Yi berbaik semula dengan ibu bapanya serta Marcus
- ingin sangat berjumpa datuk/neneknya
- serta bapanya
- kemalangan jalan raya pada akhir episod?
Peng: roommate/kekasih/tidak mempunyai kerja yang stabil
- playboy
- selekeh
- muka goodboy dia tak sesuai untuk watak ini????
- ada perasaan terhadap Min Yi namun tidak diluahkan
- mengajak Kai melakukan pelbagai aktiviti
- menjadi “bapa” kepada Kai
- ingin hidup bersama Kai dan Min Yi namun takut tidak mampu menampung kos
- hancur hati apabila Marcus memberitahu bahawa Marcus ingin melamar Min Yi
- Min Yi cium dia dan Marcus ternampak
- dia yakin bahawa dia bukan jejaka yang sesuai untuk Min Yi
- mengupah pelakon untuk menjadi temanitanya, ini menyebabkan Min Yi marah
- dapat selamatkan Kai daripada dilanggar kereta?
Marcus: doktor/ex-bf Min Yi
- muncul dalam hidup Min Yi sekali lagi kerana Kai
- putus hubungan dengan tunangnya
- tidak percaya bahawa Kai anak kandungnya
- melakukan ujian DNA
- ingin hidup bersama Min Yi dan Kai namun Min Yi tidak mahu
- berlagak
- sombong
- merepek
- douchebag
Ibu & Bapa Min Yi: nenek/atok Kai
- mahu Kai ke Charleston
- tidak mahu Min Yi mencari bf
- ingin Min Yi bersama Marcus kerana doktor
- ibu Min Yi berbual sama macam Mdm Nancy Goh dari The Noose!
- asyik campur tangan hal Min Yi dan Kai
Serephina: ibu
- watak kepo
- watak cina kepo
- watak cina kepo yang berlagak
- watak cina kepo yang berlagak dan mulut besaq
- watak cina kepo yang berlagak dan mulut besaq yang akan menjadi aunty merebut tempat duduk di MRT kelak
Secara kesuluruhan, saya enjoy tonton cerita ini. Ia mengajak penonton untuk berfikir. Maklumlah, kini ibu bapa asyik bekerja dan lupakan hal anak. Ia juga mengetengahkan isu homoseksualita dan ibu tunggal. Serta isu “every school is a good school“. Syabas juga kerana tiada stereotaip Melayu. Peguam dan SAF officer. Wow eh, agak keterlaluan or nah? Apa pendapat anda. Babak-babak cium macam annoying sebab cium setakat di bibir? WE WANT TONGUE ACTION. Juga, kanak-kanak berbual macam orang tua eh dalam satu babak ni. Hmm… Saya amat suka gandingan Fir Rahman dan Nurul Aini. Nampak serasi betul!
Drama ini menunjukkan bahawa kita sebagai keluarga akan selalu menghadapi masalah dan kita saling perlukan sokongan ahli keluarga dan juga rakan-rakan untuk tabah menghadapi cabaran.
Kesudahan drama ini tergantung la eh. Ni konsperm ada musim kedua! Kalau tak, kita tak tahu sama ada Min Yi akan pilih Peng atau Marcus. Kita tak tahu jika Jen akan menyimpan kandungannya. Kita tak tahu jika Reza akan tetap setia kepada isterinya! Kita tak tahu kalau Richard akan bangkit dari muflis. Kita tak tahu jika ketiga anak-anak akan ke Charleston bersama. Merepek sak cerita ni berakhir dengan penuh tanda tanya????
Itu sahaja daripada saya ya!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Ch5’s Toggle and Facebook)
[…] Wow, Hannah Delisha anak 5 ni. Farhana menumpang di rumah Aaliyah buat sementara waktu kerana merajuk dengan ibunya. Eh, bukan ke ni rumah Airbnb untuk drama Lion Moms? […]
LikeLike
[…] kepada pegawai di penjara Larangan daripada seorang Army Regular (macam watak dia dalam drama Lion Moms gitu). Dia tukar kerja kerana sudah bosan dengan orang atasan di army sebab mereka scholar (every […]
LikeLike