Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Penyanyi yang tak asing lagi, Dato M. Nasir bakal bertemu dengan peminat Singapura pada bulan tujuh tahun ini.
Berjudul Gendang Pati, konsert di Star Theatre itu akan berlangsung pada 22 Julai. Harga tiket bermula pada $118.
Gendang Pati adalah persembahan keraian pada ciptaan muzik dan kegembiraan insan. Rentak yang berdasarkan muzik Dunia dan kepulauan Nusantara. Lagu-lagu yang menghayun jiwa untuk menyanyi dan menari. Malam ini spirits akan berterbangan – persembahan dari artis legenda Dato’ M Nasir.
Pembeli tiket VIP berharga $398 bukan saja boleh bertemu dalam sesi Meet & Greet, tapi boleh juga menonton persembahan akustik istimewa pada hari sebelumnya di Lion Studio.
Tiket sudah pun mula dijual pada 1 Januari lalu. Sebelum ini, penyanyi Mentera Semerah Padi itu pernah mengadakan konsert solo di Singapura pada 2018.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai persembahan acara Muse Plus ini, anda boleh ke lelaman ini.
Korang tengok tak?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Startix)

[…] yang akan menghiasi lokasi berprestij ini adalah ST12, Rossa, Slam, Kris Dayanti, Dewi Persik, M Nasir dan ramai lagi, […]
LikeLike
[…] Kumpulan rok itu yang diterajui Awie, bakal menemui peminat mereka pada 29 Julai 2023 pada 8 malam, seminggu selepas konsert Gendang Pati, M Nasir. […]
LikeLike
[…] konsert lain yang bakal berlangsung di tempat yang sama adalah konsert M.Nasir, Slam, Rossa, D’Masiv dan banyak […]
LikeLike
[…] yang akan menghiasi Bukit Bintang Temasek adalah konsert Ella, Newboyz, Rossa, D’Masiv, M Nasir dan banyak […]
LikeLike
[…] Di mana korang tanya? Di mana lagi kalau bukan Bukit Bintang Temasek! Baru-baru ini, Muse Plus membawa masuk Dato M. Nasir. […]
LikeLike