Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekarang ni, ramai je yang suka ikut benda trendy, kan?
Macam isu PMD. Dulu ye-ye-oh nak haramkan, bila pemerintah dah haramkan e-skuter menggunakan laluan awam, semua kasihankan pengguna e-skuter yang mencari makan.
Samalah dengan isu penampakan hantu tular ni!
Beberapa hari yang lalu, penggiat alam mistik, Nur Izah memulakan bebenang di Twitter menjelaskan pengalamannya yang ternampak kelibat putih di Little Guilin. Bukan itu saja, dia pun mendengar bunyian aneh.
Ramai yang backing minah ni, sampai kata tempat tu memang keras. Bahkan, tweetnya mendapat lebih 1,900 retweets dan 1,700 sukaan.
Selang beberapa hari kemudian, Pencegah Mitos, Nurul, mendedah kebenaran kelibat putih itu.
Ia sekadar batu putih…
Tweet ini mendapat lebih 13,000 retweets. Setelah itu, ramai yang menyuruh Izah memadam tweetnya kerana mengedar berita palsu. Orang yang dulu backing dia pun dah beralih tempat, dah tak sokong dia lagi.
Namun, Izah keras kepala.
Izah tidak ingin memadamkan tweet itu kerana pengalaman yang dialaminya adalah benar.
Walaupun terdapat gambar yang membuktikan permukaan batu Little Guilin yang berwarna putih menyebabkan penampakan ‘kelibat putih’, otak Izah masih ingin percaya bahawa ia mungkin pocong.
Menurut pakar geologi, Profesor Bee Tang Coup, tidak mungkin permukaan batu putih itu bertukar menjadi pocong pada waktu malam.
Suara aneh mengilai yang didengar Izah mungkin jeritan sang wanita yang sedang menikmati hubungan seks di tepi tasik itu, jelas ahli mistik, Pak Rodent.
Izah telah memuatnaikkan video LIVE di Twitter (yang telah dipadam) untuk jelaskan kenyataannya.
Dimulakan dan diakhiri dengan lagu raya, video itu menunjukkan Izah sebagai remaja kurang cerdik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, menjelaskan kebingungannya dalam kepercayaan alam mistik. Dia tidak ingin orang ramai memperkecilkan pengalamannya yang penuh keajaiban itu.
Walauapapun, jangan kecam dia eh. Dia cuma terkejut bila nampak benda mistik bila pergi sesi memburu hantu. Bercanggah, kan?
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
* Not for Mothership