Drama RETAK malap dan layu

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam, Suria menayangkan drama bersiri terbarunya bertajuk RETAK yang berlangsung setiap Isnin pada jam 9.30 malam.

Dibintangi oleh Mariana Yati, Mazlan Amat, Iskandar Mazlan, Syaiful Ariffin, Fizah Nizam dan ramai lagi, drama ini mengisahkan watak Paun Zahara, seorang wanita moden dan berdikari yang tidak lagi hiraukan suaminya, Imran, yang baru bebas meringkuk dalam penjara.

Apabila saya sedang menonton episod pertama drama ini, bukan hanya jalan cerita agak malap, malah skrip serta cara lakonan para pelakon agak… perlahan sekali. Malang sekali, di MeWATCH takde fungsi tonton video dalam 2x speed. Kalau ada, dah picit dah!


Sepertinya kita pernah tonton drama seperti ini. Si suami dipenjara, mengabaikan si isteri. Apabila si suami keluar, isteri dah tak kisah. Besar kemungkinan suami dipenjarakan kerana kesalahan sendiri… or maybe not.

Anak-anak pulah terbelah bagi. Ada yang masih sayangkan si ayah (Adam), ada yang lupa ayah masih hidup… kot (Ryan).

Beralih ke babak di sekolah, masih wujud individu yang membuli walaupun dah tahap universiti. What’s with Suria dengan this school bully obsession? Ni bukan kali pertama mereka mengenalkan watak buli di sekolah tahap pengajian tinggi dalam drama-drama mereka! Takkan lah kat uni pun ada orang nak ugut copy assignment? Tercyduk nanti turnitin. Tak ke gitew?

Watak Adam pula seperti takut isteri… Tak tahu nak bahagiakan ibu atau isteri.

Walaupun drama ni agak slow, mungkin sis akan tonton one more episod. Sebab nak tahu apakah inti drama ni? Apakah konflik utama dalam drama ini? Mengapa Imran dipenjara? Siapakah musuh Zahara dalam bidang kerjaya jual beli hartanahnya? Apa yang akan dilakukan Adam dan Ryan setelah bapa mereka kini bebas?

Episod 1-4 dah kat Toggle so tengok la kalau korang sudi.

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s