Geng Rebut Cabinet

Salam musim tengkujuh, wahai pembaca setiaku yang selalu basah dan lecak sebab dapat. Apa yang saya dan anda tak dapat adalah kesaksamaan dan keadilan di negara ini atas sebab warna kulit kita yang sesungguhnya coklat-keemasan secara semula jadi.

Pada hari Rabu yang lalu, saya dan rakan saya telah ke LASALLE untuk menonton sebuah pentas bertajuk Geng Rebut Cabinet (GRC). Ditulis oleh Alfian Sa’at dan diarah oleh Fared Jainal. Apabila saya terlihat salah satu foto mengenai GRC di Instagram, saya terus screenshot dan hantarkan gambar itu kepada rakan saya. Kapsyen kiriman ig itu amat menarik perhatian saya. Pendek kata, kapsyennya mengatakan bahawa dalam pementasan ini, kaum Melayu merupakan kaum majoriti dan kaum Cino pula yang minoriti. Saya dan rakan saya ni kalau dalam seminggu tak berbual isu perkauman memang tak sah. Jadi, kita memang ghairah ah nak tonton benda ni.

GRC
photo from Teater Ekamatra fb

Tengok poster je macam dah best ah. Sebab isu translation dah timbul. Kita dapat lihat bahawa nama-nama mereka diterjemahkan dalam Bahasa Jawi. Macam poster GE, nama calon diCinokan, macam tak relevan langsung siak. Tapi poster ni eh… Watak-watak pakai make up setebal Kamus Dewan Edisi ke-5 inci???? Terutama sekali watak wanita…

Secara jujur, saya amat suka akan pementasan ini kerana bukan setakat isu perkauman yang timbul. Isu pasal pemerintah pun ada. Sebagai contoh, isu “menentang” PM, gerrymandering, teh tarik Yaacob, FTs dll.

(Saya tidak akan sentuh isu-isu perkauman yang dibincangkan dalam pementasan ini kerana obviously saya akan menyeleweng sebab saya boleh berbual pasal isu perkauman sampai kiamat sak)

Selain itu, set-set dalam pementasan ini amat menakjubkan??? Hanya dengan empat kekotak yang boleh beralih, para penonton diajak dari satu babak ke babak yang lain. Kreatif!

Bukan itu sahaja, isu homoseksualitas (ye saya tahu it’s homoseksualiti dalam Bahasa Melayu, tapi Indonesia punya lagi ada oomph ah) juga diperbincangkan. Watak Roslan Jantan yang sebenarnya bukanlah JANTAN sangat. Sebenarnya saya konpius, si Roslan ni apa? Gay or nah? Sebab dia suka sentuh Daddy Bukhari Gazali tapi setakat tu je? Aku rasa dia masih dalam almari, atau lebih tepat lagi…kabinet. Si Maisarah Hamdan tu Lesbianita (dia confess tapi pada masa yang sama dia inginkan itu menjadi isu peribadi yang dia tanggung sendiri) ah. Dia merupakan contoh seorang Melayu/Islam yang liberal ah konon.

Dari segi watak dan perwatakan, saya berpendapat bahawa setiap watak mempunyai perwatakan yang tersendiri dan membawa watak mereka dengan bagus sekali!

Roslan Jantan (Khairudin Samsudin):

Saya berpendapat bahawa dia merupakan seorang yang mendahagakan kuasa. Ini kerana dia masih mahu berada di dalam GRC tersebut walaupun telah berjasa kepada GRC tersebut melebihi 10 tahun (?) Tambahan pula, dia memanggil watak-watak lain dengan nama-nama manja. Dr Zainab (Cik Nab) dan Maisarah Hamdan (Cik Mai). Ini merupakan salah satu penunjuk bahawa dia mahukan things to go his way, bukan?

Zainab Halim (Dalifah Shahril):

Beliau merupakan calon yang disukai ramai kerana dia berhijab dan amat makcik-makcik (walaupun seorang doktor). Dialah yang paling aktif bersama penduduk semata-mata untuk memancing undi. Seorang mahasiswa NUS, dia rasa dia dapat berhubung dengan mereka-mereka yang melalui pendidikan Singapura dengan lebih dekat. Dia juga merupakan pengangkat bola Roslan Jantan.

Bukhari Ghazali (Fir Rahman):

Dia ni cip SAF ah. Dia dianggap sebagai calon agresif yang dapat memenangi hati pengundi kerana dia telah berjasa untuk negara semasa dia di SAF. Dia juga contoh bahawa Melayu dalam Singapura di dalam dimensi lain ni boleh mengambil jawatan tinggi. Selain itu, dia juga merupakan the equivalent of Baey cos sado.

Maisarah Hamdan (Farah Ong):

Seorang peguam wanita Melayu yang liberal. Dalam GRC ini, dia merupakan perfectionist dan inginkan kesemua rancangan dilakukan dengan tepat. Dia merupakan calon yang sepatutnya menjadi “panas” atas sebab seksualitinya.

Catherine Seah (Neo Swee Lin):

Bahan. Dia lah lawak. Seorang minoriti yang telah banyak berjasa kepada kaumnya. Dia merupakan harapan penduduk Cina Chai Chee – Commonwealth serta seluruh Singapura. Akhirnya, diberikan jawatan yang teramat tinggi oleh Perdana Menteri. Namun, dia menganggap dirinya sebagai sekadar simbol kejayaan kaum Cina dan bukan satu kebanggaan atau refleksi perjuangan kaum Cina.

IMG_6838
cute eh ni boleh vote hahaha

Apabila menonton pementasan ini, terdapat unsur-unsur humor dan saya amat keliru sebab saya ketawa apabila mendengar punchline. Namun, realitinya, saya dan anda merupakan bahan ketawa tersebut. Saya dan anda telah menjadi mangsa perkauman. Sama ada anda mahu akui bahawa anda pernah menjadi mangsa atau tidak, tu masalah kau ah eh. Ada babak di mana saya amat kasihan dengan Catherine kerana Catherine seolah-olah mewakili perasaan saya yang selama ini saya simpan. Dan apabila saya ingin ke zon emosi untuk menitiskan airmata… ADA SAJA BENDA KELAKAR SO SAYA KETAWA HAHAHAIS.

Namun, saya hairan. Kenapa tiada watak India eh? Walaupun isu-isu berkait dengan kaum India diperbincangkan, takde satu pun watak India. Adakah ini merupakan satu cara untuk menunjukkan bahawa kaum India di Singapura akan tetap dipinggirkan walaupun di dalam Singapura yang berbeza? Hmmm…

Saya juga suka akan video di mana para calon bernyanyi dan berjoget. Ni untuk perli sorakan SingFirst eh? Hahaha. Dan, Catherine nyanyi part rap?? Is this black minority reference?? #dead

Secara keseluruhan, saya amat suka dengan pementasan ini. Ia merupakan pembuka mata buat mereka-mereka yang tidak sedar akan kewujudan #ChinesePrivilege. Malangnya, ia (pementasan ini) agak small scale? Kalau dapat sampaikan mesej ni kepada lebih ramai kaum Cino kan best. Biar mereka tersentak sikit dan hentakkan kepala mereka kat Great Wall of China.

Saya syorkan kepada anda semua untuk tonton GRC kalau takda apa-apa perancangan minggu ini. Tapi, tiket dah habis pun. Bagi anda yang nak cuba nasib, cubalah di Fesbuk Teater Ekamatra. Mungkin ada hamba Allah yang ada tiket lebih ke? Itu sahaja daripada saya!

Pengkritik Sandiwara


EKSTRA

Tahukah anda bahawa Pengkritik Sandiwara kini mempunyai halaman Fesbuk (Facebook Page) tersendiri? Jangan lupa untuk ‘Like’ Pengkritik Sandiwara di Fesbuk! <— klik untuk ke Fesbuk!

 

4 comments

  1. […] WOW??? Bapa Hamkah ada masalah dengan bank dan dia ingin tolong selesaikan. Kalau semua wanita berfikiran macam dia, pasti ramai anak Melayu dah kahwin! Bukan itu sahaja, pasti bilangan kaum Melayu akan melonjak. Dan mungkin kaum Melayu akan menjadi kaum majoriti? Oh tidak, pihak pemerintah akan bagi lebih banyak kerakyatan kepada kaum Cina dari Malaysia dan China. Saya lupa kita ni dijajah oleh mereka. […]

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s