Kisah Tok Kadi: Episod 7

Salam sejahtera, pembaca setiaku! Drama Kisah Tok Kadi sudah masuk episod ke tujuh ya macam langit ke tujuh aaoouuwww. Minggu hadapan kita bakal saksikan siapa pujaan hati Shahrul! Dalam episod 7 ini mungkin kita dapat tahu serba sedikit siapa pilihannya?


 

Episod 7

Bakal mempelai minggu ini, Timah dan Hisham. Timah merupakan ibu tunggal manakala Hisham bujang tua terang tangtang. Mereka bakal kahwin tak lama lagi namun anak Timah masih belum tahu perkara ini. Agak bagaimana ni dua ekor berkaitan dengan watak-watak dalam drama ini ya?

Shahrul ingatkan Isa ada masalah rumahtangga lagi. Padahal dia nak beli motor.

Ohh… Timah makcik Humairah rupanya. Bagus la tu dah kenal ya. Humairah nak tolong buat bunga telur.

Humairah suka jatuh eh? Aku rasa Siti ada hantar jin tolak kot.

Oh… Encik Hisham ni dulu RSM Isa masa NS. Sekarang dah pencen, dia pemilik di workshop motosikal. Mereka pun apa lagi, nak Shahrul nikahkan la.

Hahahha. Ustaz Yasin agak marah apabila ternampak gambar-gambar insiden minggu lepas di mana Shahrul menyelamatkan seorang bapok yang hampir lemas. Padahal bapok tu tak lemas pun. Ustaz Yasin berkata bahawa Kadi tidak sepatutnya berbuat sebegitu kerana terdapat lagi ramai orang yang boleh menyelamatkan bapok itu. Hmm… Saya rasa Ustaz Yasin berhak berasa marah namun dia juga harus faham bahawa naluri Shahrul untuk menyelamatkan bapok itu adalah satu tujuan yang baik dan human instinct!

Eh ni mamat mana ni? Siti ni pun, kalau Shahrul yang tolak, ok je, kejung terus. Tapi kalau mamat ni… Terus back out, mentang-mentang buruk.

Oh, ex-boyfriend. Siak ah abusive pe!!

Hahaha kelakar. Apa Shahrul buat kat belakang bangunan, tepi longkang eh? Kebetulan betul.

Siti selalu muncul dan mintak kasihan eh? Setiap episod macam tu seh.

Sempat bergurau eh? Shahrul memberi contact kepada Siti untuk betulkan motornya.

Yes, you knowz it. Siti akan bertemu Hisham untuk betulkan motosikalnya dan Siti akan menjadi jurugambar untuk majlis Hisham. Yes. Yes. Yes.

 

 

 

WOW SUNGGUH KEBETULAN

Ini Nina, anak Yanti. Dia macam ada niat buruk pada hari majlis ibunya. Takkan majlis ibu sendiri kau nak hancurkan???

Timah meminta pertolongan Humairah untuk membuat bunga telur merah.

Korang tengok eh lebam kat pipi dia takde.

Hahaha kelakar!

Shahrul tak perasan ada orang tu ha.

Eh, Humairah ada dalam rumah? Bagus Humairah dah terus ke rumah bakal suami dan memikat hati ibu mertua ya. Saya suka! Go #TeamHumairah!

Ha kau lebam muncul.

Hahaha setuju! #TeamSiti dan #TeamMaria booo! Kenek step up the game dan masuk dalam rumah. Siti haritu masuk taman setakat kutip daun herba tak kira ah.

Telur ke hati?? What even???

Saya amat keliru dengan kaitan persaudaraan antara watak-watak minggu ini sehinggakan Timah sendiri pun tak percaya.

Hahahaha. Honestly tho, mereka-mereka yang dalam industri seragam kelihatan amat segak apabila memakai seragam mereka bagi majlis perkahwinan!

Dia cakap macam ada kali kedua dan ketiga dan selanjutnya.

EXPECTED MORE FROM MARIA!!! Dia perasaan lebih ke? Apa dia nak? Apa motif?? Padahal kau watak baru muncul! Booooo #TeamMaria!!

“Bang” hahahaha

Isa agak skeptical apabila Shahrul mahu belikan sebuah helmet buat Humairah yang sering jatuh hahahha.

Haritu bulu mata tercabut, malam ni make-up berserabot!! Dia mabuk sak!!

Hahahahaah minum araq sebab haus??? Minum la Sungai Singapura kat belakang tu!!

giphy1

Maria haus sebab nak air ke…?

Hahahahaah pegang haram??? Minum araq boleh eh??

Rahmah mengekori (saya rasa) Shahrul dari rumah hingga ke Clarke Quay kerana mengesayki sesuatu yang tak kena. Dia amat marah ternampak Shahrul bersama seorang gadis yang mabuk. Saya boleh terima kemarahan Rahmah kerana dia expect a lot from a ustaz son ah kan? Like, pergaulan sesama orang-orang yang soleh sahaja. Tapi Rahmah macam tak selidik apa yang betul-betul berlaku dan tidak memberi peluang kepada Shahrul untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.

Sesi mengurat bagi Ustaz Yasin.

Yelah tu, Shahrul.

Eh eh Rahmah? Haritu suruh Shahrul ganti tempat bapak Siti, ni nak Humairah pulak.

Haritu baru marah Shahrul dah berbaik? Menopause ke?

Helmet you, double meaning tu… Auuoommm.

Oh no! Kereta rosak dan telefon bimbit battery low!

Oh ye ke? Order dari mana?

Order ke buat sendiri? Bingung saya.

Tapi nama cute la eh. RSM, Rindu Sampai Mati. Tapi malam ni, Ride Sex Moan 😉 

Eh Air Anugerah masih wujud?

IMG_1124.PNG

Siapa yang dapat menghubungi Shahrul dahulu? Malangnya Shahrul tidak boleh dihubungi kerana phonenya mati!

Hahahahahahahahaah.

Ye saya tau! Saya pernah berbual isu bunga telur dalam review Bingit.

Ada adik kan best. Kau selama ini hidup sendiri tak bosan ke?

IMG_1129.PNG

“UMUR 17 TAPI MACAM 7”

Apa motif dia draw smiley face???

Bakal bapak dia ok je. Cool je.

Kau tengok si Humairah kat belakang. Sungguh terang dia cemburu sebab Shahrul call Siti! Tapi tak boleh salahkan Shahrul sebab Shahrul ada name card Siti. Humairah takde name card. Kalau ada, Shahrul call Humairah la kan. Sebab Humairah saudara Timah, si Siti setakat jurugambar je!! Dan semua majlis Siti pasti jurugambarnya, ya?

IMG_1133

Operation Cari Kadi.

IMG_1134IMG_1135

Cute sak siap dengan Just Married dan tin susu hahahha.

IMG_1137

Kelakar habis.

IMG_1139.PNG

Nina adakan muzik tentententen apabila Hisham dan Shahrul memasuki dewan. Hisham tidak suka kerana agak kebaratan. Hmm… Asal tak pakai baju Melayu eh? Pelik.

Ustaz berceramah tentang menerima ahli keluarga baru. Biar sentap sikit si Nina.

Humairah rasa cemburu sebab Siti asyik ambil gambar Shahrul. Siti pun satu sak, takde sikap profesionalisme!

Hahaha ustaz belum apa-apa Hisham dah terima nikahnya???

Ooooohhh…. Mereka bertiga bertembung buat kali pertama!


 

Episod ini saya rasa kurang impaknya. Ini kerana ia sudah mula fokus kepada watak Shahrul dalam misi pencarian jodohnya sehingga melupakan watak mingguan. Di sini kita dapat lihat bahawa inti sketsa mingguan sebenarnya agak padat. Jika Nina merancang untuk sabotaj majlis ibunya dengan lebih terperinci, pasti episod ini akan menjadi lebih menarik, bukan? Ini setakat smiley face dan muzik barat. Whot? Mungkin boleh selitkan satu peristiwa yang membuat Nina tukar fikiran dan menerima Hisham sebagai bapa tiri untuk mengukuhkan lagi inti drama minggu ini!

Dengan penuh berat hati, saya rasa #TeamSiti akan menang. Ini kerana Shahrul kelihatan lebih selesa berbual dengan Siti, sampai berjenaka dan bergurau segala. Shahrul masih rasa malu-malu apabila berdepan dengan Humairah. Maria? Maria siapa? Kita tak boleh cakap pasal Syaitonne.

Rahmah pun satu, episod lepas taknak suruh anak dia kahwin, tapi episod ni suruh anak dia kahwin. Aku dah bilang dia menopause.

Namun, saya rasa pada episod seterusnya, Ustaz Yasin akan cuba memikat hati Rahmah dan Shahrul tidak akan memilih antara ketiga gadis ini kerana masih belum bersedia untuk mendirikan mahligai. Ataupun, babak terkahir, ketiga-tiga gadis ini berdiri depan Shahrul dan *cue credits* sebab nak step unsur tergantung + biarkan penonton buat pilihan bagi Shahrul.

Apa pendapat anda?

Jangan lupa untuk saksikan episod terakhir Kisah Tok Kadi minggu hadapan!

Pengkritk Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s