Siti Nurhaliza akan berkonsert di Singapura?

Penyanyi nombor satu Malaysia, Aina Abdul Dato’ Sri Siti Nurhaliza, akan adakan konsert solo di Kota Singa pada 2024? Betul ke?

Penganjur konsert Melayu ngetop, SAH Entertainment, telah memberi pembayang di Instagramnya bahawa mereka mungkin akan membawa Tokti ke Singapura untuk konsert solonya berjudul Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza.

Kalau SAH yang buat, mestilah kat Bukit Bintang Temasek kan? Mana lagi?

Tarikh konsert solo Tokti di Singapura masih menjadi tanda tanya tetapi menurut sumber dalaman pembaca setia kami, besar kemungkinan ia akan berlangsung pada akhir Jun nanti.

Semalam, tiket konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Kuala Lumpur, Malaysia sudah mula dijual. Tiket untuk konsert pada 9 Mac itu habis dalam masa dua jam sahaja.

So siapa yang tak dapat tiket Tokti kat Axiata tu, boleh lah pergi yang kat Singapore, kan?

Kali terakhir Tokti mengadakan konsert solo di Singapura adalah pada tahun 2019.

Selain itu, SAH Entertainment juga memberi pembayang lagi akan waktu-waktu konsert untuk tahun 2024.

Agak-agak siapa akan mereka bawa? Judika? Beyoncé? Adele? Wali Band?

Dah tahu tarikh-tarikh ni, simpanlah duit. Jangan nak mintak bayar beransur-ansur pulak. Atau tunggu duit GST. Kita ukur baju di badan sendiri ye?

– Pengkritik Sandiwara

Terkini:

Dalam sebuah video siaran SAH Entertainment, Tokti kata beliau amat merindu peminat Singapura dan tak sabar nak adakan konsert besar di Kota Singa ini!

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Tiket konsert Tokti di Singapura mula dijual 24 Januari – Pengkritik Sandiwara Batal balasan