“Kita tersalah konsert!”
Itulah keluhan beberapa makcik-makcik tatkala menonton konsert solo Shila Amzah di Capitol Theatre malam semalam.
Satu je lagu Melayu
Penyanyi Malaysia itu telah ke Singapura untuk konsert tour “Journey To The Future” untuk hiburkan peminat Singapura, setelah konsertnya di Kuala Lumpur pada 4 Mac kelmarin.
Namun, peminat Melayu Singapura hanya dapat menikmati sebuah lagu Melayu daripada pemenang The Masked Singer 2 Malaysia. And of course, beliau nyanyikan Patah Seribu, lagu yang amat sinonim dengan dirinya.
Target pasaran Cina
Lebih daripada kira-kira 75% konsert ini, pemenang Asian Wave 2012 itu menyanyikan lagu-lagu berbahasa Mandarin, dan juga Cantonese. Yang lain-lain adalah lagu Inggeris, kebanyakannya lagu Beyoncé. Nampaknya, Shila menghidupkan lagu-lagu yang pernah beliau cover di saluran YouTubenya.
Tidak boleh dinafikan bahawa peminat berbangsa Cina mungkin amat menikmati konsert Shila ini dan enjoicing sangat, tapi ia membuat peminat Melayu Singapura rasa terpinggir.
Kalau tak pun, nyanyilah 3 lagu Melayu. Cukupkan syarat. 3 kan… sunnah. Hais, minggu lepas baru tunang dengan Ubai takkan Shila tak boleh belanje sikit lagi lagu Melayu? Tak vibe doh kau Shila!
Memang Min jangkakan bahawa Shila Amzah akan membawa banyak lagu berbahasa Cina. Ye lah, kau tengok je cara pemasarannya di Singapura. Sasarannya bukanlah orang Melayu. Media dalam talian rasmi – Mediacorp 8 World, radio rasmi – Yes 933. Kau rasa?
aku harap sangat korang faham tau weh
Agak-agak team Shila fikir peminat Melayu SG takkan datang ke? Kesian pulak Shilalas yang datang jauh dari Malaysia! Terdengar mereka merungut sebab sebuah lagu Melayu saja, tambahan pula, konsert anjuran IMC Group Asia ini hanya 90 minit!
Bukan itu saja, bila habis konsert dan semua pekik ENCORE, Shila tak muncul… kesian weyyyyyyy. Mereka inginkan lebih daripada idola mereka!
Menurut pengurus Shila Amzah, Aini Shuhaidah di Twitter, ketidakmunculan Shila bukanlah keputusan mereka. Hmm…
Tapi takpe! Sebab Shila berkata beliau mungkin akan kembali untuk nyanyi lagu Melayu katanya apabila menjawab soalan peminat di Capitol Theatre. Kita doakan ia akan berlaku, ye?
Juga, Min perasan bahawa busana yang dipakai Shila merupakan busana yang beliau pakai masa konsert kat KL… Gurl… no komen… Cuma nak cakap, tak begitu… um… flattering untuk dia.
Lagipun, apanya yang Journey To The Futurenya? Sumpah tak reti asal judul konsert macam tu. Like… the message wasn’t conveyed tau? Kalau dia teaser lagu baru ok lah future2. Ni habuk pun takde.
Tetap enjoice
Secara keseluruhan, memang seronok lah kot tengok konsert Shila walaupun tak faham. Dia berbual Mandarin, Min tercari-cari sari kata. Boleh gitu?
Yang membuat lagi seronok adalah lampu-lampu foam yang diberi secara percuma. Sayangnya, ramai taruk dalam tong sampah lepas konsert… Hais.
Selain Singapura dan KL, Shila juga akan bertour di Sabah, Penang dan Indonesia. Semoga berjaya!
Thanks tau weh.
– Pengkritik Sandiwara


[…] Shila Amzah, kini giliran Sheila Majid pula untuk bertemu peminat […]
LikeLike
[…] pada 7 Oktober. Tapi, bukan di Bukit Bintang Temasek. Di Panggung Capitol, lokasi sama di mana Shila Amzah menyanyikan satu lagu Melayu di konsert […]
LikeLike
[…] tempat kecik sikit macam Capitol mungkin ok lagi kot? Shila Amzah, Fourtwnty dan Yuna pernah perform […]
LikeLike
[…] TBA (dahulu dikenali sebagai Coboy Junior dan kemudian CJR), akan mengadakan konsert mereka di Panggung Capitol pada April […]
LikeLike
[…] ialah senarai tempat makan halal atau mesra Muslim sekitar Capitol Theatre, seperti Funan Mall, Raffles City dan The Adelphi, khas untuk anda yang nak isi perut sebelum […]
LikeLike