TNS persembahkan ‘Hi, Can You Hear Me?’

The Necessary Stage (TNS) dengan bangganya mempersembahkan ‘Hi, Can You Hear Me?‘, sebuah karya baharu yang menampilkan beberapa watak di mana kebiassaan mereka dirombak dek kejadian dan pengalaman di luar kawalan mereka.

Ditulis oleh A Yagnya, karya ini menyaksikan pembikin teater ini mengarah persembahan ini bersama Pengarah Artistik TNS, Alvin Tan.

Pementasan ini dihidupkan dengan pelbagai watak yang bertembung di peristiwa yang tidak dijangka.

Utama, seorang yang menguruskan sebuah bar dalam huru-hara; Guan Yin, seorang yang seolah-olah hidup segan, mati tak mahu; Shimizu, yang sedang berkabung akan kehilangan isterinya dan menangani penjaga AInya; Sindhu, yang mengidamkan kehidupan ‘bosan’ setelah dibelenggu trauma lalu; dan John, seorang wartawan penyiaran yang ingin mengawal kewujudannya yang berkecamuk.

Hi, Can You Hear Me? akan dihidupkan oleh Doppo Narita, Rodney Oliveiro, Sharda Harrison, Sukania Venugopal dan Zelda Tatiana Ng di Studio Teater Esplanade pada 21 hingga 31 Mac nanti.

Anda boleh dapatkan tiket berharga $38 di lelaman bookmyshow, terdapat harga khas bagi pelajar, warga emas, NSF dan pemegang kad OKU serta ahli Esplanade&Me.

BELI TIKET SEKARANG

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: TNS)

One comment

Tinggalkan komen