Sofia Dendroff tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024

Sofia Dendroff Terbang Tinggi ke Malaysia!

Pelakon wanita asal Singapura, Sofia Dendroff, kini semakin mendapat perhatian di Malaysia. Baru-baru ini, beliau tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2024.

Wah, besar betul pencapaian ini untuk Sofia! Dari Singapura ke Malaysia, Sofia nampaknya tak main-main dalam membina nama dalam industri hiburan serantau.

Sofia Dendroff tercalon dalam Artis Baharu Wanita Popular ABPBH

Malam semalam, Sofia berkongsi kegembiraannya di Instagram. Sofia mengumumkan kepada para pengikutnya bahawa dia tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular.

Ramai rakan artis serta peminat yang memberikan sokongan moral dan mendoakan kejayaannya.

Dari Singapura ke Set Drama Malaysia

Sofia mula berkecimpung dalam dunia hiburan di Singapura, namun baru-baru ini mula mencuba nasib di Malaysia.

Dan ternyata, ia satu langkah yang bijak!

Antara drama lakonannya yang semakin mendapat tempat di hati penonton Malaysia ialah “My Stolen First Kiss,” “Aku Hanim,” dan “Bukan Hanya Sekadar Cinta.”

Ada yang kata, lakonan Sofia memang padu, tak kurang juga yang kata wajah jelitanya itu sudah cukup untuk menarik perhatian. Apapun, yang penting Sofia terus mencuri tumpuan!

Bukan senang nak tembus pasaran Malaysia!

Peminat Singapura, Jom Undi Sofia!

Jangan risau kalau anda peminat tegar Sofia dari Singapura. Anda juga boleh mengundi Sofia untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024!

Cara nak undi pun senang sahaja, hanya perlu ke lelaman ABPBH 2024 dan undi secara percuma. Tak payah bayar pun!

Jom kita sokong Sofia dan pastikan dia menang besar tahun ini. Ingat, satu undian anda boleh bawa Sofia ke puncak!

Mengikuti Jejak Langkah Hannah Delisha?

Selain dirinya, seorang lagi selebriti asal Singapura yang turut tercalon dalam ABPBH 2024 adalah Hannah Delisha.

Hannah Delisha tercalon dalam Aktres TV Popular

Beliau yang sudah lama dalam industri hiburan Malaysia tercalon dalam kategori Aktres TV Popular.

Semoga kedua-dua wanita ini berjaya dalam kerjaya masing-masing!

Tapi, bukan mereka berdua saja selebriti Singapura yang tercalon, tau…

Aliff Aziz dan Alyph pun ada. Dalam kategori sama pulak tu! Penyanyi Lelaki Popular.

Tak tau lah kenapa Aliff Aziz tercalon… popular sebab yang salah ke?

Alyph pun sebenarnya tercalon bagi kategori yang sama tahun lepas. Dia takpalah, dia berbakat.

Adik Aliff Aziz pun ada juga… waduh mendominasi, nampaknya anak Pak Aziz.

Aisyah Aziz dicalonkan dalam kategori Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular bersama kumpulan Kugiran Masdo.

Ok, Aaron Aziz dengan Hisyam Hamid memang tak yah cakap ah. Tu memang tercalon selalu.

Ayuh sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka semua. Bukan senang nak mengukir nama di Malaysia!

Jangan lupa undi, ya?

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen