Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang muka selawa KimK ala-ala kerabat diraja.
Sekali lagi, saya akan mengupas sebuah pementasan. Namun, bukan pementasan dalam Bahasa Melayu ya. Bahasa Singapore-English. Tajuknya, The Emperor’s New Clothes.
10 Sebab-sebab mengapa kami ingin menonton pementasan ini adalah seperti berikut:
- Ben Kheng
- W!LDRICE
- mungkin dapat melihat orang telanjang
- Ben Kheng
- #supportlocal
- Sezairi dalam muzikal pertama kali
- Siti Khalijah
- Ben Kheng
- Kami sebenarnya anak diraja
- Nak feeling-feeling beli tiket kategori pertama berharga $80
Sinopsis: Emperor bakal menyambut #SO50 dan memerlukan baju baharu. Namun, bajet tidak cukup! Emperor pun menggunakan khidmat Khairul & Nathan (KNN) untuk menjahit bajunya secara percuma. Pada masa yang sama Khai dan Nat terbongkar rahsia Emperor yang zalim itu. Dapatkah Khai dan Nat menyelamatkan negaranya daripada seksaan Emperor?
Terdapat juga makna tersirat dalam pementasan ini. Seperti watak Emperor LBK yang (mungkin) sebenarnya mencerminkan perwatakan mendiang LKY. Ini kerana ramai yang sanjung dan juga mempertuhankan LBK kerana beliaulah yang individu telah mentransformasikan negara itu dari negara dunia ketiga kepada negara dunia pertama. Bukankah ini menjadi satu isu yang diperdebatkan kelmarin?
Selain itu, ada juga isu-isu kontreversial yang dipaparkan. Sebagai contoh, saman serta masuk penjara apabila mencabar ahli politik. Isu bajet untuk acara-acara penting di Singapura. Dan juga homoseksualitas sebab Ivan Heng owns W!LDRICE.
Lagu-lagu yang dinyanyikan agak catchy dan bermakna. Saya suka dengan lagu yang A Brother From Another Mother. Amat comel melihat kededua Ben dan Sezairi menggerakkan badan mereka kepada rentak lagu ini sambil bermain gitar. Lagu Perhaps yang dinyanyikan Emperor dan Empress amat menusuk ah babe. Oh yes, ada muzik joget juga! Itu febret saya lah! Saya juga terkejut apabila “National Anthem” dimainkan! Saya ingatkan semua harus berdiri dan bernyanyi bersama! Sebenarnya bukan! Watak-watak menyanyikan lagu kebangsaan mereka di mana lirik-liriknya memperagung-agungkan Emperor LBK macam lirik lagu kebangsaan Korea Utara mashup bersama God Save The Queen.
Saya agak kecewa dengan persembahan Sezairi. Jika dibandingkan dengan Ben Kheng, terserlah kelemahan Sezairi. Beliau kelihatan agak kaku dan kurang keyakinan diri apabila di atas pentas. Mungkin kerana ini kali pertama beliau berkecimpung dalam sebuah pementasan? Walau bagaimanapun, syabas!
Secara keseluruhan, saya amat suka akan pementasan ini. Lagu-lagunya yang rancak mengajak anda berdansa bersama. Kostum-kostum yang berwarna-warni akan membuat anda terpukau. Lawak jenaka yang akan membuat anda tak kering gusi apabila menonton. Serta, interaksi antara penonton dan pelakon yang akan memastikan bahawa anda tidak akan tidur sepenat mana pun.
Jika anda tidak ada apa-apa rancangan, saya cadangkan anda meluangkan masa bersama yang tersayang untuk menonton pementasan ini! Tiket-tiket boleh didapati di sini!
– Pengkritik Sandiwara
[…] Ah Tang, Wukong, Pigsy dan Sandy bersama-sama memulakan perjalanan mereka ke barat dengan pertolongan para penonton. Saya amat suka sekali di mana para penonton juga diajak bersama melibatkan diri dalam pementasan ini. Ini mengingatkan saya mengenai pementasan tahun lepas, The Emperor’s New Clothes. […]
LikeLike