The Experts – dah nak habis baru rancak!

Menonton filem terbaru yang dibintangi Syafiq Kyle dan Aaron Aziz, berjudul The Experts, meletakkan jangkaan yang tinggi. Ini kerana filem hit yang menampilkan pelakon yang sama, Sheriff: Narko Integriti, masih menjadi bualan orang ramai.

Sekiranya anda menonton filem ini dengan harapan bahawa ia setaraf filem arahan Syafiq Yusof , maaf anda mungkin akan rasa hampa.

Ini kerana filem ini adalah genrenya tersendiri, amat berbeza dengan filem Sheriff.

.

Pada babak-babak pertama saja, penonton dapat lihat bahawa ia sebenarnya kisah yang lebih rileks, santai, mempunyai unsur lucunya tersendiri yang diselitkan di tengah-tengah rasa saspens, mengejut, marah, sedih dan banyak lagi.

Seakan filem heist omputeh!

Pendek kata (tanpa memberi sebarang spoilers), kisah ni tentang 5 adik-beradik yang memang handal (experts) buat heist. Setiap ‘ahli’ mempunyai kekuatan masing-masing dalam menjayakan heist yang mereka lakukan.

Jadi dalam filem yang ditulis Joel Soh ini, Along (Aaron Aziz), Amer (Remy Ishak), Angah (Ray Dapdap), Emma (Mimi Lana) dan Keyrol (Syafiq Kyle) bekerjasama selepas 10 tahun untuk mendapatkan cincin pusaka milik keluarga ternama, Lima Gading.

Dan seperti filem heist yang lain, mereka berlatih dan merancang projek ini dengan teliti sebelum melaksanakan tugas.

Dan tentunya, ada saja halangan yang mereka hadapi pada hari heist… yang dapat mereka selesaikan eventually!

Typical of a heist movie, kan?

Siapa Lima Gading?

Apabila heist sedang berlangsung, soalan yang sering terlintas di fikiran adalah… Siapa sebenarnya keluarga Lima Gading ini dan mengapa cincin pusaka mereka menjadi rebutan?

Pelakon Wan Hanafi Su, Tony Eusoff serta Maya Karin memainkan watak ahli keluarga Lima Gading ni tapi setakat ini, penglibatan mereka sekadar gitu-gitu je dalam filem.

Hinggalah cincin itu berjaya dicuri!

Dan… setelah cincin tersebut dicuri barulah aksi dan soalan terjawab!

Pembelot dibelot

Rupa-rupanya, dalang yang memberi tugasan khas ini kepada Keyrol dan adik-beradiknya adalah ahli keluarga Lima Gading tersendiri.

Dan dari sini, mulalah aksi tembak-menembak, belasah dan segala adegan ngeri berlaku.

Penonton terpaksa tunggu agak lama untuk sampai ke puncak cerita ini, agak lama tapi berbaloi kot!

Barulah lakonan Wan Hanafi Su dan Tony Eusoff lebih menonjol dalam babak-babak terakhir ni, dan segala soalan terjawab.

Di akhir cerita, lima beradik itu dipulangkan sekotak jongkong emas yang dirampas sebagai duit cengkeram. Mereka kelihatan bahagia mendapat semula hasil titik peluh mereka yang mereka raih 10 tahun lalu.

Cuma… apakah kisah mereka? Mengapa mereka lakukan kerja heist ini? Milik siapakah emas itu? Adakah mereka akan sambung kerja-kerja heist?

Cara filem arahan Andre Chiew dan Nazim Shah berakhir seperti memberi bayangan prequel gitew!

Adakah filem ini HARUS dan MESTI ditonton di pawagam? Well, kalau korang ada masa, tontonlah. Kalau tidak, boleh tunggu ia keluar di wadah penstriman jek…

The Experts boleh ditonton di pawagam Golden Village, Cathay dan Shaw seperti tertera di atas.

Tahap antarabangsa?

Adakah filem ini tahap antarabangsa?

Well… sudah banyak filem heist yang ada, kan? Jadi filem heist Melayu ni macam… agak simple. Semuanya basic kot? Tiada plot atau aturcara heist yang rumit. Tiada cara untuk bukak peti selamat yang menggunakan kaedah air, udara or anything. Jadi it’s really a simple heist movie untuk seseorang yang baru nak kenal filem heist ni.

Dari segi cinematography pula, ok lah ada unsur seronok dalam menunjukkan kesan ‘split screen’ di mana kita dapat melihat raut wajah watak-watak apabila mendapat tahu ada masalah tergendala!

Tapi macam terlalu banyak narration tau? Mungkin lebih baik jika menggunakan kaedah show not tell!

Also, adegan watak Maya Karin dan Remy Ishak menari tango… adui, nanti ulamaq Malaysia kecam!!!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen