Dimensi Ke 4: Sampuk

IMG_2486

Seperti biasa, penonton pasti akan rasa kecewa apabila sudah selesai menonton cerita ini. Tanpa membuang masa, ayuh kita baca apa yang berlaku ye.

IMG_2487

Entah kenapa si budak ni, Adi, dengan kengkawannya bermain bola di HUTAN. Aku tak tau lah eh ni pasukan sekolah ke pasukan sendiri. Macam lah takde padang bolang ke futsal semua.

IMG_2488IMG_2489

Ini ibu dan bapa Adi. Ibu Adi memang tak suka dia main bola dan balik lewat. Si Adi tu selalu menahan kencing, mak dia pun kata kalau ada penyakit baru tau! Bapak dia pula kata kata-kata ibu itu merupakan doa!

IMG_2490

Adi tak mandi tak apa terus makan. Mak dia pun melenting la eh. Lepastu kata esok dah tak boleh main bola lagi.

IMG_2491

Dia buat homework kat katil??? Ish! Tak bagus tau.

IMG_2492

Kawan dia pun bertanya dengan dia kenapa dia tak hadir ke sesi latihan. Tanpa kapten, pasukan mereka mungkin tidak ada motivasi dan tidak akan berjaya.

IMG_2493

Adi pun rasa serba salah dan pergi ke latihan. Walaupun ibunya sudah melarangnya daripada melakukan perkara tersebut! Anak DURHAKA.

IMG_2494

Alamak, mana dia kutip Team JJ ni? Kesian abang-abang uni ni terpaksa berlakon dengan budak-budak belum cukup umur!

IMG_2495

Tu la. Siapa suruh kau latih kat tengah-tengah hutan? Kalau kau latih kat padang bola, pasti ada tandas berdekatan. Hmm, gila.

IMG_2496IMG_2497

Si dekni eh nak kencing pun rasa takut semua. Ish, kencing je la! Aku rasa dah banyak orang kencing kat sana kot.

IMG_2498

Kucing hitam. Tapi kucing ni comel hahaha. Tak menakutkan!

IMG_2499IMG_2500

Si Adi kata ada kucing calar lengan dia. Tapi kawan dia tak percaya la sebab takde calar pun. Hmm, aku rasa si Adi ni dah ada penyakit mental.

IMG_2501

Ni Hulk berminyak kacau si Adi waktu dia tidur. Hodoh sak yuck laaaaaa.

IMG_2502

Hahaha. Mak dia pun marah la kata balik dari latihan je terus tidur kat sofa tak mandi semua.

IMG_2503

Adi pun bergegas ke tandas untuk buang air kecil. Dia menjerit kerana darah terkeluar daripada burungnya. Tapi aku rasa tu cranberry juice.

IMG_2504

Mak bapak dia masuk tandas tapi tak nampak darah la. Sebab Adi dah flush kot.

IMG_2505

Eh eh mak dia ni. Dah pakai baju butterfly pun masih rasa panas/bahang. TU SEBAB KAU BERDOSA TAK LAYAN SUAMI KAU KAT BILIK SEBELAH AHAHHAHAHA.

IMG_2506

Adi berasa takut kerana terjumpa lembaga hitam di dalam mimpinya dan mahu tidur bersama bapaknya. Eh dia ni dah besar and anak jantan ke bukan sak??

IMG_2507

LOL. Aku rasa dia memang dah lambat pun sebab matahari tu dah terang-benderang siol.

IMG_2508

Adi ternampak penyanyi kpop terkenal muncul di luar biliknya.

IMG_2509

Eh si bomoh ni buat apa siol dengan sebiji buah kundur???

IMG_2511IMG_2512

SAMPUK? Sampuk lah sangat. Dia ok je, tak melayang pun. Ni bomoh world siol. Asal mak si Adi kasi bomoh ni masuk rumah dia eh? Kalaui dia ROGOL baru tau. Ke kenek tangkap basah?? Suami kau pergi kerja kau suka hati bagi lelaki lain masuk eh?

IMG_2513

Si bomoh kata biarkan buah kundur tu kat bawah katil. Si dekni pun ye kan aje? Eeeww? Tak ke tu mendatangkan semut dan bakteria berjangkit? YUCK.

IMG_2514IMG_2515

MENYAMPAH

IMG_2516IMG_2517

Adi mempunyai masalah untuk kencing. Perutnya pula kembung macam orang mengandung eh hahhaa.

IMG_2518

EEEEEEW??? Dah berulat sak. Abeh mak dia kata haritu masih segar. MESTILAH NGOK. Kalau kau simpan bawah katil kau nak buah ni segar sampai bila???

IMG_2519

Suria asyik ambil pelakon yang tidak boleh melakonkan watak seorang doktor ya. Pasti gugup.

IMG_2520IMG_2521

Suami dia pun marah la yang dia panggil bomoh untuk “membetulkan” keadaan Adi. Dia kata ini bukan tahyul la apa la. Ni memang bukan tahyul, sebab TAHLIL akan datang untuk anak kau.

IMG_2522

Rakan-rakan Adi pun datang melawat Adi dan memberitahu ibu Adi bahawa Adi membuang air kecil di pokok besar. Hmm, bagus lah tu. Api-apikan lagi keadaan. Semakin kolot lah pemikiran Mak Adi ni.

IMG_2523

Adi tidak mahu makan bubur yang disuap ibunya kerana dia ternampak ulat di dalam buburnya itu. Namun, itu hanya imaginasi Adi.

IMG_2524

Rupa-rupanya ada batu di dalam hempedu Adi dan ia berjangkitlah. Hmm, itu batu, kepala ada duduk.

IMG_2525IMG_2526

Di dalam wad, ibunya berdoa agar Adi cepat sembuh. Tiba-tiba, orang tua berpakain serba putih ini muncul (chey konon doa ibu tu mujarab la eh) dan bertanya “anak awak sakit?” Aku rasa anak dia tak sakit, aku rasa kau yang sakit. Datang hospital abeh tanya orang sakit ke tak. GILA.

IMG_2527

Abeh apa entah dia buat. Dia kata “saya tak begitu mahir” merepek kau buat ni benda macam dah hari-hari buat.

IMG_2528IMG_2529

Merepek sak orang tua ni. Tapi si mak Adi terbangun abeh orang tua tu hilang. Suami dia pun tak nampak orang tua tu. Hmm… Misteri.

IMG_2530

Si Mak dia masih ah nak panggil bomoh ni hais. Kawan dia pun layankan eh??

IMG_2531IMG_2532

Dia pun mulakan upacara bomoh-bamah dia. Tapi tak boleh hapuskan benda tu ah. Takkan dia nak give up eh??

IMG_2533

Doktor terpaksa menjalankan pembedahan kepada diri Adi! Untuk mengeluarkan batu-bata dalam diri Adi kerana Singapura tak cukup batu.

IMG_2534

Dalam bilik operasi pun dia masih ternampak lembaga hitam hodoh lagi gemuk tu lah. Merepek.

IMG_2535

Tapi aku rasa lembaga hitam ni NIGHTCRAWLER sebab tadi dia kat hospital abeh tetiba kat hutan???

IMG_2536

Setelah pembedahan, Adi terus ke tandas untuk membuang air kecil. Dia berkata kencingnya busuk. Adakah selama ini kencing awak wangi? Aku rasa air kencing Nora Danish pun bau macam longkang kot.


Wahai pembaca setiaku, tidakkah kamu semua perasan bahawa plot cerita episod ini hampir sama dengan episod lepas? Seorang budak remaja yang diganggu, ibu/bapa mereka ingatkan bahawa anaknya diganggu perkara mistik. Namun setelah dibawa ke hospital, doktor mampu menyelesaikan masalah. Hmm. Dan kenapa tajuk ini SAMPUK ye? Takde yang  sampuk sangat pun. Tajuk episod ini sepatutnya “Golden Shower”. HEHEHEHEH.

Dimensi Ke 4. STEP UP YOUR GAME. Aku rasa baca Mr Midnight pun lagi afdal sak.

Kalau inginkan lebih keseraman dalam hidup anda, silalah ke permainan interaktif HHN5!

Hantu Terowong: http://www.halloweenhorrornights.com.sg/interactive/tunnel_people/index.html

Hantu MRT: http://www.halloweenhorrornights.com.sg/interactive/tsgs/index.html

Hantu Makcik: http://www.halloweenhorrornights.com.sg/interactive/block50/end.html

Hantu Cina: http://www.halloweenhorrornights.com.sg/interactive/hell_house/index.html


Oh ya, kepada anda-anda di luar sana, tahukah anda bahawa Pengkritik Sandiwara sekarang mempunyai akaun Twitter? Ikutilah @Pengkritique di Twitter! Di akaun itu, saya bakal mengadakan sesi “Tweet Secara Langsung” apabila drama kegemaran anda ditayangkan di Suria!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

1 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Dimensi Ke 4: Bila Hati Bersilat | Pengkritik Sandiwara Batal balasan