Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Syarikat Apple baru sahaja membuka kedai mereka yang berbentuk bulat di atas air dekat Marina Bay Sands.
Semenjak pengumumannya, ramai orang ke sana untuk mengambil gambar kerana infrastrukturnya yang menarik dan lain daripada yang lain. Dan pada waktu malam pula, cahaya lampu melatarbelakangkan pencakar langit menjadikn gambar IG anda lebih cantik dan unggul!
Namun begitu, hos terkenal setempat, Khairudin Saharom, yang juga seorang arkitek memberi pendapatnya mengenai bangunan itu. Dalam IG Storynya semalam, hos itu berkata bahawa dia menyoal sama ada bangunan itu berhak menjadi tokoh kota kita dan bagaimana ia dipuja di socmed.

Beliau merasakan bahawa ini sebuah pertunjukan ego dan serba sedikit menunjukkan ketuanan kolonialisme (colonial supremacy).
Khairudin juga membuat perbandingan dengan bangunan parlimen Jerman yang dibina pada 1992/93, yang direka Norman Foster.

Dan perbezaannya adalah, bangunan Apple kini di atas air.
Diilhamkan oleh The Pantheon, Khairudin menulis bahawa tafsiran amat bermakna sekiranya ia ada kaitan yang kuat dengan konteks sosial dan persekitaran yang relevan. Hmm… betul tu kata dia, apa kena mengena The Pantheon dengan masyarakat Singapura, kan?
Natijahnya, Khairudin berpendapat bahawa kota singa ini layak untuk mendapat lebih daripada bangunan bulat untuk menjadi tokoh atau lambang negara.
Setuju sangat! Mungkin kalau kisah di sebalik bentuk kedai Apple tu datang daripada tudung saji………… boleh kot jadi ikon negara?
Apa pendapat anda? Patut tak kita mengagung-agungkan bangunan Apple semata-mata ia cantik dan berbentuk bulat? Dan menjadikannya mercu tanda Singapura?
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Marina Bay Sands / Khairudin Saharom)