Anugerah Skrin 2016: Separuh Akhir 1

Salam sejahtera, semua! Sungguh cepat masa berlaku dan kini kita sudah pun melihat para peserta wanita bertanding dalam suku akhir pertama Anugerah Skrin: Mencipta Bintang Selasa kelmarin.

Pertama sekali, saya ingin membetulkan diri saya. Ini kerana dalam blog post saya yang sebelumnya, saya mengatakan bahawa episod minggu ini sebenarnya suku akhir but saya salah. Para peserta dibahagikan sekali lagi mengikut jantina kerana mediacorp sentiasa nak pecah belahkan lelaki dan wanita. Macam cerita AH tu.

Tanpa berlengah lagi, ayuh kita lihat aksi-aksi peserta perempuan sempena Hari Wanita Sedunia atau International Women’s Day.

IMG_0718

Shah Iskandar nampak segak dan kacak seperti minggu-minggu yang lepas. Manakala Huda Ali pula mamakai pakaian yang bertemakan burung gagak. Siap dengan rambutnya yang berbentuk sarang. Curlass.

Minggu ini, peserta tetap berlakon secara berpasangan. Namun, rakan lakonan mereka merupakan pelakon-pelakon yang sudah berpengalaman. Pelakon tersebut akan memainkan watak dalam sebuah drama yang telah mereka jayakan manakala para peserta akan menghidupkan watak baharu. Saya agak kecewa kerana saya ingatkan peserta akan memainkan watak yang sudah ada dan mencipta semula adegan yang pernah berlaku dalam drama tersebut. Dengan cara begini, penonton boleh membuat sedikit perbandingan, bukan? Sesi pengacaraan pula, buat pertama kalinya, mereka mengacara secaa individu! Yes.

IMG_0723

Nurul Nadia, dipadankan bersama daddy Jeff Catz, memainkan watak-watak dalam cerita Saga. Saya rasa apabila si Nurul masuk je dah off? Dia masuk terus berbual like… Sis, rileck ah. Saya rasa lakonan dia ada peningkatan la tapi masih agak weak untuk peringkat separuh akhir la. Dan saya agak keliru sebab dia berpekik tapi the next second menangis. So?

IMG_0735IMG_0736

Nurul mencuba sukan paddle boarding. Saya terdengar panel so saya agak “hmmm perkataan Inggeris harus sebut dengan jelas ya”. Seperti kata Sharon, dia kelihatan kurang yakin bagi sesi temuramah. Secara am, saya rasa weak ah buat peringkat separuh akhir!! Sharon juga berkata bahawa suara Nurul dan Huda Ali agak serupa! Ya sia!!

IMG_0726

Peserta yang sepatutnya terkeluar pada episod B2 memainkan watak seorang polis dalam drama Firasat bersama Norman Ishak. Surprisingly, saya agak suka dengan lakonannya. Mungkin dia dah sedar bahawa dia sepatutnya up the game? Tapi dia punya line kadang-kadang macam she’s in her own world?? Sebagai contoh: “kenapa aku?” macam dia annoyed and being a bitch that she is. Dan posturnya apabila dia duduk pun agak pelik untuk dilihat dalam TV. Diksi dia masih boleh diperbaiki! Tapi kan, babak ni macam merepek ah. Pasal seorang tangan kidal bunuh diri guna tangan kanan. Takkan polis terlepas informasi seperti ini??? Dan bak kata juri undangan Zaidi Ibrahim, kita tak dapat tahu apakah perwatakan watak Wirda ni? Tegas ke, marah ke apa ke?

IMG_0738IMG_0739

LOL. Kesian dia dapat kegiatan paling bosan! Saya rasa dia nak step lawa je la?? Dengan rambut dia lagi. Urgh. And bila camera on her face and she’s not talking, dia tunduk bawah?? What even. Please get yourself eliminated.

IMG_0740

Khairudin Samsudin berkata bahawa sebagai pengacara, Wirda harus mengajak penonton rasa berminat dengan sesuatu walaupun luge agak bosan jika dibandingkan dengan kegiatan lain.

IMG_0733

Saya agak kecewa dengan persembahan Syafiqah Sahlan minggu ini! Agak weak ah. Memainkan watak seorang pesakit dalam drama A&E, Syafiqah merupakan rakan Fido Ahdross yang hampir mampui. Syafiqah macam sedih, pasrah tapi nak berceramah? Aku rasa dia sakit mental. Tadi dia nak Fido selamatkan dia, lepastu nak mati, abeh entahlah. PELIK. Pasrah tapi nak nangis. So pasrah ke tak????

IMG_0734

Yaaaas Ariati Tyeb Papar tapi make-up tebal. Beliau berkata dia tidak dapat feel lakonan Syafiqah sebab mata tidak menunjukkan kepasrahan watak tersebut.

IMG_0719IMG_0722

Hmm… Patut ke saya komen pasal Syafiqah? Sunnguh natural dan ceria. Seolah-olah mengajak penonton untuk mencuba aktiviti sky diving ini! Saya cuma menunggu pakcik warak untuk komen “pakai tudung tapi cuba terbang terbang la, kan tak elok? Ada orang lelaki pegang lagi…” Semoga Syafiqah terbang ke peringkat akhir dan jannah.

IMG_0737

Saya tidak ada isu atau masalah dengan lakonan Shida Lestaluhu. Cuma inti babak ni macam pelik. Ini kerana watak A. Mahadi dalam Menantu International bukan macam ini la kan? Dan, gunaan kata “daripada” yang salah.

IMG_0728

Juri undangan Zaidi Ibrahim berkata Shida add in pasal skrip “tie” yang kurang sesuai. Saya setuju la sebab tetiba???? Dah lah minggu lepas tepuk tangan, minggu ni nak add line pulak.

Ya, minggu ini ada 4 juri youalls. Dah upz. Dan dua juri undangan ini akan bertemu anda minggu hadapan juga.

IMG_0725IMG_0724

Shida bersurfing atas air. Astagha. Baju ketat! Shida sebut “aspek” sebagai “ass-peck” dan bukan “us-peck”, agak membingitkan saya hahaha. Saya tak tau la kenapa si Shida ni berbual macam ada air liur tersekat.

IMG_0815

Sharon Ismail menyebut tentang camera angle dan juga lontaran suara Shida yang selalu pekik. Pekik tidak bermaksud energy.

IMG_0741
unf abang Fir
IMG_0742

Takde isu dengan lakonan Yaya Hamid bersama Fir Rahman. Tidak begitu bagus, cuma mediocre? Tapi storyline agak kurang memuaskan. Ini kerana watak Fir dalam Kosmopolitan bukan jenis yang menggatal dalam ofis.

IMG_0729IMG_0732

Secara terus terang, saya lebih tertarik dengan mamat ni yang ditemuramah daripada Yaya!! Yaya memang comel la eh dan berani sahut cabaran! Tahniah!


 

Pada episod ini, kita dapat lihat bahawa peserta dapat berganding dengan pelakon berpengalaman. Pada masa yang sama, peserta dapat pelajari perkara baharu daripada mereka. Peserta juga diberi cabaran baharu iaitu menemuramah seseorang! Secara keseluruhan, saya macam tak percaya yang saya sedang menonton separuh akhir. Ada peserta tetap belum mencapai standard ah eh. Sebagai contoh, Wirda. But whatever la. Aku rasa dia nak keluar.

IMG_0743.PNG

Siapa yang bakal terkeluar ya? Ramalan saya – Wirda dan Wirda. Dia sepatutnya keluar dua kali.

Dah agak dah. /roll eyes/ Keputusan akan diumumkan minggu hadapan, bersama peserta lelaki!

Suria is so predictable.

IMG_0727
spot the tranny
Kita tunggu je minggu hadapan ye.

(Congrats to me for 100th post! Yay)

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s