Insomniacks layan peminat Singapura 16 Ogos ini!

Para Maniacks pasti tertunggu-tunggu saat ini.

Kumpulan Insomniacks yang popular dengan lagu Reminisensi, Sempurna, Pulang dan banyak lagi bakal beraksi di Singapura pada bulan lapan nanti.

Advertisements

SAH Entertainment baru-baru ini mengumumkan butiran konsert Echoes of A Dream di Instagram. Bertempatkan di Capitol Theatre, konsert itu akan berlangsung pada 16 Ogos, Sabtu.

Penjualan awam bagi tiket Echoes of A Dream bermula pada 9 Jun, 2 petang manakala jualan khas bagi ahli SAH Telegram akan bermula pada hari yang sama pada 12 tengahari di lelaman Sistic.

Harga tiket bermula pada $88. Bagi kategori berdiri, anda boleh tambah $28 untuk ‘priority’ untuk mendapatkan laluan pintas dan lebih dekat dengan Insomniacks.

Anda juga boleh menikmati sesi Meet & Greet bersama kumpulan di bawah naungan Universal Music Malaysia ini dengan tambahan $88.

Jadi untuk para Maniacks Singapura, bersedialah untuk berperang tiket. Ini kerana konsert kumpulan yang dianggotai Iqie, Iskandar dan Danial itu sold out dalam masa 4 jam bagi konsertnya di Kuala Lumpur!

Advertisements

3 comments

Tinggalkan komen