Skandal, kontroversi, drama bodoh, dan pempengaruh kelas bawahan—semuanya bertebaran dalam dunia hiburan Melayu Singapura tahun ini.
Jom, kita singkap beberapa peristiwa yang berjaya menjadikan industri hiburan Singapura yang suam-suam kuku ini terasa lebih pedas dan sensasi!
A
Aina Abul
Sebuah detik ikonik dan bersejarah berlaku di konsert sulung Aina Abdul di Singapura Januari lalu. Beliau bersama Ernie Zakri membuat persembahan di atas pentas yang sama dan sekaligus mendiamkan mulut-mulut puak nonok yang sering membanding-bandingkan dua penyanyi wanita ini!
Menarik sekali, mereka berdua juga akan membuat kemunculan di Singapura sekali lagi pada 2025.
Aina akan berada di konsert ByAjai & Mega Friends manakala Ernie akan mengadakan konsert solonya di Singapura berjudul Aura!
B
Bella Astillah
Akhirnya, Bella Astillah bercerai dengan Aliff Aziz tahun ini setelah berkali-kali bekas suaminya itu curang. Tak nak komen panjang sebab semua orang tahu cerita ni.
Bismillah Biryani
Isu tular melibatkan selebriti Suhaimi Yusof sungguhlah panas sehingga menarik perhatian seorang mantan ahli politik yang tidak laku lagi, Amrin Amin.
Lain kali kalau ada kes gaduh-gaduh selebriti, Amrin Amin je lah settle!
C
Charly pitam?
Difahamkan bahawa penyanyi Setia Band, Charly Van Houtten, pitam semasa konsertnya pada Oktober lalu di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre).
Namun begitu, kemunculannya di kawasan Lau Pa Sat bersama peminat selepas konsert itu menimbulkan syakwasangka dalam warganet.
D
Didicazli
Adik kepada Didicazli, Roziana Cindy, ada lagu dengan Ade Govinda berjudul Paling Sejati.
Tapi… macam tak popular je lagu tu. Boleh sambung buat kerja hartanah lah, dik.
E
Enigma Trifecta
Hmm, ini perlu jelaskan ke? Kesian ramai vendor kena sidai di acara ini yang sepatutnya berlaku di EXPO tetapi tidak menjadi kenyataan pun. Sehinggalah orang ramai yang minta penjelasan!
Pihak mereka telah pun memberi kenyataan maaf, kami dimaklumkan.
F
Fatin Amira
Tak nak jelaskan ah benda ni. Lu tau, wa tau.
Fauzie Laily
Ni pun nak cakap tapi takde bukti kukuh.
G
Global Ikwan
Rahsia syarikat Global Ikwan terdedah di Malaysia, dan Singapura juga tidak terkecuali.
Restoran ‘Mihrimah Restaurant’ yang dahulunya mempunyai logo GISB telah mengeluarkan kenyataan bahawa GISB cuma penasihat mereka dan terus menukar papan tanda mereka.
Namun kini mereka sudah pun gulung tikar.
H
Hafiza Basharahil
Entah berapa kali dia deactivate Instagram dan lepas tu acah-acah kongsi siaran agama.
Dialah satu-satunya emak selebriti yang terlalu terlibat dalam kes anak. LOL.
Halalfoodhunt
Ulama-ulama di Singapura mencuba sedaya upaya untuk mengutarakan isu LGBT secara hemah dan intelektual tapi di newsletter Halalfoodhunt yang dikirim pada bulan Januari, penulisnya membandingkan gender dan seksualiti dengan binatang.

Hisyam Hamid
Hisyam Hamid tahun ini bercerai dan diberi gelaran duda hot.
I
Ikonik
Gerbang Ikonik yang diumumkan oleh Wisma Geylang Serai sebenarnya bukanlah ikonik. Dan tidak pernah akan menjadi satu ikon.

Bahkan, ramai yang telah memberitahu Peng secara peribadi bahawa ia sebenarnya buruk apabila lihat di depan mata.
J
Judika dan Joe Flizzow
Kedua-dua penyanyi di atas mengadakan konsert solo di Singapura tetapi sambutan bagi konsert mereka tidak begitu rancak!
K
Konsert dibatalkan
Banyak konsert yang dibatalkan di Singapura tahun ini.
Rusty Blade x XPDC, Dewa 19, 6ixth Sense, Serumpun Berdansa – The Pinholes, The Changcuters dan Kugiran Masdo, Aliff Aziz (tak diumumkan pun).
Kunafe
Demam kunafe melanda Singapura. Dari kunafe coklat viral yang mengambil masa berjam-jam untuk beli, kunafe croissant tarik first in the world, dubai coklat kunafe… alah semualah!
Yang penting, sedap ke rasa kunafe tu? Ke rasa kunafak?
Kau Ape Hal?
Adui… podcast Kau Ape Hal, yang dikendalikan Syam Rahman, Raja Razie and lelaki rambut kerinting (tak tau nama), kenek sound sikit dengan warganet je dah menggelitis? Rilek lah braders!
L
LGBT
Filem mesra LGBT Melayu, Salam Gembira, dimainkan di layar perak. Ramai warganet warak memberi pendapat tanpa menonton.

Ada juga podcasters yang acah-acah beri komen tapi tak tonton pun filem ni. Hais, apa terjadi kepada homework?
Tapi yang penting, filem tak flop! Ramai tengok sampai diorang extend tempoh tayangan.
M
Menikah mualaf
Tuptup, pelakon yang telah bersara, Erwin Dawson, sudah bernikah! Tahniah.
Beliau yang dulu antiTikTok kini giat berTiktok.
Media social stars menikah
Azula Cinta dan Hafiythedude, dua TikToker hangat, bernikah.
Mangobossku
Perniagaan jenama Mangobossku melonjak pada tahun ini, mendapat sambutan meletop daripada masyarakat setempat.
Namun begitu, sebuah artikel yang terpadam juga menyatakan bahawa pemiliknya, dipenjara akibat mencuri pes laksa. Betul ke?
Malayan Council
Yang ni… macam no komen sikit sebab macam entah tak tau apa cerita?
Baca je lah artikel dari BH ni.
N
Nom Ketupat
Amboi, ketupat pun dia nak nyonyakan.
O
Ochi Alvira dan Syahiba Saufa
Pengumuman bahawa Ochi Alvira dan Syahiba Saufa akan menggegarkan Pentas Raya membuat satu Singapura tak keruan! Cepat betul tiket habis dan Esplanade pun tambah satu hari lagi.

Korang hidup eh bila dangdut.
OKLETSGO
OK Let’s Go gulung tikar. Akhirnya.
P
Prata Wala
Kedai Prata Wala mengenalkan Nasi Ambeng Platter tapi semua makanan yang berkaitan biryani. Taccod.
Setelah masyarakat Melayu SG meroyan, mereka gantikan dengan ‘Thali set’ tapi thali lain kot…
Peribahasa AI
Kononnya nak gunakan AI memperkenalkan peribahasa dalam bentuk yang menarik. Tapi apa salahnya sekiranya Berita Harian upah pereka grafik?
Tengok, pelik betul hasil grafik AI. Ada tak kena dengan peribahasa pun! Nasib warganet bijak menilai!
Padu Beb!
Populariti seorang YouTuber dari Malaysia melonjak tiap kali beliau membuat kandungan di Singapura.
Dalam videonya, tiap kali di Singapura, pasti ramai yang akan bertegur sapa!
Bukan saja itu, mungkin beliaulah jawapan kepada rakyat Malaysia apabila mereka ingin mencari makanan sedap di negara ini?
Q
Queens of Thermomix
Adoi… yang ni pening. Dalam dunia para queen thermomix, nampaknya ada yang buat kerja plagiat! Ada juga yang menggunakan loopholes untuk naikkan sales. Di manakah moral anda?
R
Rudy Marican
Peguam terkemuka, Rudy Marican, menerima kecaman atas siaran di Facebooknya yang menekankan pentingnya pendidikan. Pada masa sama, seperti memandang serong kepada lelaki yang kurang berpendidikan.
Pendapat yang bernas ataupun pedas?
Raja Razie
Setelah persembahan Journey of a Hustler 2 di Panggung Capitol, Raja Razie memuatnaikkan video selama 12 minit.
Siapa yang kuasa nak tengok video 12 minit?
S
Siti Nurhaliza
Di konsert Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza LIVE in Singapore, lagu Cindai dipersembahkan hanya pada malam kedua kerana itulah malam di mana peminat betul-betul berperang demi tiket! Kononnya nak tunjuk penghargaan kepada merekalah.

Segelintir penonton yang menonton pada malam pertama meluahkan kehampaan mereka.
Kesian…
T
Mrs Teh Tarik
Bekas isteri Dzar Ismail, yang dikenali sebagai Mrs Teh Tarik membuka saluran YouTube berjudul M!stehk tapi kandungan di dalam saluran itu diturunkan atas sebab-sebab yang kita tidak tahu.
Terjemahan Tropic Monsters
Ramai warganet menegur ketepatan terjemahan oleh Tropic Monsters di video mereka di mana mereka menanyakan istilah Bahasa Melayu bagi beberapa perkataan Inggeris.

Kesalahan bukan satu dua tau…
U
Ustazah World
Seseorang “ustazah” harus tutup mulut dan digantung daripada berbual di media sosial.
Ustaz Gian
Siapakah ustaz yang dipercayai berkelakuan kurang elok di Lapangan Terbang Changi sehinggakan ada orang yang terpaksa menghantar sebuah kiriman kepada NGL Peng?
Adakah sistem whistleblower di tempat kerjanya begitu tidak cekap sehinggakan wadah gosip menjadi pilihan terkahir?
V
Vodka
Dalam sambutan Hari Raya seorang pempengaruh, terlihat minuman Vodka tertera sebagai salah satu minuman. Korang rasa?
W
Wello
Dunia podcast dilanda drama hangat apabila Wello mendedahkan perhubungan mereka semasa berada di bawah naungan OKLETSGO. Stres ah tengok/dengar penjelasan dua-dua pihak. Akhirnya macam takde pape je.
Y
Yasmine, Sarah
Seorang ibu tunggal bernama Sarah Yasmine, mendapat nama kerana menumpang kontroversi terpanas 2024. Kini dia mungkin seorang retis sepenuh masa di Malaysia.
Z
Zhin Sadali dan Hanan
Ada yang beranggapan bahawa mereka ni sesuatuuuuuu. Tapi mana boleh, Hanan kan isteri orang!

Wow, banyaknya yang berlaku pada 2024! Semoga 2025 ni masyarakat Melayu Singapura akan mengalami lebih banyak drama yang seronok, mendebarkan dan bukan suam-suam kuku!





















[…] yang dikongsi di Instagram pengendali audio siar Kau Ape Hal itu yang memuatkan kenyataan ini di Story […]
LikeLike