Geng Rebut Cabinet (GRC) masih kekal relevan

Hampir 10 tahun berlalu sejak saya pertama kali menonton pementasan Geng Rebut Cabinet (GRC) tulisan Alfian Sa’at, dan malangnya, isu-isu yang dikupas dalam karya ini masih relevan hingga hari ini.

Ibarat deja vu, hanya dengan lebih banyak kocak dan drama.

Pilihan Raya mungkin dah dekat, dan Teater Ekamatra pun tahu timing yang tepat untuk membawa semula GRC ke panggung! Kalau anda belum tahu, sketsa ini mengupas isu-isu panas seperti gerrymandering, perkauman, majority privilege, dan macam-macam lagi yang kalau disenaraikan, boleh jadi bahan perbualan di kedai kopi berjam-jam.

Bezanya, semua ini berlaku di negara yang mirip Singapura tapi… bukan Singapura. Ia di negara lain di mana kaum Melayu jadi majoriti dan kaum Cina jadi minoriti.

Eh… tunggu dulu, tu macam Malaysia ke? Nampak sama, tapi tak serupa!

Saya tak nak tulis ulasan panjang lebar sebab pendapat saya masih sama seperti 2015 dulu. Semua yang saya tulis masa tu boleh dikitar semula! Sedih, tapi benar.

Yang pasti, kali ini saya terhibur habis dengan lakonan barisan pelakon iaitu Sani Hussin, Farah Ong, Serene Chen, Dalifah Shahril, dan Fir Rahman.

Memang tak kering gusi melihat Sani Hussin yang melakonkan watak Roslan Jantan dengan gaya yang sangat selamba dan bersahaja.

Kalau anda nak tonton GRC, tiket masih ada di Sistic untuk persembahan terakhir Ahad ini, jam 8 malam! Jangan sampai melepas, rugi tau!

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen