Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Segala persoalan terjawab semalam apabila pempengaruh Twitter, Matin Berry, akhirnya bersuara di Twitter setelah bersenyap buat seketika.
Ini setelah filem pendek yang dimuatnaikkan pengguna susutetekumi menimbulkan banyak tanda tanya mengenai keberadaan Matin Berry, membuat ramai warganet risau akan kesejahteraan ahli simp itu.
Dalam video pertama, pengguna @n0raacacz bersama Matin Berry serta ahfat dan matrepsejati membuat reviu makanan di sebuah paya ngeri.
Setelah video itu tular dengan hampir 200,000 tontonan, ramai warganet tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Matin Berry kerana Matin hilang daripada Twitter buat beberapa hari.
Para penonton video tersebut juga memberitahu bahawa terdapat ‘benda’ yang boleh dilihat dalam video itu. Astaghfirullah! Bukan satu dua saja, bertubi-tubi komen berkata ada ‘benda-benda’!
Ramai membuat spekulasi dan teori konspirasi bahawa Matin mungkin diganggu makhluk halus, menyebabkannya tidak aktif di Internet.
Semalam, Twitterjaya dikejutkan dengan sebuah video di Twitter Matin Berry menjelaskan keadaan sebenar!
Pendek kata, memang reviu makanan itu sekadar hiburan seperti dijelas oleh Matin dalam filem pendek bahagian kedua mereka. Namun, bak kata pepatah – kita merancang, Allah menentukan.
Terdapat beberapa perkara yang tidak berlangsung seperti mana mereka rancangkan. Antaranya kecederaan Dee Kosh Ahfat, di mana badannya kelihatan seperti dicekau! Matin juga dipercayai jatuh sakit setelah sesi penggambaran tersebut.
Dalam IGTV Athirah, seorang pakar solek kesan khas, bahagian ketiga filem pendek menjawab segala pertanyaan warganet.
Video selama 13 minit lebih itu menunjukkan lakonan kisah filem pendek serta penjelasan menyeluruh mereka. Apa yang penting, ini semua sekadar kerjasama dan buah fikiran mereka yang amat kreatif dan lain daripada yang lain. Pushing boundaries, gitew!
Tapi… adakah ia bernas? Warganet terbelah bagi antara menyokong mereka dan tidak menyokong mereka. Ini kerana mereka melibatkan unsur mistik untuk mendapat ‘clout’. Kononnya macam Highland Towers ah. Kepercayaan dan kerisauan peminat mereka juga seakan dipergunakan kerana rasa risau mereka terhadap Matin yang sakit tapi ini semua lakonan?
Apa pendapat anda? Orang tua-tua cakap… takde kerja cari kerja!
– Pengkritik Sandiwara
[…] itu, banyak juga rancangan bertemakan seram yang tumbuh bak cendawan baru-baru ini. Daripada filem pendek buatan anak muda […]
LikeLike