Kupasan Pementasan: Peter Pan in Serangoon Gardens oleh W!LD RICE

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam malam merupakan acara Gala bagi pementasan pantomime tahunan W!LD RICE yang pertama kali diadakan di rumah teater baru mereka di Funan.

Dan tahun ini, W!LD RICE membawa kisah klasik kegemaran ramai ke pentas – Peter Pan in Serangoon Gardens.

Dilakonkan oleh Andrew Marko, Benjamin Chow, Dwayne Lau, Mae Elliessa, Pam Oei, Siti K dan si cilik dari First Stage! Kids, pementasan ini memberi suntikan Singapura kepada karya J.M. Barrie.

Dan pasti semua orang akan menanti adegan ikonik Peter Pan, iaitu untuk melihat watak-watak beterbangan di atas awan, kan?

Semestinya, W!LD RICE tidak pernah menghampakan! Watak-watak Peter Pan, Ting Tong Bell, Wendy dan adik-adiknya terbang di pentas Funan ala-ala Cirque du Soleil dan penonton dari tingkat 3 pun dapat melihat mereka secara dekat.

Kisah Peter Pan in Serangoon Gardens tulisan Thomas Lim ini menitikberatkan persahabatan, kekeluargaan, saling membantu. Memang best lah jika anda bawa anak-anak anda menonton. Pasti mereka dan juga anda akan terkenangkan masa kanak-kanak anda yang penuh riang dan rileks. Sempena cuti sekolah hujung tahun ini, apa kata anda bawak si kecil ke pementasan ini?

Pada masa yang sama, pementasan arahan Ivan Heng ini seolah-olah memberitahu ibu bapa untuk memberi kelonggaran kepada anak-anak mereka. Ini kerana anak-anak di Singapura membesar dengan terlalu cepat! Baru masuk darjah satu je dah stres pasal PSLE. Biarlah mereka bermain dan nikmati zaman kanak-kanak mereka. Ikut kata Cik B! Tak ke gitew?

Pementasan yang penuh berwarna-warni ini juga amat lucu, terutama watak Ikan Duyung! Memang props dan set yang digunakan amat bijak dan gah sekali. Seperti ‘papan lungsur’ yang digunakan si Duyung-duyung untuk ‘berenang’. Walaupun pentas Funan agak kecil jika dibandingkan dengan pentas seperti di NLB mahupun Victoria Theatre, W!LD RICE tidak menjadikan ia satu masalah untuk membawa set menarik lagi gempak ke pentas.

Lagipun, penonton lebih dekat dengan pentas, jadi bolehlah kami menghargai the details of the props yang terperinci dengan lebih mendalam!

Apa yang agak sukar untuk diterima oleh kami… perhubungan Wendy dan Peter Pan. Bukan kerana kedua-dua watak dimainkan wanita tetapi jarak umur antara pelakon! Sis cuba lupakan jarak umur mereka dan melihat mereka sebagai watak kanak-kanak tapi agak sukar sangat! Nak kata p*do pun ada tapi tak nak lah! Hahahhaa.

Apa yang best tentang muzikal ini… pemuzik berada di sekurang-kurangnya empat lokasi berbeza! Jika anda berada di tingkat dua atau tiga, boleh lah anda melihat mereka! Bukan tu je, bila diorang terbang, boleh lihat ahli kru yang turun naik tangga untuk merealisasikan adegan terbang!

Pendek kata, Peter Pan in Serangoon Gardens merupakan satu kisah yang dekat dengan hati kami semua. Tak kira tua atau muda. Lagu-lagu dan gerak tari mereka pasti membuat hati anda senang. Dan lawak jenaka selamba dan spontan para pelakon amat menghiburkan sekali. Rugi kalau tak pergi!!!!

Jadi, cepatlah beli tiket di sini!

Tak sabar nak lihat pementasan W!LD RICE menjelang 2020!

Macam gempakkkkk jek.

Engkritik Pay Andiwara Say

Bacalah lagi!

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada DRAG dalam dunia hiburan Melayu bukan perkara baru – Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s