SAH Entertainment Mula Serang Malaysia

Selepas berjaya menakluki industri hiburan di Singapura, kini SAH Entertainment mula melebarkan sayapnya ke Malaysia!

Syarikat penganjur konsert yang semakin popular ini baru sahaja melancarkan akaun Instagram baru, SAH Entertainment Malaysia, sebagai tanda langkah pertama mereka untuk menembusi pasaran hiburan di negara jiran.

Siaran pertama di akaun SAH Entertainment Malaysia

Sufie Rashid, tauke SAH Entertainment, berkongsi dengan Berita Harian Singapura bahawa dalam tempoh dua tahun sahaja, lebih 15 konsert telah dianjurkan oleh syarikatnya di Singapura.

Nama-nama besar seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ne-Yo, Rossa, Newboyz, Wali Band, Masdo dan banyak lagi telah dibawa masuk oleh SAH Entertainment untuk menghiburkan para peminat.

Dengan rekod yang cemerlang ini, kami yakin SAH Entertainment Malaysia juga akan melakar kejayaan yang sama dan mungkin lebih hebat lagi. Semoga syarikat ini terus maju dan menjadi antara penganjur konsert terkemuka di Malaysia.

Tahniah, SAH Entertainment! Kami tak sabar nak tengok apa yang anda akan bawa seterusnya!

– Pengkritik Sandiwara

6 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Ernie Zakri kembali ke Singapura dengan konsert sulung pada Jun 2025 – Pengkritik Sandiwara Batal balasan