Selepas berjaya menakluki industri hiburan di Singapura, kini SAH Entertainment mula melebarkan sayapnya ke Malaysia!
Syarikat penganjur konsert yang semakin popular ini baru sahaja melancarkan akaun Instagram baru, SAH Entertainment Malaysia, sebagai tanda langkah pertama mereka untuk menembusi pasaran hiburan di negara jiran.
Sufie Rashid, tauke SAH Entertainment, berkongsi dengan Berita Harian Singapura bahawa dalam tempoh dua tahun sahaja, lebih 15 konsert telah dianjurkan oleh syarikatnya di Singapura.
Nama-nama besar seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ne-Yo, Rossa, Newboyz, Wali Band, Masdo dan banyak lagi telah dibawa masuk oleh SAH Entertainment untuk menghiburkan para peminat.
Dengan rekod yang cemerlang ini, kami yakin SAH Entertainment Malaysia juga akan melakar kejayaan yang sama dan mungkin lebih hebat lagi. Semoga syarikat ini terus maju dan menjadi antara penganjur konsert terkemuka di Malaysia.
Tahniah, SAH Entertainment! Kami tak sabar nak tengok apa yang anda akan bawa seterusnya!
– Pengkritik Sandiwara


[…] bagi konsert anjuran SAH Entertainment yang berjudul An Evening with Afgan ini bermula pada harga $78 hinga […]
LikeLike
[…] pengumuman di Instagram rasmi SAH Entertainment Malaysia, konsert yang bertajuk “Aura: Ernie Zakri Live in Concert” dijadualkan berlangsung pada […]
LikeLike
[…] sidang media konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert yang bakal diadakan di Malaysia, penyanyi berbakat besar ni bersama pihak penganjur, SAH […]
LikeLike
[…] pengurusan SAH dan SETIA BAND telah mencuba untuk membawa beliau kembali ke pentas tetapi beliau tidak boleh […]
LikeLike
[…] lama selepas pengumuman tersebut di Astro Ria, saluran Telegram SAH Entertainment turut mengeluarkan kenyataan […]
LikeLike
[…] SAH Entertainment ada kerjasama eksklusif uolls bawak artis Universal Music Malaysia ni. Curlass! […]
LikeLike