Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah menonton empat episod siri kedua Tekan Minyak di Toggle (which loads like shit i hope the new website is better lmao), saya tertanya-tanya…
Apa yang baru dalam musim baru Tekan Minyak ini?
Sepertinya, masalah dan isu-isu yang dikupas dalam musim ini merupakan isu ‘recycle’. Iaitu mereka memperbaharukan masalah yang telah selesai.
Sebagai contoh, masalah Suriati yang tak dapat anak dah pass down ke adik iparnya, Nadiah yang kini kepingin sangat nak anak. Tapi suami mudanya belum bersedia.
Kini, Suriati ada masalah menjaga dua anak dan menjaga hati ibu mertuanya pula setelah cabaran pertama berjaya diharungi. TBH, the only conflict I care about now.
Aini pula masih dengan isu spa dan tidak tahu menjaga anaknya. Dia ni b*doh ke? Dah terang anak dia tu perlukan layanan istimewa tapi dia masih gigih nak marah-marah…
Mungkinkah perkahwinannya tamat pada musim ini?
Watak Leena pula… perlu ke? Sehingga episod 4, watak Leena ni setakat untuk cukupkan 5 orang wanita. Kalau dia tak wujud pun takpe tbh.
Si Rahimah masih ada pertelingkahan dengan suaminya. Mungkin dia harus fikir tentang kerjayanya sebagai influencer sebab dia tak buat duit.. kot?
Saya harap musim ini mereka akan beri lebih fokus dan dinamik kepada watak 5 wanita ini. And we really do not want to know what their husbands are doing tau? Kita nak tengok drama pasal wanita bukan jantan!!!
It’s 2020 and let’s focus more on women.
Ok itu saja kupasan ringkas malam ini.
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] episod-episod yang bakal menanti anda adalah Mertua International, Tersalah Firasat dan Tertekan Minyak. Wow, membaca tajuk-tajuknya memang geli hati ya! Kelakar […]
LikeLike