Kupasan Pementasan: Mak-mak Menari oleh Bhumi Collective

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Persembahan Mak-mak Menari sempena M1 Singapore Fringe Festival 2020 bukanlah seperti pementasan tarian yang biasa kita lihat.

Malah, para ibu-ibu ini berjaya menyentuh hati dan jiwa penonton dengan kisah mereka yang dikongsikan semasa persembahan itu.

Melalui cerita mereka yang diceritakan kepada Soultari Amin Farid dan penonton, kami seolah-olah dijemput ke dalam kehidupan seorang wanita yang digelar ibu, isteri, anak, menantu, kakak, dan sebagainya.

View this post on Instagram

It’s a wrap!

A post shared by Mak Mak Menari 🇸🇬 (@makmakmenari) on

Mereka kongsikan apa yang tidak tertera di sebalik senyuman yang terukir apabila mereka menari di atas pentas. Iaitu kesusahan, pengorbanan, suka dan duka mereka sebagai penggiat seni walaupun sudah berusia dan berkeluarga.

Walaupun masyarakat memandang serong kepada individu Mak-mak Menari ini dek salah tanggapan yang ada terhadap mereka, mereka tetap mengutamakan keluarga.

Tiada apa yang dapat menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka minat dan cinta. Kerana, itu telah menjadi sebahagian daripada mereka. Tidak ada apa yang salah tentang menari. Ia seperti hobi yang lain. Tidak kenal usia pun. Jadi, apa salahnya jika mereka juga menari? Tak salah kan ada hobi?

Itulah antara mesej yang disampaikan dalam Mak-mak Menari ini. Mereka mencabar dan merubah tradisi dan patriarchy yang wujud dalam Islam dan budaya Melayu. Dan membuktikan bahawa mereka adalah wanita yang berjaya mengharungi segala cabaran demi kebahagiaan sendiri.

Melihat betapa lembut dan bersama gerak tari mereka menunjukkan bahawa apa yang menghenti atau memperlahankan seseorang itu daripada melakukan sesuatu adalah diri sendiri. Dan jika mereka boleh melakukannya, semua orang juga boleh!

Mak-mak Menari merupakan inspirasi kepada semua yang sedang mencari-cari kekuatan mereka sekiranya mereka sedang dalam kesusahan.

Setelah menonton persembahan ini, saya tidak dapat elakkan diri saya daripada merasa sedih untuk para ibu di luar sana yang terperangkap dalam keseksaan patriarchy di mana mereka terkongkong kerana tanggungjawab sebagai isteri atau ibu, secara tidak langsung membuat mereka terperangkap Mereka tidak mempunyai kebebasan untuk meluahkan diri mereka atau melakukan apa yang mereka cintakan. 😦

Pengkritk Sandiwara

Bacalah lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s