Salam musim cuti sekolah dan juga salam Jamadilakhir, pembacaku!!
Sempena Hari Wanita kelmarin, Suria sempat menerbitkan drama blokbuster 4 episod. Apakah Suria maksudkan dengan drama blokbuster eh? 4 episod sahaja pulaak tu. Pasti anda semua sudah tahu akan drama yang saya sebutkan ini. “Telemovie” Bunga Tanjong la apa lagi!
Saya agak hairan. Ini kerana drama 4 episod ini mendapat terlalu banyak media coverage. Sampai Farhana M Noor diwawancara oleh suratkhabar Today dan juga secara langsung di Berita! Kenapa ya? Hmm… Best sangat ke drama ni?
Bukan itu sahaja, dengar-dengar drama ini menelan belanja sebanyak setengah juta dolar!!
Drama ini mengisahkan wanita-wanita joget yang bekerja di Bunga Tanjong. Sebagai wanita, secara lumrahnya, pasti ada konflik sesama rakan kerja dan sebagainya. Bukan itu sahaja, mereka juga feminists yang inginkan kesaksamaan jantina dalam era 50/60-an.
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat klip video episod 1.
Amaciam? Rasa macam awak time travel tak? Saya sememangnya tak sabar untuk menonton drama ini kerana saya ingin mendengar dan melihat barisan pelakon Suria bertutur dalam bahasa Melayu ala-ala zaman hitam/putih. Dan juga pelakon baru Sheiryn Aisiqa beraksi bersama pelakon-pelakon yang sudah lama dalam industri ini seperti Nurul Aini, Jeff Catz, Wahyu Rahman dan juga abang hot kita Hisyam Hamid! Kasihannya, Wahyu Rahman tidak ada dalam poster Bunga Tanjong. Saya ingatkan dia salah satu watak utama, hahahaha kasihan deh loe dah tua dipinggirkan.
Episod 1
Dalam rancangan Show Malam Ini yang dihoskan Khairudin Samsudin, Nurul Aini berkata bahawa antara cabaran atau kelainan melakonkan watak dalam drama ini adalah cara percakapan yang amat perlahan. Bukan itu sahaja yang perlahan, opening credits pun slow macam kura-kura.
Zaman 60an tapi payung Giordano berwarna oren sudah wujud.
Permulaan drama yang agak typical. Pelakon utama, Mariam, menyesal/berfikir tentang kehidupannya yang dahulunya lebih menarik walaupun bermasalah.
Flashback berapa bulan lalu, tiga wanita sedang berdansa tidak mengikut rentak dan tidak ada synchronisation. Tapi kudos to them la sebab diorang ni bukan penari, kan? Saya cuma menanti pelakon Suria yang boleh berdansa tahap Bollywood ah. Kenapa kita tidak artis yang serba boleh eh?
Penjual sate dihalau kerana tidak menjual sate babi.
Anggota kongsi gelap yang masih mahu berkecimpung dalam industri samseng. Tak sedar diorang dah tua.
Dua kumpulan ini bertentang mata sebelum bergaduh. Ini kerana mereka menunggu hujan lebat untuk turun sebelum memulakan upacara belasah-membelasah. Adakah hujan merupakan salah satu kemestian dalam satu rusuhan? Pada zaman dahulu ada ramalan cuaca? Berapa tepat ramalan cuaca dahulu?
Saya juga berpendapat bahawa rusuhan ini ada kena mengena dengan isu perkauman. Ini kerana geng A = semua cina dan geng B = semua Melayu. (Atau mungkin saya salah)
Kalau ada pergaduhan di luar, nak lari keluar apasal? Hmm… Kunci je lah pintu dan berpesta. Logik?
Salah satu samseng penting ditikam dan ditembak. Ini akan merumitkan lagi konflik antara geng. Klisye?
Inspektor Jeff Catz sedang menyelidik punca rusuhan.
Saya keliru dengan adegan ini.
Hisyam Hamid yang memainkan watak Kamal berjaya menghentikan pembunuhan Kim Chian. Agaknya ah.
Erm entah siapa? Pemilik kelab lain kot. Ejek Kim Chian.
Mariam membawa diri atas sebab-sebab tertentu.
Oh kenapa?
Wan Khatijah (Nurul Aini) mengajak Mariam pulang ke rumahnya tanpa sebab-sebab yang kukuh. Dah biasa Wan buat kerja macam ini? Hmm… Wan tidak mengenali Mariam sebelum ini dan Mariam pun mengikut Wan. Apa sak.
Tak takut kenek jual ke?
Oh… Wan bekerja di sektor recruitment rupanya.
Hahahahahahaha. Astagha. Duit bukan segalanya. Mampukah anda membawa wanita-wanita ini ke jannah?
YAAAAS PUTEH. And Wahyu Rahman, yang bermain watak Rokiah, di belakang macam dah masak sangat dengan perangai jantan-jantan ni eh?
Lihat ahli muzik di belakang yang menggesek gitar, biola dan sebagainya? Mereka cuma berlakon. Mereka tidak tahu memainkan alat-alat muzik itu. Sungguh kelakar melihat mereka cuba sedaya upaya untuk menghidupkan watak-watak mereka.
Wan meletakkan lagi bedak di mukanya yang sudah tebal.
Hmm… Macam ada ketegangan antara mereka berdua. Apa yang terjadi eh?
Mariam tidak tahu menari. Dia terpaksa belajar menari daripada Abang Bapoque ini. Walaupun sebilik dengan seorang jantan, Mariam tidak rasa takut dirogol kerana bapoque.
Puteh berlagak macam head of penari di Bunga Tanjong. Rokiah pula jenis yang bermalam dengan pelanggan. Khidmatnya tidak tertakluk dalam kelab sahaja.
Loving the set!!! Sungguh terperinci sekali!
… Muka Wan dan Puteh macam malas nak layan Kim Chian yang suka generalise wanita.
Wan membeli sebungkus mi untuk Mariam. Pada masa yang sama, Wan terkejut melihat Mariam masih belum tidur. Huh? Kau dah belikan mi tapi kau expect her to tidur kah????
Stereotaip.
Mariam seorang feminist.
Mmmmdap.
Padahal Wan nak tahu lebih.
Kim Chian memberi tawaran kerja kepada Kamal namun Kamal menolak kerana tidak mahu bekerja di situ ke apa.
Tetapi setelah melihat wajah Wan, Kamal terus ubah fikiran.
Sungguh pantas sekali Mariam sudah mula bekerja! Namun, dia masih belum serasi dengan pekerjaannya itu. Dia tidak suka disentuh.
Ni mamat bodoh. Dia pegang mikrofon tetapi terpekik-pekau macam nak rak???
Puteh menasihati Mariam tentang lumrah pekerjaan mereka.
Oooo what is this?
Rude sak mamat ni. Dia fikir dia ada wang boleh sentuh? Ni kan kelab joget. Kelab strip pun tak boleh sentuh.
Si omputeh ni mengugut Kim Chian untuk menjual Bunga Tanjong. Kim Chian bertegas dan tidak mahu menjual.
lol
Betul. Sebenarnya Wan cuma nak korek kisah silam Mariam.
Dahulunya, suami Mariam hampir menjual badan Mariam kepada rakannya untuk selesaikan masalah hutangnya.
Sekali lagi, mereka bergaduh dalam hujan. FYI, pihak bomba Malaysia yang memberi efek hujan ni. RIP to all bangunan yang terbakar masa penggambaran telemovie ini.
OMG kesian Farhana kenek mandi dalam lumpur!!! Biarlah dia dipukul asalkan tidak disentuh lelaki yang bukan muhrim!! Respekkkk.
InsyaAllah.
Ye ke?
Mariam pandai mengelak kehendak pelanggan yang haram.
Mariam memberitahu Rokiah bahawa dia berjoget di sini untuk membalas dendam. Balas dendam apa eh?
Menyampah sak Kamal ni. Kerja di Bunga Tanjong sebab Wan. Yuck?? Seriously. I don’t ship them because of the age difference.
Hmm… Nampaknya Puteh tahu akan pergaduhan yang bakal berlaku.
Kim Chian membaca suratkhabar pada larut malam (lol) dan terbaca artikel mengenai rusuhan di Bunga Tanjong. Dengan segera, dia kemas beg.
Sejauh ini, saya boleh tangkap storyline dia ah tapi agak keliru juga. Kenapa mamat omputeh mahukan Bunga Tanjong dijual? Kenapa persahabatan Puteh dan Wan begitu tegang. Apakah tujuan sebenar Mariam bekerja di Bunga Tanjong? Kita nantikan episod akan datang ya.
Saya harap episod akan datang akan lebih best dan akan timbulkan isu-isu kesaksamaan jantina dengan lebih ketara.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Seminggu selepas tamatnya Anugerah Skrin, Interns 2 bakal menggantikan slot drama Bunga Tanjong! […]
LikeLike
[…] tahun ini drama ni eh? Or is it too early to say? Jika dibandingkan drama yang dihebohkan aka Bunga Tanjong, drama ini mendapat lebih perhatian di media sosial. Hahahahaha $500,000 oi drama wanita berjoget […]
LikeLike
[…] anda yang belum membaca entri sebelum Bunga Tanjong, klik di sini: Episod 1, 2 & […]
LikeLike
[…] lawa tapi boleh mainkan watak yang evil je eh? Aka Nadia dari Interns dan watak dari Bunga Tanjong […]
LikeLike