Konsert Shila Amzah di SG: hanya sebuah lagu melayu dinyanyi

“Kita tersalah konsert!”

Itulah keluhan beberapa makcik-makcik tatkala menonton konsert solo Shila Amzah di Capitol Theatre malam semalam.

Satu je lagu Melayu

Penyanyi Malaysia itu telah ke Singapura untuk konsert tour “Journey To The Future” untuk hiburkan peminat Singapura, setelah konsertnya di Kuala Lumpur pada 4 Mac kelmarin.

Namun, peminat Melayu Singapura hanya dapat menikmati sebuah lagu Melayu daripada pemenang The Masked Singer 2 Malaysia. And of course, beliau nyanyikan Patah Seribu, lagu yang amat sinonim dengan dirinya.

@pengkritiksandiwara

Konsert Shila Amzah di Singapura. Gempak tapi nyanyi lagi melayu satu jek… @ShilaAmzah #ShilaAmzah #weyshila #ubai #shibai #shilala #shilalas #capitol

♬ Tiada Dirimu – Shila Amzah

Target pasaran Cina

Lebih daripada kira-kira 75% konsert ini, pemenang Asian Wave 2012 itu menyanyikan lagu-lagu berbahasa Mandarin, dan juga Cantonese. Yang lain-lain adalah lagu Inggeris, kebanyakannya lagu Beyoncé. Nampaknya, Shila menghidupkan lagu-lagu yang pernah beliau cover di saluran YouTubenya.

Tidak boleh dinafikan bahawa peminat berbangsa Cina mungkin amat menikmati konsert Shila ini dan enjoicing sangat, tapi ia membuat peminat Melayu Singapura rasa terpinggir.

Kalau tak pun, nyanyilah 3 lagu Melayu. Cukupkan syarat. 3 kan… sunnah. Hais, minggu lepas baru tunang dengan Ubai takkan Shila tak boleh belanje sikit lagi lagu Melayu? Tak vibe doh kau Shila!

Memang Min jangkakan bahawa Shila Amzah akan membawa banyak lagu berbahasa Cina. Ye lah, kau tengok je cara pemasarannya di Singapura. Sasarannya bukanlah orang Melayu. Media dalam talian rasmi – Mediacorp 8 World, radio rasmi – Yes 933. Kau rasa?

aku harap sangat korang faham tau weh

Agak-agak team Shila fikir peminat Melayu SG takkan datang ke? Kesian pulak Shilalas yang datang jauh dari Malaysia! Terdengar mereka merungut sebab sebuah lagu Melayu saja, tambahan pula, konsert anjuran IMC Group Asia ini hanya 90 minit!

Bukan itu saja, bila habis konsert dan semua pekik ENCORE, Shila tak muncul… kesian weyyyyyyy. Mereka inginkan lebih daripada idola mereka!

respons daripada pengurus Shila Amzah

Menurut pengurus Shila Amzah, Aini Shuhaidah di Twitter, ketidakmunculan Shila bukanlah keputusan mereka. Hmm…

Ramai peminat tidak ingin tinggalkan panggung, menantikan kemunculan ‘encore’ Shila.

Tapi takpe! Sebab Shila berkata beliau mungkin akan kembali untuk nyanyi lagu Melayu katanya apabila menjawab soalan peminat di Capitol Theatre. Kita doakan ia akan berlaku, ye?

Juga, Min perasan bahawa busana yang dipakai Shila merupakan busana yang beliau pakai masa konsert kat KL… Gurl… no komen… Cuma nak cakap, tak begitu… um… flattering untuk dia.

Lagipun, apanya yang Journey To The Futurenya? Sumpah tak reti asal judul konsert macam tu. Like… the message wasn’t conveyed tau? Kalau dia teaser lagu baru ok lah future2. Ni habuk pun takde.

Tetap enjoice

Secara keseluruhan, memang seronok lah kot tengok konsert Shila walaupun tak faham. Dia berbual Mandarin, Min tercari-cari sari kata. Boleh gitu?

Yang membuat lagi seronok adalah lampu-lampu foam yang diberi secara percuma. Sayangnya, ramai taruk dalam tong sampah lepas konsert… Hais.

Selain Singapura dan KL, Shila juga akan bertour di Sabah, Penang dan Indonesia. Semoga berjaya!

Thanks tau weh.

– Pengkritik Sandiwara

5 comments

Tinggalkan Jawapan kepada 20 port makan halal sekitar Capitol Theatre – Pengkritik Sandiwara Batal balasan