Episod 4 Dimensi Ke 4 ini mengisahkan tentang perhubungan sepasang suami isteri (again). Si sang suami, Syarif, asyik berhalusinasi. Dia fikirkan bahawa isterinya bermain kayu tiga tetapi isterinya, Asyiqin, setia padanya. Syarif sering memukul Asyiqin kerana marah dengannya. Disebabkan itu, Asyiqin berjumpa seorang pakar agar suaminya akan sentiasa mencintainya dan tidak memukulnya lagi.
Wow! Baru mula je dah kenek tercekik???
Yek eleh si Syarif ni mengigau? Hahaha baru habis deepthroat ke?
Syarif juga kerap mengambil ubat penenang bagi masalah halusinasinya.
Syarif pulang rumah lewat dan terus memukul isterinya kerana dia sangkakan bahawa isterinya pergi keluar dengan jantan lain. Padahal takde bukti??
Si Farah ni pakai tudung apa sak. Macam last minute gitu sih. Si dekni ni kawan baik si Asyiqin. Mereka selalu keluar bersama tapi si Syarif ingatkan Asyiqin keluar dengan scandal.
Si Syarif ternampak isterinya keluar dengan jantan lain di tengah-tengah hutan. Mereka sedang mencari tanah lapang untuk buat maksiat.
Oh, dia cuma berhalusinasi di dalam kereta rupanya. Gila.
Asyiqin pulang lewat dan Syarif pun mula menuduhlah. Kata dia sebenarnya keluar dengan mamat lain dan bukan Farah. Si Asyiqin pun lagi satu, kau tau suami kau tak betul bilang lah suami kau yang kau balik lambat semua!!!
Pukul sampai puas ye, Pak. Nanti Rudy Marican datang rumah awak buat rancangan Talk Show pasal kes dera isteri.
Hmmm…. Ye lah tu tak sengaja. Sampai lebam kau kata tak sengaja?
Farah tak sanggup melihat Asyiqin dipukul bantai oleh suaminya. Dia mahu menolong Asyiqin tetapi tidak tahu bagaimana.
Si Asyiqin pun kata “kau lainlah, tunang kau tu bakal ustaz!” Eleh, ustaz pun? Manusia jugak kan! Takkan lari daripada dosa. Syaitonne tetap akan menggoda!
Hmm… Cara apa eh? Jumpa kaunselor? Bawak berbincang? Hadiri kursus rumahtangga?
Apa si minah tudung ni tunjuk paku yang dia kutip kat lantai?? Asal ada paku kat lantai eh?
Rakan kerja Syarif menjemput seorang dukun untuk memakmurkan lagi bisnes mereka. Namun si Syarif tidak setuju sebab ia akan menambahkan dosa dan salah di sisi agama.
Memang syirik!! Tapi rakan dia kata “dia baca Quran yadayada” HEY. Orang kafir pun boleh baca Quran la dhey.
Si Asyiqin bodoh tanya kepada Farah jika mereka mahu berjumpa tunangnya Farah iaitu Yusof. Si Farah macam malas nak layan Asyiqin jadi dia roll eyes.
Wow mana diorang cari tempat ghetto ni eh? Seram aku tengok. Farah mengajak Asyiqin berjumpa dengan seorang bomoh kat tempat ni. Si bomoh ni takde tempat lain ke nak tinggal? Oh, polong-polong dia semua dah selesa duduk kat sini ke?
Mereka pun menjelaskan situasi perhubungan Asyiqin dan Syarif. Asyiqin mahukan si Syarif senantiasa mencintainya dan tidak lagi berganas terhadapnya. Si bomoh pun meminta gambar Syarif.
Wow teknologi zaman sekarang semakin canggih eh!! Eh kalau gambar tu diphotoshop, macam mana eh? Atau pun difilter? Hmm…
Bomoh pun mula membaca mantera dan tiup ke paku hahaha. Kesian paku tu. Selama ini paku tu ingatkan ia akan dipaku kepada dinding tetapi diguna menjadi benda merepek.
Wow. Macam mana bomoh tu tahu yang dia tinggal rumah banglo eh? Ada halaman rumah? Pelik.
Asyiqin memberi minuman kepada suaminya. Suaminya macam gelisah/marah tapi tidak memukulnya. Wow mujarab eh si bomoh tu!
Tetapi… Yang disangkakan Asyiqin tu tadi bukan Asyiqin… Siapa?
Penat? Bukan penat. Dia tengah gian. Dia nak.
Eh kau ah merepek. Ada bukti tak? Takde kan??
Farah bertanya jika Asyiqin telah menanam paku-paku tersebut di halaman rumah. Asyiqin mahu menangguh perkara itu dahulu kerana dia hamil. Mana tahu berita baik ini dapat melembutkan hati si Syarif? Kan aku dah bilang korang tadi tu Syarif gian.
Si dekni entah kenapa tak boleh bergerak? Seolah-olah Sue Storm ada letak forcefield depan dia.
Lagi??? Urgh, boring.
ALAMAK TANGKAP BASAH KE??? Si Syarif ternampak Asyiqin bermesra dengan mamat ni DI DEPAN RUMAH. (Sebenarnya mamat ni tunag Farah)
Hahaha. Eh si Syarif eh suka pukul bantai?? Tanyalah secara perlahan urgh annoying. Dah lah si Asyiqin tu berbadan dua!!
Sampai berdarah sak si muka Asyiqin ni!! Astagha!
BARU SEKARANG NAK TANAM BENDA TU??? Hujan pulak tu. Pakailah baju hujan ke apa. Urgh.
Farah menelefon Asyiqin tapi si Syarif yang menjawab. Farah kata “aku telefon nak bilang kau yang aku keluar dengan Asyiqin semalam, aku & tunang aku hantar dia balik.” Hmm, pelik. Farah telefon si Asyiqin untuk memberitahu Syarif benda ni??? Kan lebih baik kau telefon si Syarif terus.
Dia pun mula meminta maaf semua la. Si Asyiqin pun kata dia ngandung. Si Syarif pun menyesal ah dan segera membawa Asyiqin ke hospital.
DARAH APA TU?? DARAH HAID? DARAH PECAH DARA??? Eh yuck la asal putih sak dia punya cadar.
Kat hospital si Syarif terbayangkan seorang (??) janin ah. Sebab dia rasa serba salah. Dia yang menyebabkan keguguran kandungan isterinya itu…
Asyik skrip yang sama je. Bleh.
Nasib baik isteri kau ok je, maafkan kau. Dia redha. Kalau dia jenis yang berdendam? Nanti jadi macam gini…
.
.
.
.
.
.
.
.
BITCH BETTER HAVE MY BABY
Setelah insiden itu, perhubungan antara mereka berdua semakin baik. Adakah ini hasil tanaman paku ataupun kerana Syarif sudah berubah dan kesal atas perbuatannya itu? Hmm, fikirkanlah.
Farah berjumpa Asyiqin dan berkata bahawa Yusof memarahinya kerana mengajak Asyiqin berjumpa seorang bomoh dan berbuat segala benda merepek. Hmm, eh kalau kau tak kahwin bakal ustaz tu pun, takkan kau tak tau yang mana betul dan yang mana tak betul? Tutsie tu bukak sua.
Syarif pulang rumah dan terdengar bunyi tangisan bayi datang dari tanaman pokok di halaman rumahnya. Dia pun mengorek tanah itu dan terjumpa janin (saya tidak begitu pasti samada ia hanya bayangannya ataupun realiti). Dia mula rasa gelisah dan mula paranoid.
Isterinya bertanya mengapa dia dalam keadaan cemas dan takut. Syarif beritahu bahawa dia mahu Asyiqin untuk meminta maaf kepada janin tersebut dan membuang janin itu di tempat lain. Ini amat mengelirukan Asyiqin kerana dia tidak menanam janim di halaman rumah mereka.
Dia pun periksa tanah tersebut. Dia seolah-olah tidak dapat mencari apa-apa. Dan cerita itu habis begitu sahaja. Tergantung. SYABAS. SIAL BETUL.
Secara jujur saya memang tak suka cerita yang tergantung abeh suruh penonton fikir sendiri apa jalan penyelesaian ah merepek. Kalau cerita yang intellectual tu takpa ah boleh berdebat. Ni setakat cerita hantu sak. Jangan nak step world ah. Tambahan pula, kenapa Suria ni eh kalau suami isteri tinggal kat banglo je rumahtangga diorang macam tak stabil eh. Lihat sahaja episod pertama Dimensi Ke 4: Kasihku Tundukkan. Jadi, sekarang ni apa? Janin tu kau tanam kat kubur ke kau buat sup? Paku yang kau tanam tu ke mana? Takkan dengan cepat dah biodegrade eh? Ke si Farah tu dia amek? Dia nak paku kat bakal suami dia tu hahaha. Boleh jugak eh.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle, gifs from Google)
[…] Episod 4: Mahligai Kita Porak Peranda […]
LikeLike