Charly ST12 bukak baju, bikin havoc di Star Theatre

Jeritan 5,000 penonton di panggung Star Theatre bergema tanpa henti semasa konsert ulang tahun ke-20 ST12.

Band Indonesia itu kembali ke Singapura untuk hiburkan peminat dalam konsert 20th Anniversary: ST12 Reunion yang sold out.

Membawakan lagu-lagu ikonik mereka seperti P.U.S.P.A., Cari Pacar Lagi, Terlalu, Aku Terjatuh, Kepingan Hati dan banyak lagi, membuat penonton ikut nyanyi bersama, meneriak tidak ingat dunia. Baik si gadis atau bapak budak, semua penonton terkinja-kinja melayan Charly, Pepeng dan Pepep di pentas.

Bak kata anak muda zaman ini, betul-betul healing lah kat konsert tu! Apakan tidak, lagu semua tentang patah hatilah, cintalah, curanglah… Aku harap sangat korang faham tau, weh.

Satu panggung secara serentak berdiri apabila Charly akhirnya muncul di pentas. Teriakan (terutama dari para gadis) jelas kedengaran, sambil menyanyi, mengimbau zaman muda mereka.

Selain mereka bertiga, anak Charly, Restu, turut membuat penampilan bersama ayahnya. Sufi Rashid, selaku orang besar SAH Entertainment, tidak terkecuali. Aris Runtuwene membuka konsert ini dengan nyanyiannya.

Empat peminat bertuah juga dapat peluang untuk ke atas pentas untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka bersama Charly. Pasti ia satu detik yang tidak dapat dilupakan!

Charly juga sering beri ‘hadiah’ kepada penonton di hadapan. Seumpamanya jaketnya, batang dramnya, pik gitarnya. Untunglah diorang yang duduk depan dapat habuan.

Kumpulan itu turut rasa terharu dan gembira mendapat sambutan yang begitu hangat di Singapura. Penonton dapat merasakan penghargaan mereka bertiga melalui lagu-lagu yang didendangkan.

Di akhir persembahan, Charly sujud syukur di atas pentas, menunjukkan betapa berterima kasihnya beliau untuk peluang ini. Yang penting, ada lah orang kat depan tu dapat bawak balik baju Charly kan?

Secara terus terang, ia salah satu konsert yang paling gempak Min pernah pergi tahun ni. Amat berbeza dengan konsert Kris Dayanti yang baru berlangsung Rabu lalu.

Tahniah SAH Entertainment atas konsert sold out ni (yes, diorang bukak semua tiga tingkat tau!) dan semoga konsert lain pun laku! Dah beli tiket Rossa belum, uolls?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Sah Entertainment)

4 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Konsert solo NOAH sehari selepas Konsert Galau – Pengkritik Sandiwara Batal balasan