Hello, hello,hello! Dah lama saya tak tulis pasal Menantu International ni! Dalam blog post ini saya akan pendekkan peristiwa-peristiwa yang penting yang berlaku dalam episod 2 hingga 5 ya. Pada anda yang ingin menonton, sila ke Toggle! Pada akhir episod satu, ayahnya Mel menghilang apabila Bryan ingin menikah Mel… Jom kita lihat apa yang berlaku!
Rupa-rupanya, ayah Mel menghilang ke Labrador Park. Dia masih lagi teringat masa Perang Dunia dahulu dan menyalahkan pihak askar omputeh yang menyebabkan bapanya inilah itulah. Isterinya datang dan cuba memaksanya untuk ke akad nikah anaknya itu. Isterinya pun menambah bahawa Bryan orang US dan dahulunya mereka yang datang ke Singapura merupakan penjajah British. HAHAHAHA. Bagus eh. Akhirnya, Mel dan Bryan selamat bernikah!
Fast forward 3 tahun youalls.
Mereka berdua menubuhkan sebuah pusat kaunseling buat keluarga seperti mereka yang memerlukan khidmat kaunseling. Keluarga yang berlainan bangsa dan budaya. Dalam babak ini, mereka sedang melalui sebuah wawancara untuk suratkhabar.
Inilah klien mereka. Diorang merupakan suami isteri. Namun, suaminya asyik ke luar negara untuk bisnes. Perhubungan mereka tidak stabil. Namun setelah berjumpa dengan Bryan dan Mel, mereka berjaya untuk bersepakat dan baik semula.
Si dekni terbaca suratkhabar dan mendapat tahu bahawa Bryan belum mendapat status PR. Dia pun melenting sebab Bryan dan Mel mencadangkannya untuk mendapatkan status PR supaya dapat menghuraikan masalah rumahtangga mereka. LOL.
Ayahnya Mel pun terbaca artikel itu. Dia pun mengamuk kerana takut Bryan akan membawa Mel balik ke US satu hari kelak. Ibunya Mel pun berkata bahawa Mel merupakan isteri orang dan mereka tidak mempunyai hak untuk menentukan kehidupan Mel lagi. Betul tu, biarlah kalau diorang nak bermastautin di mana-mana.
Setelah tiga tahun bekerja di Shanghai, Firman pun pulang bersama hadiah spesial untuk keluarganya.
HA KAU. Perempuan Shanghai. Eh… Ni kan PRC iPhone tu kan? Hahahaha. Jodoh tak ke mana siol.
Ayahnya Fir cool aja dan tidak membuat bising. Malah, menyokong Fir. Kali ini, ibunya Fir yang tidak puas hati dengan Fir. Hahaha. Kenapa eh? Bila Mel nak kahwin dengan Bryan dia ok aja. Oh ya, ini kerana dahulunya ibu mereka mempunyai boyfriend omputeh tapi tak jadi! Hahaha. Hmmm… Pilih kasih la ni.
Mereka semua sangkakan perempuan Shanghai (Happy) cuma ke Singapura untuk sementara waktu. Namun, Fir sudah pun masuk meminang dan Happy bakal tinggal di sini buat selama-lamanya. Hahaha.
Pengsan terus ibu mereka. Kesian!
Hahaha. Dia panggil Happy Itik Shanghai. Kesian sak. Itik quack.
Ini klien baru Mel dan Bryan. Aslina & Zahira. Aslina baru sahaja pulang dari Jepun kerana sudah bercerai dengan suami Jepunnya. Anaknya Zahira tidak boleh menyesuaikan diri di Singapura dan amat merindui bapanya.
Bryan tidak mahu Mel mengandung atas sebab-sebab tertentu. Mel amat terkejut.
Ayah mereka terdengar perbincangan mereka tentang isu tersebut. Apa lagi, marah lah.
Si Happy ni mengenap di rumah sewa rakannya buat sementara waktu. Di Geylang… Hahahaha.
LOLOLOL. Fifi pun tiba dan menyelamatkan Happy ya ya.
Ibu mereka masih tidak boleh menerima realitinya bahawa Fir sudah tersangkut kat perempuan Shanghai lol.
NI RAMBUT APA SAK.
Khalid kini mula bekerja bersama Bryan sebagai IT consultant setelah 3 tahun tidak bekerja. Terpaksa lah. Haha.
HA KAU. Orgazma? Bukan. Si Happy menyuruh Fifi meletakkan krim di belakang badannya. Baru sentuh dah ternganga macam gini? Hmm.. Kalau dapat?
Tangkap basah?????
Bryan masih FaceTime bekas isterinya namun mereka hanya berbual pasal anak mereka, Megan. Bekas isrterinya menceritakan bahawa Megan sembunyi dalam almari sekolah kerana seorang jejaka memberinya sekuntum bunga. Mereka pun sempat cakap pasal kisah lama diorang lah.
Kesemua mereka ke balai polis untuk mengambil Fir dan Happy. Hahaha mak dia kelakar sak. “Puteri Hang Li Poh” & “Ikan Kering”!! Kesian Happy. Padahal dia tak buat apa-apa.
Zahira di hospital kerana drug overdose. Akhirnya,ibunya membiarkannya pulang ke Jepun untuk belajar namun ibunya juga menyuruhnya balik ke Singapura masa musim cuti sekolah.
Ibunya amat suka apabila Mel muntah-muntah tapi Bryan tak setuju… Haha.
Melenting la apa lagi. Tapi si Bryan bodoh tu pun melenting balik wth???? Dia kata “Ini hidup kami, kami yang menentukan bukan bapak” yada yada
Ayah mereka amat tidak puas hati yang Bryan meninggikan suara. Namun, ibu mereka kata takpelah mungkin itu memang budaya Bryan. HUH????? Tetap #rude!!!
Ini klien mereka terbaru ya. Mereka ingin bercerai kerana anak mereka. Ibu dan bapa si isteri amat memanjakan anak mereka. Si suami tak suka kerana itu anak mereka. Dia kata dia tidak mahu ibu dan bapa mertuanya menentukan kebahagiaan rumahtangga mereka.
Dia pun terasa la sebab macam perangai suami dia kan?
Doktor memberitahu bahawa Mel hamil. Tapi Mel kata tak mungkin sebab dia makan pil perancang. Doktor kata kemungkinan pil perancang akan gagal adalah 9%. LOL.
HUH??? Doktor ni sarkastik ke bodoh? Kalau dia makan pil perancang, nampak sah dia tak nak anak kan? Abeh boleh cakap tahniah? Doktor zaman sekarang eh… Apa kata kalau Mel bilang kau, “hmm lawa warna coli doktor!” Kau tak suka kan? Sebab kau berhijab. Kau tak nak orang nampak apa kat dalam tu. Sama lah, NGOK!
Bryan mendapat tahu bahawa Mel benar-benar mengandung dan amat marah dengan Mel.
Bryan pun marah Mel lagi di rumah hahaha.
Happy mula tinggal di rumah Fir. Namun, ibunya Fir mempunyai beberapa undang-undang untuk mereka berdua.
Bryan mendapat tahu bahawa Mel tidak makan pil perancangnya mengikut jadual. Tetapi, Mel kata dia selalu makan! Hmmm…?
AMEK KAU! Kan dia jatuh. Hmm… Agak-agak dia gugur tak???? Nak tau jawapan? Tontonlah Menantu International! Setiap hari Rabu, 9:30 malam. Ataupun, terus mengikuti blog saya. Hehehe.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] anda yang tidak mengikuti, sila baca post yang sebelumnya agar tidak keliru ya. Klik di sini: 1, 2, […]
LikeLike
[…] ke? Hmm… Semua calefare yang memainkan watak doktor semua tak boleh harap eh. Sebagai contoh: Menantu International, P.I.Z dan Danny. Semuanya kaku, kurang ilmu kedoktoran dan tidak boleh mengatakan istilah-istilah […]
LikeLike