Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Adakah anda terkejut dengan keputusan minggu ini? Kita sudah pun ketahui siapakah 3 jejaka dan 3 gadis yang bakal masuk gelanggang peringkat akhir Anugerah Skrin: Mencipta Bintang! Namun sebelum itu, ingin saya kupaskan apa yang berlaku pada peringkat akhir bahagian 2 untuk peserta lelaki!
Shah Iskandar segak senantiasa dengan baju pattern bunga-bunga yang kita sering lihat di kolong blok. Jika minggu lepas burung gagak, kali ini Huda Ali ayam jantan gian.
Untuk segmen Takut Tak Takut, Kamarul Arifin mencuba Dart War. Pengacaraan ya agak “terpaksa” dan cara beliau berbual sekolah-olah ingin menyempurnakan diksi kerana beliau sering stretch mulutnya. Beliau juga mengatakan “Dart Wart”???? Wart tu kau ah hahahaha.
Pengetua juri, Khairudin Samsudin pun berkata ia kelihatan jelas bahawa dia memaksa diksinya. Begitu juga dengan Syaiful dan Fadli.
Dalam segmen lakonan, beliau dipadankan dengan Izyan Mellyna (yang tak boleh menangis) yang memainkan watak Farhana. Sungguh kagum ya Kamarul boleh menangis tapi mulut dia macam ada air liur tersekat ah and somethingh was off.
Zaidi Ibrahim inginkan Kamarul mendalami wataknya melalui dialognya. Ini kerana dialog juga mempunyai watak. Menarik!
Syaiful Ariffin tampak lebih semula jadi namun masih memaksa diksi. Seorang pengacara yang siao on sebab berpeluh-pelah melakukan aktiviti archery battle ni!
Ayang, Anje aoouumm. Lakonan yang sungguh meyakinkan. Ini kerana lirikan mata dan cara penyampaian lakonan Syaiful amat terserlah dan dapat dirasai oleh penonton. Maklumlah, dapat berlakon dengan Sugar Mummy Hashimah Hamidon daripada drama Mengejar Mentari.
Ariati Tyeb Papar dapat feeeeel lakonan Syaiful. Syabas!
Exaggerating as usual namun inilah yang membuatkan Danish Ashraf untuk ada identiti yang tersendiri! Tidak boleh dinafikan bahawa memanglah seronok menonton pengacaraan Danish kerana amat bubbly namun ia juga boleh menimbulkan kejengkelan dalam diri penonton kerana terlalu dibuat-buat dan kebudak-budakan. Mungkin ia memang lumrah Danish tapi harus kawal dan pasti segelintir penonton akan jelak.
Kata Sharon Ismail, Danish distinctive dan mirip-mirip pelawak zaman Aziz Satar dll. Syabas.
Adakah anda sedih kerana anda tidak dapat mendengar ke-sassy-an Sharon Ismail setelah Anugerah Skrin tamat? USAH RISAU! Interns 2 bakal menemui anda pada 5 April!
Lakonan yang bagus sekali oleh Danish bersama Mariana Yati daripada drama BelaHati. Namun, adegan ini seiras adegan daripada drama Farhana pulak! Penulis kekurangan idea ke? Saya agak terkejut kerana watak Danish tukar ekspresi dengan begitu pantas apabila watak Mariana berkata bahawa anaknya harus menjalani pembedahan. Padahal watak Danish nak tengah marah, nak keluar rumah. Terus duduk??? Keliru saya.
Cabaran menghias kek. Reaksi Fadli “Ooohh” “Mmm” “Aaahh” agak tidak perlu dan mengacau penjelasan Cef Zan!
Tell me I’m not the only one who got distracted by his muskels??? Sado sak.
Lakonan yang ok-ok sahaja daripada Fadli Kamsani, klimaks yang tidak begitu oomph. Sungguh bertuah ya Fadli dapat beraksi bersama pelakon muda Farhana M Noor daripada drama Rempuh. Dan bak kata Ariati, agak keliru kerana backstory tidak jelas.
Saya tidak boleh terima the sexism in this babak singkat? Merepek sak. Perempuan tak boleh main ragbi sebab terkinja-kinja. Apa sak.
Iskandar Shah mendapat cabaran zapin. Sungguh kaku namun syabas ya. Cara pengacaraannya biasa-biasa sahaja la takde pape bagus sangat. Tapi comel tengok dia joget hahaha kepala dia lenggok bukan main lagi.
Secara terus terang, saya agak hampa kerana Fadli, Danish dan Iskandar mendapat cabaran yang kurang lasak ataupun, tak lasak langsung! Padahal segmen ini dipanggil “Takut Tak Takut”. Saya rasa boleh tukar jadi “Takut Jadi Bapok”! Mungkin ini yang menyebabkan kekeliruan dalam diri Iskandar kerana beliau seolah-olah menganggap cabaran ini sebagai cabaran yang amat susah padahal menari merupakan aktiviti yang agak santai dan seronok. Ini kerana beliau mahu live up to the segment’s name, kan?
Iskandar Shah patut rasa sangat bersyukur kerana dapat mengongsi pentas bersama seorang lagenda, Era Farida atau Kak Fid daripada drama Bubur Masjid Air Katira! Memanglah saya tau watak Iskandar memainkan watak seorang ahli jawatankuasa di masjid tetapi pakai capal dengan baju lengan panjang? Hmm… Macam off ah tengok di TV. Saya rasa lakonannya agak ok-ok tetapi klimaks “dicuri” oleh Kak Fid. Too bad. Jika dibandingkan lakonan sebelum ini, saya lebih suka lakonan sebelumnya.
Peserta wanita bersama peserta lelaki di atas pentas untuk ketahui tuah mereka.
Ramalan saya: Wirda (duh) dan Nurul/Shida. Saya tidak dapat pilih antara Nurul dan Shida kerana Nurul semakin baik, mungkin boleh jadi lebih baik. Shida pula memang dah good la tapi macam kurang.
Wirda… Urgh. Di media sosial dah heboh pasal Wirda masih dalam pertandingan ini. Ikuti saya di Fesbuk dan Twitter!
Bagi peserta lelaki pula… Hmm agak sukar untuk saya ramalkan!! Tapi yang pasti, Danish dan Syaiful pasti dapat meneruskan ke peringkat akhir!
Pasangan pertama yang tersingkir… Kamarul dan Shida.
Eh? Terkejut ke Wirda? Kenapa? Awak tak sangka keputusan ini ke? Bleargh.
Alhamdulillah, Wirda terkeluar. Iskandar??? 😦
Whatever it is, korang-korang jangan putus asa ya! Korang dah mencapai ke tahap ini, pasti boleh menjadi bintang jika kerja keras. All the best!
Kepada finalis Anugerah Skrin, buat sedaya upaya!!! Ingat, ini peraduan dan hadiahnya lumayan ya $20,000!!!
Can’t @ Danish who got over excited??? I know you are like that but there’s still cameras around.
Itu sahaja daripada saya! Agak-agak anda, siapa yang akan pulang rumah dengan wang sebanyak $20,000? Dan siapa pula akan mendapat hadiah sampingan Radiglow? Jangan lupa untuk undi peserta kegemaran anda di toggle!
Kalau tersinggung, tuliskan di feedback form yang tak wujud sebab perasaan saya terhadap awak yang sakit hati pun tak wujud.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] oleh Atyy dan the mamat polis tidak memuaskan. Macam peserta Anugerah Skrin. Namun tidak boleh salahkan mereka lah eh, pelakon baru. So saya akan memberi […]
LikeLike
[…] akan menemui anda di kaca TV sewaktu Peringkat Akhir Anugerah Skrin! Bersama Sheila Rusly, Faisal Ishak dan abang Khairudin Saharom. Saya rasa mereka merupakan juri […]
LikeLike