ANWAA3.0 mantap, bukti bakat Aina Abdul

18 November 2023 merupakan malam bersejarah buat penyanyi yang bernama Aina Abdul.

Ini kerana buat pertama kali, beliau telah menjayakan konsert berskala besar dengan sekitar 10,000 penonton di Axiata Arena, Malaysia.

Tidak boleh dinafikan bahawa nyanyian dan showmanship beliau tiada tandingannya. Aina bukan sekadar terkenal dengan suara lantangnya tetapi busana menarik yang akan beliau peragakan tiap kali muncul di pentas.

Kali ni, yang paling meletop adalah baju yang keluar asap dan berpusing-pusing!

Lagu-lagu ikoniknya seperti Semalam, Sepi dan Sumpah bergema di Axiata Arena, turut dinyanyikan para Ainations. Aina juga membawa beberapa lagu daripada album terbarunya.

Beliau turut menyertakan segmen Irama Malaysia, tau! Selain itu, Lah Ahmad, Khai Bahar dan Haziq Rosebi juga diundang untuk memeriahkan konsert ini.

Jadi apa yang kurang?

Di sini, saya akan jelaskan apa yang kurang memuaskan dalam konsertnya kali ini.

Tempat duduk.

Bagi pembeli tiket kategori MIP, VVIP dan VIP, saya rasa jarak antara kerusi tu terlalu dekat!

Sesak saya duduk situ, rimas. Tak boleh gerak sangat untuk menikmati konsert. Rasa seolah-olah terperangkap. Pada pihak penganjur konsert, harap ambil peduli tentang ruang peribadi (personal space) penonton anda bila nak atur kerusi tu…

Kite ni bukan semua yang slim, jadi faham-faham lah.

Tidak begitu intim.

Tidak seperti konsert ANWAA2.0, konsert kali ini Aina tak banyak berbual. Tak rasa sangat emosi dia.

Kalau sebelum ini, Aina borak dengan penonton dan menceritakan tentang lagu-lagu serta kisah-kisahnya, kali ini tidak. Aina lebih fokus kepada nyanyi. Ye lah, banyak lagu uolls! Lebih 30!

Saya rasa macam tak boleh rasa connected sangat dengan Aina. Gitu, tiber.

Namun begitu, memang tetap meletop lah persembahannya.

Masa.

Kata mula jam 8 tapi sebenarnya 845 gitu baru start. Habis pun jam 12, nak naik pengangkutan awam dah takde.

Tapi ini mungkin pendapat saya sebagai seorang warga Singapura yang sudah terbiasa dengan konsert yang tidak habis begitu lewat dan boleh saja bergantung kepada pengangkutan awam untuk pulang rumah.

Hey, sekurang-kurangnya kat luar Axiata tu adalah gerai-gerai makan so tak mencacah cari makanan! Sambil tunggu Grab, boleh sentap dulu, cuci mata. Eh?

ANWAA3.0 di SG

Terkejut iolls bila Aina umumkan bahawa ANWAA3.0 akan ke Singapura.

Memang dari dulu dia kata nak perform kat Kota Singa ni sebenarnya tapi saya tetap terperanjat.

Semoga tiket akan terjual, beli tau!

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen