Dalam episod ketiga Dimensi Ke 4 ini, kita akan melihat hantu hitam yang menjelma dalam hidup Samad. Samad merupakan seorang jantan yang tidak bekerja namun menggunakan wang isterinya untuk benda yang bukan-bukan. Setelah dimarahi isterinya, dia bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan (security guard). Di tempat kerjanya, dia sering “diganggu”…
Padahal kucing… Tu pun dia takut.
Dia nampak apa entah abeh terus selubung diri dengan jacket??? Gila.
Ha bagus makcik. Berceloteh. Bagus. Biar suami makcik yang tak berguna ni sedar diri. Dia sepatutnya kerja dan mencari rezeki, bukannya makcik eh. Eh, makcik. Walaupun makcik baru balik dari kerja, make-up makcik masih maintain eh? Bagus.
Eh eh kurang asam punya jantan. Kau ingatkan isteri kau ni pembantu rumah? Eh, nabi pun tak layan isteri mereka seperti ini. Bertaubatlah!
Ha kau. Surat merah lagi! Tak bayar bil ke? Astagha! Mana duit tu menghilang?
Si Samad beli pepatung merepek ni??? Buat apa sak? Takde gunanya. Isteri dia pun kata ini semua menghalau malaikat! Betul tu. Malaikats be like, “apa ke bendo tu, hmmm next house je lah!”
ALASAN. So maknanya seumur hidup kau, kau tak pernah kerja??? Macam mana kau pikat isteri kau eh kalau macam gitu?
Ni kawan dia, Karim. Karim nak berikan dia kerjalah. Jadi security kat bangunan usang yang terbengkalai. Takde orang langsung. Kerja dia cuma datang lepastu tidur je. Tak payah buat rondaan pun. Senang eh? Tak lah tertekan si Samad ni.
Hahaha isteri dia terkejut siolz.
Samad pun jawablah yang dia kerja security. Tapi isteri dia macam tak kisah pun kata dia takkan lama kerja di situ. Ni isteri bagus eh. Terus terang je. Tak kasi sebarang perangsang kat suami dia hahaha. Dia kata dalam seminggu pasti si Samad akan berhenti. Hhahaha.
Hey belum seminit kau kerja dah nak berhenti??? Dia kata takde tempat nak tidur. Tu alasan dia. Erm… Bangunan besar siak kau tidur je la mana-mana, bodoh. Kat lantai ke, tingkat dua tepi tangga Joo Chiat Complexxxxx.
Mereka ni gosip pasal yang pekerja yang bertugas syif petang. Si Rahim dahulunya bekerja syif malam. Namun dia meminta untuk ditukar syif kerana ingin elaun lebih.
Kalau tak payah buat rondaan kan lebih baik kau letak penghalang ke, pintu gerbang ke, atau terus tutup semua yang boleh ditutup dan letakkan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengawasi kawasan tersebut. Dapat jimat wang kan?? Merepek sak. Kau buang duit bayar gaji tapi orang tu tidur aje? LOGIKA MANA?
Eh si dekni ni masih ah? Dah kata tak payah nak buat rondaan abeh masih nak jugak. Padahal kucing sak. Abeh terkejut sendiri??
Apa seh tu. Orang Minyak? X-Men Nightcrawler? Makhluk Asing? Batman tak cukup protein?
Nightcrawler ah! Boleh teleport hahaha.
Apa ni dia nampak diri dia sendiri sedang tidur…?
Ni apa? Kasih berbisik? Hahahaha.
Oooohhh… Kawan kerjanya cuba untuk menyoal siasatlah kalau dia ada mengalami kekacauan atau kejadian aneh. Been there, done that katakan.
HAHAHA kenek kacau sampai terkehel sak. Kesian. Mata terbeliak, lidah terkeluar semua.
Nampak isteri sendiri pun terkejut macam nampak beruk kat luar rumah dia hahahah. Isteri dia pun macam malas nak layan.
Oh bila kenek gunakan wang untuk diri sendiri tau berjimat. Bila gunakan wang isteri untuk beli benda haramerepek tak kisah dunia pun.
Hahaha isteri dia tetap memaksanya untuk ke kerja untuk melengsaikan segala bil-bil yang tertangguh itu. Padan muka.
Sama ah, bro. Aku kalau lepas syif malam pun macam tak terurus ah eh dan cepat marah? Gila sak kalau kerja malam.
Hahaha lagi?? Dia apa ni hantu tu tak pegang dia pun tapi dia tak boleh bergerak macam kenek hempap? Padahal hantu tu kering sak macam ada penyakit anorexic nervosa.
Skrip yang harus ada pada setiap cerita hantu.
Si dekni eh kenek kacau abeh terus balik rumah? Tak tau nak panggil bos atau siapa-siapa. Suka hati dia je dia balik rumah?? Abeh balik rumah mula rasa gelabah, gelisah, rimas semua. Kau bila naik motor pergi rumah ni nasib baik tak kenek kemalangan ke apa.
Dia pun beritahu isterinya apa yang berlaku di tempat kerjanya.
Betul kata isteri kau. Dia ada logik, kau takda. Kalau tempat dah gelap, macam mana kau nampak benda gelap? Pelik.
Ha kan. Iman dalam hati tak kuat. Patutlah kenek kacau!
Si Rahim menelefon Samad untuk bertanya dengan Samad mengapa dia meninggalkan tempat kerjanya tanpa memberitahu sesiapa. Dia menyuruh Samad ke tempat kerja mereka untuk menerangkan perkara yang sebenar.
Rahim menjelaskan bahawa dia sering diganggu apabila bekerja syif malam, oleh itu, dia kini kerja syif petang. Lain kali jangan dengar gosip liar ya, Samad. Si Karim tu tak boleh dipercayai!
Rahim pun mengatakan bahawa makhluk/lembaga hitam kadangkala menjelma di kawasan ini. Mereka dipanggil “Shadow People”. Sebab mereka seolah-olah halimunan kepada mata manusia.
Si Samad apa lagi. Melentinglah. Samad bertanya mengapa Karim masih tetap inginkan Samad bekerja syif malam walaupun Karim tahu tempat itu “keras”.
Fantasi? Ini bukan fantasi ya, ini betul-betul terjadi kat si Samad. Fantasi tu kau, fantasi bulan madu.
Hahaha masih kenek kacau lagi? Ni macam PUNCAK ORGAZMA!!!!!!!
Isteri Samad terperanjat melihat Samad dalam kondisi puncak orgazma seolah-olah dihimpit seekor bayi gajah gian.
Sejurus itu, dia pun mengeluarkan telefon bijaknya untuk memetik gambar. Dengan segera, dia memuatnaikkan gambar itu ke instagram supaya orang ramai dapat tahu bahawa suaminya sedang mengalami puncak orgazma. Dia berjaya mendapat lebih 10,000 “likes” dan gambar itu menjadi viral. Dia menjadi kaya dan kini, dia mampu bayar bil-bilnya yang melambung itu.
Oh, dia menelefon khidmat ambulans rupanya.
Hmm… Ye bagus ye makcik. Bilanglah doktor yang suami kau tu rupa-rupanya dihempap oleh lembaga hitam. Yelah, doktor zaman sekarang kan dah graduate dengan ijazah mistik dan kebomohan. HEY MAKCIK BODOH. Penat-penat je lah si doktor belajar 4/5 tahun nak jadi doktor. Belajar semua secara saintifik dan logik abeh kau kata ada lembaga hitam???? GILA.
Kan, doktor pun malas nak layan kau. Terus terang dengan kau.
Tapi biasalah. Si Samad ni kata dia rasa dan tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Isteri dia pula kata dia harus mula membaca quran yadayada untuk mengisi kelapangan dalam haitnya itu agar tidak dikacau lagi. Ah ini ada logik ya.
Kesian eh supervisor kenek buat kerja hahah sebab belum dapat cari pengganti.
Hahaha watak ni sebenarnya kelakar?? Dia menelefon matairnya dan berkata bosnya memaksanya bekerja dan bosnya merupakan penghalang cinta mereka berdua??? LOLZZZZ.
Secara terus terang, episod ini macam mendak ah. Ini kerana ia gagal untuk memberikan bukti-bukti bahawa lembaga hitam itu benar-benar wujud. Lembaga hitam itu mungkin “wujud” kerana imaginasi Samad dan Rahim. Kededua mereka teragak-agak apabila bekerja syif malam. Dan oleh kerana itu, mereka dengan secara tidak sengaja percaya bahawa mereka dikacau dan juga kewujudan lembaga hitam itu benar. Lihat sahaja si Karim ni. Dia terpaksa kerja syif malam tapi dia cool aja. Ni sebab dia tidak fikir bukan-bukan. Justeru, tidak ada faktor-faktor yang mampu menakutkan dirinya.
Tambahan pula, penonton tidak diberitahu asal usul lembaga hitam itu. Penonton cuba diberitahu bahawa bangunan itu merupakan bangunan pemerintah yang sudah usang. Jika ada cerita disebalik kewujudan lembaga hitam itu dan juga mengapa bangunan ini diabaikan, ia mungkin akan membuat cerita ini lebih menarik dan meyakinkan.
Ok lah, itu sahaja. Tapi saya belum habis haha. Kepada anda yang suka benda-benda hantu ni, sila pergi ke lelaman Halloween Horror Nights 5 ini. Ia merupakan permainan interaktif yang akan menaikkan bulu roma anda…
Hantu Cina: http://www.halloweenhorrornights.com.sg/interactive/hell_house/index.html
Hantu Makcik: http://www.halloweenhorrornights.com.sg/interactive/block50/end.html
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Episod 3: Pekerja Syif Malam Penakut […]
LikeLike