Wayang Sekarang: Pusaka

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sememangnya, tahun ini tahun filem hantu! Banyak sangat filem hantu dari negara jiran.

Mujur sekali, filem yang mengganggu kententeraman orang ramai, Pusaka, yang kini di pawagam amatlah menggerunkan sekali!

Ada beberapa pihak juga mengatakan bahawa mungkin ini filem Melayu paling seram setakat ini! Wow gempak!

Dibintangi Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi dan Mimi Lana, filem ini memang banyak dengan adegan lomjut (lompat-kejut aka jump scare) tetapi, bukan macam filem seram yang lain di mana lomjut diadakan untuk terapkan unsur seram, tapi adegan lomjut dalam filem pusaka benar-benar mengejutkan penonton di pawagam!

Mungkin filem ini antara salah satu filem Melayu yang tidak sangat bergantung kepada kewarakan agama seseorang untuk menghapuskan hantu. Malah, filem ni macam syirik vs syirik, babe!

Apakan tidak, (SPOILER ALERT), keluarga si arwah sering diganggu oleh saka arwah tetapi, untuk melindung diri mereka dari saka itu, mereka sendiri mencari saka lain! Menduakan tuhan la gitew!

Cuma apa yang tak masuk akal tentang filem ni, bila pesakit kat hospital termuntah darah atau tetibe sawan babi, detektif yang muncul siasat keadaan, bukan doktor… pelik.

Orang ramai juga seolah-olah terpaksa meneka siapakah pemilik saka dan membunuh mangsa sebab ramai sangat orang dibunuh.

Disangkakan Ogy Ahmad Daud tapi bukan! Jadi siapa ye?

Pada akhir filem, orang ramai diberi sedikit gezek bagi kesinambungan kisah Pusaka ni. Semua menanti filem kedua!

⭐️: 5/5

Pergi tonton sebelum terlambat!

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s