Kebelakangan ini, heboh satu socmed mengenai kehebatan filem yang bakal Min ulaskan, iaitu filem Syafiq Yusof yang bertajuk Sheriff: Narko Integriti.
Jadi, tatkala terduduk di kerusi pawagam semalam, memanglah harapan Min tinggi sebab bukan saja kupasan di socmed yang semuanya positif, malah rakan-rakan juga kata filem ni memang terpaling gempak.
Tapi, apabila melihat permulaan filem ini di mana adegan Syafiq Kyle membunuh pegawai atasannya, Min agak… hampa.
Di dalam fikiran Min tertanya-tanya – kenapalah mereka tidak rahsiakan identiti ‘Meth Killer’? Kan bagus sekiranya ia disimpan dan penonton meneka hingga akhir?
Konon Min terpaling tahu tentang filem, lah kan? Mujur skrip dia tak macam mana yang Min mahukan. Kalau tak, tak laku kot sebab cliche dan biasa-biasa.
Ini kerana dalam filem yang dibintangi Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan ramai lagi ini punyai banyak perkara yang harus penonton teka. Pendek kata, berlapis lah filem ini!
Meskipun filem ini rasa agak panjang, ia tidak membosankan. Penonton diajak untuk bermain teka-teki.
- Siapakah tikus dalam unit narkotik ini?
- Adakah watak Zul Ariffin ini benar-benar seorang yang baik?
- Apa yang terjadi kepada watak penyanyi Alamak Raya Lagi!, Azira Shafinaz, anggota DeFam itu dalam filem ini? Dicabul ke?
- Mungkinkah watak Syafiq Kyle serahkan diri?
Memang gempak lah tengok filem ini. Dari jalan ceritanya yang membelit (tapi masuk akal), menambahkan debaran apabila nak hujung-hujung cerita.
Aksi tembak-menembak dan gaduh-gaduh pun mampat. Memang 5 star wey.
Yang penting, cerita ni very the Gerak Khas core. Kat ofis ada semua kaum berbeza dan bertutur dalam bahasa mereka tersendiri ada kalanya. 1 Malaysia or sumtin…
Yang tak masuk akal
Cuma ada beberapa perkara yang tak masuk akal.
- Kenapa watak Syafiq Kyle masih boleh ditugaskan dalam misi ini padahal misi ini telah melibatkan kematian tunangnya? Tak ke nanti dia emosi?
- Kenapa adik-beradik boleh kerja dalam satu jabatan yang sama? Susah nak amik cuti nanti
Korang please lah tengok cerita ni kat pawagam, ok?
– Pengkritik Sandiwara


[…] Experts, meletakkan jangkaan yang tinggi. Ini kerana filem hit yang menampilkan pelakon yang sama, Sheriff: Narko Integriti, masih menjadi bualan orang […]
LikeLike
[…] Nak tonton filem penuh plot twists? Tengok lah Sheriff: Narko Integriti! […]
LikeLike
[…] Hui, membintangi filem penuh magis ini sambil diiringi pelakon hebat daripada Malaysia seperti Zul Arrifin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Nadhir Nasar dan Fabian […]
LikeLike
[…] agak baku dan formal amat pelik sekali. Tidak boleh dinafikan bahawa pelakon A-lister seperti Zul Arrifin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson dan Nadhir Nasar cuba menyampaikan dialog mereka dengan sebaik […]
LikeLike