Sekali lagi dalam drama Dimensi ke 4, kita bakal melihat cerita merepek yang hanya akan membuang masa anda dan membuat anda menyesal menonton drama ini lewat-lewat malam kerana keesokan harinya awak kerja. Kalaulah awak tak tengok cerita ini, pasti boleh meluangkan masa bersama pasangan anda untuk beryoohoo atau beryoohoo keseorangan. 😉
Budak kecil ini tiba-tiba lari di kolong blok dan memekik, kononnya ada orang yang ingin mencabul kehormatannya. Tetepi tidak. Dia dikejar oleh ibu bapanya dan juga seorang bomoh.
Dia pun terjatuh dan cepat-cepat mak bapak dia tangkap. Bomoh pun baca mantera apa dan buat kerja bomohnya.
Ais-krim yang dimakannya tadi terkeluar daripada mulutnya. Ini kerana dia mempunyai bulimia seperti saya ni.
Mamat mentah ni, Haikel, pun berkata dia ternampak kejadian tadi la. K tak kisah pun takde kena-mengena dengan kau so lupakan aja.
Kawan dia, Ahmad (lol nama zaman perang dunia kedua), terjumpa botol di tepi pantai dan di dalam botol itu terdapat sekeping kertas wang $50 dan juga sehelai kain kuning yang mengandungi duit syiling lama.
Dia pun ambil $50 itu dan bercadang untuk belanja nasi lemak… SETAKAT. Tapi si Haikel bodoh tu ambil kain kuning tu ah eh. Gila.
Haikel rasa badannya bahang tetapi apabila ibunya memeriksa suhu badannya, dia biasa-biasa aja. Hmmm…
Semasa mereka sedang belajar Haikel rasa kurang senang dan ke tandas. Kesian budak cina calefare ni terpaksa berlakon seolah-olah dia betul-betul tertarik kepada apa yang dia belajar eh hahahahaha.
Haikel ke tandas untuk beronani membuang air kecil tetapi dia terdengar suara garau yang datang dari luar jamban tu.
Rupa-rupanya si Ahmad ni la hahahah. Penakut sak si Haikel ni.
Kededua ibu dan bapa Haikel terjumpa kain yang Haikel bawa pulang. Mereka mula rasa risau dan musykil.
Haikel bertanya kepada rakannya jika dia ada rasa bahang ataupun kurang selesa semenjak pulang dari pantai semalam. Ahmad berkata dia dan adiknya biasa-biasa aja.
Entah kenapa si Haikel kenek sawan babi aku rasa. Tapi macam bukan ah dia tetiba terbaring abeh menggeletar. Hmm…
Ibunya sarankan agar jumpa doktor tetapi si bapa kata jumpa Pak Leman. Pak Leman siapa??? Pekebun? Jumpa lah doktor, ngok. Gila.
Jiran kepo. Rambut zaman dinosaur sak ni hahaha.
Si Pak Leman tanya dia pergi mana semalam dan bapanya si Haikel pun bagi kain kuning tu. Dia kata “eh ni tangkal” abeh terus kasi balik??? Huh??? Dia baca-baca abeh suruh Haikel tu minum dan mandi air yang telah dibaca-baca.
Kepo sak.
Eh budak-budak ni memang ah suka ambil barang-barang kat tepi jalan ke? Mereka rasa mendak dan ingin ke pantai dengan harapan bakal jumpa $50 lagi hahaha. Eh adik-adik, takde kerja rumah ke? Masa I dulu sekolah, I terus balik rumah buat homework, pukul 5 tengok Hi-5. Best.
Di pantai, Haikel terjumpa sebuah anak patung ini. Hmm… Dia pun kutip dan melihat-lihat. Dia ni kenapa? Dia ada fetish patung ke??
Dia pun memberitahu kawannya dan bertanya mengapa patung ini ada jarum/paku dicocok. Si adik Ahmad kata mungkin pemiliknya dahulu tukang jahit. Hhahaha. Ni VOODOO sak.
Si Haikel pun menarik salah satu daripada paku tersebut. Eh dia ni tak serik-serik ke? Tanpa pengetahuannya, dia sebenarnya telah melepaskan jin di dalam patung itu.

Haikel sekali lagi terjatuh ke lantai dan seluruh badannya seolah-olah di dalam mod gegaran. Rakan-rakannya pun lari untuk menyelamatkan keadaan.
Tapi si Haikel cuma main-main aja. Si Haikel ni dia memang tak serik la eh. Biadap sak.
Di rumah, dia rasa macam kenek kacau ah. Dan dia juga tidak sedar bahawa dia membawa balik paku tadi. Dia terkejut apabila ternampak paku itu di lantai.
Ni betul-betul ke bedek eh? Muka dia macam “no mama, I got this gurl”
Panggil la panggil. Jumpa doktor tanak.
Pak Leman tu takde kat Singapore. Dia keluar negara untuk berubat. Wow bagus sampai ke luar negara eh khidmat dia.
Mak si Haikel memanggil jiran mereka dan mereka datang dengan segera. Wow bagus eh jiran dia, siap pakai tudung pulak tu. Jiran dia pun baca-baca ah abeh selesai.
Jiran dia ada kenal bomoh ni dan bomoh ni suruh cepat-cepat datang ke rumah untuk berubat.
WOW BISNES BAIK SIOL ADA QUEUE LAGI. Ni pasti mujarab punya le eh. Eh ni tak salah di sisi undang-undang ke? Nampak macam illegal je.
Apabila si dekni datang, dia terus skip queue. Hahahah sial betul. Yang sakit satu, yang pergi sekali 5.
Duh. Ingatkan mak bapak dia bodoh ke?
EH BOMOH NI TANYA SOALAN BODOH EH? Mesti la nak keluarkan benda tu omg. Abeh jumpa kau buat apa, ngok??? Tengok muka bapak dia, malas nak layan.
Si Haikel termimpi gadis yang mendukung anak patung. Apa sak.
Bapa dia memarahnya kerana tidur waktu maghrib. Ibunya ingin membawanya ke doktor tetapi bapanya enggan kerana Bomoh Wak Salim tidak mahu pihak-pihak lain masuk campur dalam urusan ini. Kalau tidak, jin dalam Haikel tak keluar kot.
Mereka segera ke rumah Wak Salim. Wak Salim ingin memberi tangkal yang bukan mudah untuk didapati. Ia mampu melindungi Haikel daripada sebarang ancaman ghaib.
HA KAU. Tak pernah aku dengar bomoh letakkan harga. Selalu kan macam ikhlas atau beli buah merepek ke letak dalam rumah atau pulut merepek. Hmm… $300? Baucar NTUC bernilai $300 boleh?
Haikel ke pantai yang sama dan membuang kain kuning yang disimpannya.
Sekali lagi, urgh.
Ibu Haikel menelefon Wak Salim tetapi Wak Salim hari ini off day ye, takde masa nak layan klien.
KLIEN KE KE LAIN SAK. Hmm… Astagha kenpa lah Suria membenarkan adegan peluk-peluk?? MDA approve ke?? MDA harus kerjasama dengan MUIS ye lain kali. #Astaghfirullah
Ibu Haikel terpaksa memanggil Pak Leman. Pak Leman bertanya apakah tangkal yang terdapat pada diri Haikel itu.
Dia kata tangkal tu semua syirik lah eh. You know the drill.
Dia pun membuka tangkal itu dan dalam tangkal tersebut terdapat sekeping resit. HAHAHA RESIT $300 NTUC LOL. Padan muka kenek tipu.
Haikel pengsan di sekolah like finally. Ni tunggu masa je ah.
Abang Jambang pun menelefon ambulans. Eh Abang Jambang dah jadi cikgu sekarang? Dah tak kerja dengan Irma ke? Eh budak perempuan tu tak tau berlakon ke? Mata tu tengok Haikel bukan tengo kamera, ngok.
Doktor berkata ada ketumbuhan di otak Haikel. Oleh itu, Haikel sering pitam dan rasa tidak selesa serta keseimbangannya pun agak tidak stabil. Tu la, dari dulu suruh jumpa doktor tanak. Nak jugak jumpa merepek bomoh dukun semua. Gila. Doktor ni tak boleh berlakon ke? Berbual satu suku kata macam kaku.
Ni dua berasa serba salah ah sebab si bomoh yang mereka kenalkan rupa-rupanya penipu besar!! Dah la bisnes dia bertepek sak tu pun dia tipu. Kurang ajar. Apa kata kita bakar rumah dia. JOM!!!!!
Merepek or merepepek???? Gila kan cerita ni hahaha. Tambahan pula, kenapa tajuk cerita ini “Patung” padahal patung muncul sekejap je sak. Saya rasa harus tukar kepada “Pergi Ke Doktor Dahulu”! Lagi kena! Sebenarnya bukan si Wak Salim je penipu, si Pak Leman pun penipu la eh. Dia baca-baca apa entah padahal tak tau apa-apa. Entah-entah si jiran mereka berkomplot untuk menipu jugak eh. Biasa ah skim tipu-menipu ni. Pengajaran daripada drama ini adalah: jangan kutip benda yang kau jumpa dan pergi doktor dahulu.
Dimensi Ke 4 kenek step up their game uh. Sejauh ini semua merepek?? Takde hantu pun. Semua imaginasi semata-mata. Kan lebih baik kau tukar tajuk cerita ini kepada “Fantasi Ke 4”. BAHLOL.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle, gifs from Google)
[…] Episod 5: Pergi Ke Doktor Dahulu […]
LikeLike