Konsert solo NOAH sehari selepas Konsert Galau

Peminat NOAH yang tertunggu-tunggu konsert solo NOAH sudah boleh menghela nafas lega.

Menurut Berita Mediacorp, konsert solo NOAH akan berlangsung pada 17 Disember, sehari selepas penglibatan kumpulan itu di Konsert Galau, di tempat yang sama iaitu Singapore Expo.

Namun begitu, tiada apa-apa kemas kini di akaun Instagram YOLO Singapore mahupun lelaman YOLO ketika artikel ini diterbitkan.

Menurut artikel Berita Mediacorp, ini merupakan konsert terakhir NOAH sebelum mereka pergi berehat panjang. Lokasi ini juga mampu menampung seramai 6,000 penonton.

Konsert solo NOAH sepatutnya berlangsung pada 14 Oktober di Pasir Panjang Power Station tetapi ditunda. Lagipun, ramai peminat NOAH kurang puas hati dengan lokasi serta harga tiket pada waktu itu.

Sejauh ini, maklumat mengenai harga tiket masih belum diketahui oleh pihak Pengkritik Sandiwara. Lokasi baru ini mampu menampung seramai 6,000 penonton.

Di IG Yolo Singapore baru-baru ini, mereka memuatnaikkan video dengan hint.

Kemungkinan besar, konsert ini akan diadakan pada waktu petang seperti apa yang dikatakan oleh pekerja domestik dalam video mereka.

Harap-harap, tiket percuma atau harga istimewa akan diberi kepada pekerja domestik yang telah muncul dalam video ini.

Adakah anda akan membeli tiket konsert solo NOAH atau Konsert Galau oleh SAH Entertainment?

Konsert Galau yang akan berlangsung pada 9 dan 16 Disember di Singapore Expo akan menampilkan NOAH pada malam kedua iaitu pada 16 Disember, di mana konsert itu akan memberi tribute kepada lagu-lagu Peterpan.

Konsert Galau juga akan menggabungkan artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia di satu pentas seperti Taufik Batisah, Cakra Khan, Judika, Sufi Rashid, Kangen Band, Setia Band, Insomniacks, ST12 dan D’Masiv.

– Pengkritik Sandiwara

5 comments

Tinggalkan komen