KOSMOPOLITAN

IMG_2442

Kosmopolitan merupakan drama empat sekawan yang selalu menghisap rokok di tepi tangga dan buat maksiat serta minum arak. Mereka merupakan budak-budak yang dibuang sekolah kerana selalu buat pe’el!

anakmet

Eh alamak tu cerita Anak Metropolitan hahahaha oops. Ok, drama Kosmopolitan sebenarnya mengisahkan tentang empat sekawan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka semua merupakan graduates (kecuali satu) jadi kirakan mereka ni berjaya lah di dalam mata orang Melayu lah eh. Namun, mereka juga terperangkap dalam masalah-masalah yang dihadapi orang-orang berjaya (??) Hmm… Drama ini juga menunjukkan cara kehidupan the rich and famous ah konon tapi pada pendapat saya gagal habis lol. Walaupun mereka ni “pandai” tapi tetap minum semua ah sebab syaitonne hidup 5eva la eh. In other words, Kosmopolitan merupakan Anak Metropolitan Versi Terpelajiak.


IMG_2423

Ha kau! Tak ke terkejut makcik-makcik yang tonton drama ini? Dia zoom kat Zouk siol. Astaghfirullah!

zoukornah

HAHAHAHAHAH. Setakat zoom je tapi tak pergi hahaha. Whatever Suria. FYI, anda semua harus tonton drama ini dahulu sebelum membaca post ini la eh sebab saya bakal buat rumusan dari segi watak dan perwatakan, bukan secara kronologi ya. Jadi, untuk elak kekeliruan sila tonton ye. Tapi ok lah, saya bagi sinopsis pendek.

Sinopsis: Jannah, Riz dan Alfie berkawan semenjak di bangku sekolah. Jannah memiliki syarikat JW Events bersama suaminya. Riz bekerja di sebuah syarikat lain namun bapanya mahu dia mengambil tempat bapanya. Alfie pula seorang gym instructor yang gatal. Suami Jannah, Hazwan, selalu terpaksa mendengar kata isterinya. Myra memasuki clique 4 sekawan ini setelah mereka bertemu di sebuah kelab. Dia mempunyai syarikat kapal cruise dan boyfriend omputeh, James. Jannah, Riz, Alfie dan Myra sering mengongsi masalah mereka antara satu sama lain SAMBIL MINUM ARAQ. Antara mereka, ada juga cerita cinta yang berputik dan kisah silam. Belit sak ok saya mulakan ye.


Jannah: bos JW events, isteri kepada Hazwan, rakan baik Riz

IMG_2418

  • nama Jannah tetapi sebenarnya Jahanam
  • selalu minta benda daripada suaminya, Hazwan
  • suka berselfie dan menunjuk-nunjuk di Facebook
  • suka bersosial
  • meminta cincin Kim Kardashian untuk ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-2
  • ingin pindah ke kondo walaupun suaminya bantah
  • sering bohong kepada rakannya tentang rumah kondonya dan percutiannya yang tidak wujud
  • rakan baik Riz semenjak di universiti
  • asyik meluahkan perasaan/masalah kepada Riz
  • lebih selesa bersama Riz
  • sedar bahawa Riz mempunyai perasaan terhadapnya namun dia merupakan isteri orang so…
  • selalu menyuruh Riz untuk cepat-cepat cari jodoh
  • memberi Riz $20,000 untuk bisnes Riz
  • tidak memberitahu Hazwan apabila dia keluar bersama Riz
  • cemburu buta apabila Hazwan mula keluar dengan seorang rakan wanita
  • hampir-hampir bercerai dengan Hazwan

Riz: anak orang kaya, rakan baik Jannah

IMG_2421

  • belajar bisnes di universiti
  • paling pemalu antara 4
  • tidak mahu bekerja di syarikat bapanya kerana mahu berdikari
  • meninggalkan kerjanya kerana rakan kerjanya mengkhianatinya
  • mempunyai perasaan terhadap Jannah namun mengorbankan perasaan itu demi kebahagiaan Jannah
  • setelah meninggalkan kerja, dia cuba bina bisnes sendiri
  • cuba sedaya upaya untuk mencari pelabur untuk bisnesnya
  • para pelabur sering menolak ideanya (ini bapak dia punya pasal ah)
  • bapanya tidak mahu dia membuka bisnes sendiri kerana mahu dia bekerja bersama
  • namun Riz masih tidak mahu
  • Riz berbuat sedemikian kerana dia mendapat tahu bahawa dia sebenarnya anak angkat dan juga dia percaya bahawa bapanya “membunuh” ibunya
  • tetapi, dia sebenar-benarnya anak tiri zzzz
  • berjaya mencari seorang pelabur, Hadi Gunawan
  • berjumpa Hazwan agar Hazwan menyelamatkan rumahtangganya bersama Jannah
  • akhirnya bekerja di syarikat bapanya

Alfie: gym instructor, buaya darat

  • IMG_2419dia ni buaya darat, selalu nak mengurat
  • memiliki motor BMW?? Merepek sak
  • inginkan “open relationship
  • takut kepada komitmen
  • mempunyai perasaan terhadap Myra namun terkecundang apabila mendapat tahu Myra sudah berpunya
  • tetap inginkan Myra lol
  • hutang di keliling pinggang
  • berhenti bekerja sebagai gym instructor setelah mendapat seorang klien, Rima, yang mengambilnya sebagai personal trainer
  • dianggap sebagai anak ikan Rima lolllll
  • tidak sedar bahawa dilayan seperti anak ikan
  • walaupun kurang selesa dengan Rima, dia tetap layan kerana Rima berikan $$$ yang lumayan
  • jatuh cinta dengan Jasmin
  • dia sedar bahawa Rima menganggapnya sebagai anak ikan setelah Rima membelikannya sebuah kondo
  • mendapat tahu bahawa Jasmin sebenarnya anak Rima AAAAHHHHHH
  • tetap ingin menunggu Jasmin walaupun Jasmin ke US untuk sambung belajar Masters

Myra/Mira: pemilik syarikat cruise, girlfriend James

IMG_2434

  • mengenali Jannah, Alfie dan Riz di sebuah kelab apabila Alfie cuba mengurat dengannya
  • menjadi rakan baik setelah itu
  • memiliki syarikat cruise
  • rakan-rakannya semua high profile (tetapi merepek)
  • suka lari daripada masalah sendiri
  • lupa daratan/ adat Melayu
  • mempunyai boyfriend omputeh, James
  • tahu bahawa Alfie mempunyai perasaan terhadapnya tetapi dia berkata James lagi boomz
  • berjumpa balik dengan ibu bapanya setelah 10 tahun menghilang daripada keluarga
  • ingin mengenalkan James kepada ibu bapa
  • membuat keputusan untuk kahwin sivil setelah bapanya bantah
  • namun kahwin cara Islam jugak la eh setelah dipujuk
  • walaupun telah berkahwin, tetap clubbing dan minum arak
  • suaminya tidak suka dan rumahtangga mereka porak peranda
  • hampir-hampir dirogol di kelab
  • suaminya selamatkannya dan rumahtangga mereka kembali stabil
  • hamil di akhir episod

Hazwan: bos JW Events, suami Jannah

IMG_2430

  • suami ideal
  • selalu mendengar kata-kata Jannah
  • berpindah ke kondo idaman Jannah walaupun rumah HDB mereka mempunyai sentimentel values
  • sering mempunyai masalah bersama Jannah dan ini menjejas kerja mereka, sungguh tidak profesional
  • marah apabila mendapat tahu Jannah memberi $$ kepada Riz
  • bisnes mereka agak kurangz oleh itu dia marah la eh
  • berjumpa rakan lama, Liana, seorang peguam
  • mula keluar dengan Liana namun keluar biasa je
  • bersemuka dengan Riz dan bertanya tentang perhubungannya bersama Jannah
  • akhirnya meminta maaf dengan Jannah dan kembali baik ye

Jamil: rakan kerja Riz yang lebih senior

IMG_2426

  • tidak puas hati dengan Riz sejak dulu lagi
  • Riz lebih muda dan mempunyai idea lebih menarik, takut bahawa Riz akan merampas pangkatnya/dinaikkan pangkat lebih cepat
  • mencuri idea Riz
  • punca Riz meninggalkan kerjanya
  • kejam
  • hodoh
  • tua
  • berlagak
  • gila
  • sial
  • Melayu habis

Encik Baharudin: bapa Riz, usahawan terkenal

IMG_2432

  • amat ingin Riz bekerja dengannya
  • menganggap Riz sebagai satu pelaburan agar Riz mengganti tempatnya
  • memberitahu Riz bahawa dia sebenarnya anak angkat
  • namun setelah itu memberitahu bahawa dia sebenarnya anak kandung ibunya, namun dia bukan bapa kandung Riz (anak tiri la kirakan)
  • menarik life support isterinya tanpa pengetahuan Riz
  • selalu memantau pergerakan Riz
  • tidak mahu bisnes Riz berjaya
  • marah apabila mendapat tahu Hadi Gunawan pelabur bisnes Riz
  • masuk hospital
  • Riz mengganti/bekerja di syarikatnya setelah itu dengan sukarela

Ibu Riz

IMG_2450

  • ingin suaminya, Encik Baharudin menjaga Riz walaupun Riz bukan anak kandungnya
  • mati

Pak Supir

IMG_2452

  • pemandu Encik Baharudin
  • selalu menolong Encik Baharudin untuk memantau Riz
  • memujuk Riz untuk menerima Encik Baharudin
  • IMG_2422nyonya tua yang inginkan Alfie tapi siapa nak dia??

Farah: mangsa Alfie

  • IMG_2427matair Alfie
  • mempunyai “open relationship” bersama Alfie
  • tidak tahan perangai Alfie/tidak sanggup berada dalam “open relationship” sebab dia sebenarnya clingy
  • break dengan Alfie

Para pekerja JW Events

  • IMG_2431gedik
  • kepo
  • tak pernah lihat diorang buat kerja
  • suka pasang telinga apabila Jannah dan Hazwan bergaduh
  • asyik tanya Jannah pasal date dia dengan Hazwan
  • tidak ada matair lol

Rakan-rakan high profile Myra

IMG_2438

  • watak-watak tak penting
  • sebenarnya mereka semua bodoh
  • tidak berjaya
  • masih meminta wang daripada ibu dan bapa
  • mentel
  • suka berfoya-foya
  • berdosa

James/Johan: boyfriend Myra

IMG_2439

  • berjumpa dengan Myra di US
  • ber”co-habit” bersama Myra
  • ingin berkahwin dengan Myra
  • amat marah apabila mendapat tahu Alfie suka akan Myra
  • berjumpa dengan ibu bapa Myra untuk meyakinkan mereka
  • mula mempraktikkan budaya Melayu
  • berjaya memikat hati kededua ibu bapa Myra
  • setelah bernikah, dia mula berubah, ke jalan yang lurus, alhamdulillah
  • tidak suka akan cara Myra yang masih ingin hidup cara Barat
  • selamatkan Myra daripada dirogol
  • setelah insiden itu, dia dan Myra memimbing antara satu sama lain ke arah yang benar
  • amat gembira apabila mendapat tahu Myra hamil

Ibu dan bapa Myra

IMG_2448

  • amat terkejut apabila Myra pulang ke rumah
  • bapa Myra tidak suka perhubungan Myra bersama James
  • Ibu Myra ok je
  • bapa Myra amatlah marah apabila Myra membuat keputusan untuk kahwin sivil
  • hati mereka lembut setelah mendapat tahu James sebenarnya ikhlas
  • memberitahu James bahawa Myra bersembunyi apabila James pergi ke mereka untuk mencari Myra

Rima: klien Alfie, ibu Jasmin, isteri Hadi Gunawan

IMG_2440

  • mengambil Alfie sebagai private personal trainer
  • inginkan cinta daripada suaminya
  • rasa sunyi dan keseorangan di rumah
  • menganggap Alfie sebagai anak ikan
  • asyik memberi Alfie habuan
  • tertarik kepada fizikal Alfie
  • mempunyai anak bernama Jasmin
  • tidak sayang kepada anak
  • kerana suaminya, dia terpaksa berhenti menjadi model
  • ingin Jasmin sambung belajar di US agar Jasmin berjauhan dengan Alfie
  • isteri orang kaya tetapi memakai baju Hang Ten

Hadi Gunawan: suami Rima, bapa Jasmin, pelabur Riz
IMG_2445IMG_2451

  • melabur dalam bisnes Riz
  • usahawan berjaya dan terkenal
  • namun menarik balik pelaburannya setelah Riz bekerja bersama Encik Baharudin
  • ini kerana dia dan Encik Baharudin merupakan musuh ketat di dalam dunia bisnes
  • merosakkan bisnes Encik Baharudin
  • amat mementingkan kerja sehingga lupakan kehendak isteri di rumah
  • sangat menyayangi puterinya, Jasmin
  • tidak kisah akan aktiviti isterinya, walaupun ternampak Rima bersama Alfie berdua-duaan di rumah
  • ingin anaknya menyambung Masters serta PhD dan menggantikan tempatnya
  • membiarkan anaknya berkawan dengan Alfie

Jasmin: matair Alfie, anak kepada Hadi Gunawan dan Rima

IMG_2446

  • pelajar universiti
  • ahli sorak?? (cheerleader)
  • berjumpa Alfie di East Coast Park
  • ada fetish orang tua aka Alfie (Alfie macam 30an tahun ah abeh dia baru 22???)
  • mula jatuh cinta
  • amat jijik bila mendapat tahu bahawa Alfie personal trainer mamanya
  • terkejut kerana berpendapat bahawa Alfie lelaki simpanan mamanya
  • akhirnya Alfie berkata dia sanggup tunggunya pulang dari US

Liana: rakan Hazwan di universiti di Melbourne

IMG_2444

  • seorang peguam keluarga
  • syiok sendiri
  • dia ingatkan bahawa Hazwan sukakan dia tetapi perasaan tepuk sebelah tangan
  • peguam keluarga tetapi ingin menghancurkan kebahagiaan rumahtangga orang
  • memberitahu Jannah bahawa Hazwan inginkan kasih sayang daripadanya dan bukan Jannah
  • Hazwan beritahu dia bahawa Hazwan menganggapnya sebagai kawan dan masih mencintai Jannah

Hafizah: usahawan muda berjaya, bakal matair Riz

IMG_2449

  • speaker bagi seminar bagi usahawan muda
  • berjumpa Riz di seminar
  • Riz tidak tanya dia soalan namun dia menarik Riz dan cakap la kalau tak tanya nanti menyesal
  • tukar nombor dan MELEKAT
  • bertanya Riz sampai bila Riz nak jadi tempat mengadu Jannah sebab dia tu sebenarnya syok kat Riz
  • meyakinkan Riz bahawa it’s ok untuk mengambil alih syarikat keluarga
  • dia dan Riz bermatair

Cutie Jahat

IMG_2447

  • ingin mengambil kesempatan atas Myra tetapi James tumbuk dia dan kata “She’s my wife!!
  • mengambil kesempatan atas Myra buat kali kedua
  • meletakkan dadah di dalam minuman Myra (wow)
  • membawa Myra ke keretanya
  • tak sempat rogol, James tiba
  • lari
  • asal kau tak rogol Myra kat dalam toilet ke apa? Lebih senang

IMG_2453

Pada akhir episod, mereka berbincang lah pasal diri mereka yang dah banyak berubah dan lebih matang. Jannah lebih menghargai suaminya. Riz pula kata dia dah tak kisah kerja kat syarikat bapanya. Myra kata budaya Melayu tu sebenarnya lebih kaya berbanding budaya Barat. Alfie pula kata dia sekarang ingin perhubungan yang berkomitmen. Hmm.. Klishe banget.

Ok drama ni sebenarnya motif apa eh? Dia nak tunjukkan life of the rich and famous macam fail ah sebab pakaian diorang ada yang longgar and besar (Encik Baharudin) abeh jenama pon setakat Chanel BMW semua hmmm… Abeh makan kat kafe yang tak halal seperti gambar di atas (diorang semua action potong potong tapi makanan tak masuk mulut) Macam pretentious ah eh. Abeh si Alfie nak open relationship lah. EH KAU TAU TAK OPEN RS TU APA??

open rs

Hmm.. Ye lah tu Suria. Kau nak ke drama macam ni? Gila. MUIS kenek masuk campur ni!! Dah lah asyik minum arak semua?? Gila.

Secara jujur, kalau Suria nak terbitkan drama pasal rich and famous, mereka harus sentuh pasal beberapa isu seperti

  • murtad, aku rasa banyak Melayu rich and famous yang murtad ah eh go do your own research
  • sexxxxxxxx, ni aku kenek terangkan ke?
  • homoseksualitas #lovewins #pinkdot2015
  • isu perkauman
  •  dll

Saya rasa Suria terbit drama biasa-biasa sudahlah eh. Kalau nak buat drama rich and famous tunggu 20 years lah eh nanti boleh buat drama pasal diri saya ni eh hmmm k. Anyway definisi “kosmopolitan” adalah “familiar with and at ease in many different countries and cultures.” Ok Suria, syabas! Tapi yang positifnye, penonton dapat lihat benda lain dan baharu lah eh dan dapat tahu macam mana orang kaya hidup.

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Suria’s Toggle or Google images)

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s