Hisyam Hamid sudah bercerai

Dalam sebuah wawancara yang dikongsi oleh portal tabloid Mstar, dikatakan bahawa pelakon asal Singapura, Hisyam Hamid, sudah pun bercerai dengan isterinya, Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.

Menurut pelakon kacak itu, mereka berdua lebih selesa berkawan baik.

Perkahwinan Hisyam Hamid bersama Mel bertahan selama 18 tahun dan mereka mempunyai dua cahaya mata bersama.

Kami di Pengkritik Sandiwara ingin memuji Hisyam Hamid dalam menangani perihal peribadi beliau di mana beliau tidak menggemparkannya. Bukan semua retis SG ada kemahiran itu.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen