Ulasan Drama: Baru Nak Up

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sepertinya, trademark Suria sekarang adalah mencuri idea mendapat ilham dari saluran Astro!

Ye lah. Kalau rancangan SG Mania tu diilhamkan oleh Gegar Vaganza, drama terkini, Baru Nak Up pula buah fikiran pasukan Suria setelah meneliti rancangan Big Stage!

A’ah Big Stage rancangan Astro tu! Kan #BBNU Budak Baru Nak Up…

Suria pun nak lah ikut serta BBNU ini dengan drama ala-ala BBNU kononnya…


Dibintangi oleh Farhana M. Noor, Fadhli Abdullah, Fatin Amira, Faiz Zainal, Amirah Yahya, Ryan Sufiyan, Johan Jaafar, Hashimah Hamidon, Iswan Ismail, Ahmad Stokin, Junaidah Eksan, Nurijah Sahat dan Abdul Aziz Mohd Amin, drama ini mengisahkan lima sekawan dalam lingkungan lewat 20an yang hampir mencapai kejayaan masing-masing.

Maklumlah, kalau umur dah capai 30, belum ada kerja tetap atau mencapai matlamat hidup tu maknanya kehidupan kau malap, ye?

Kami hanya menonton episod pertama dan seolah-olah boleh agak apakah jalan drama klisye ini.

Setiap watak konsperm ada cabaran tersendiri dan setiap episod seorang watak menjadi keutamaannya. Mereka menjalani harungan bersama. Tapi, kadangkala gaduh.

Episod akhir, mereka semua berbaik… Gitew kan? Hais, Suria nak buat Bara tapi tak menjadi…

Bukan itu saja, ini merupakan kali ke-n Suria cuba menerapkan media sosial dalam drama mereka agar dapat tarik perhatian anak muda.

Masih ingat Instageram?

Jangan cakap anak muda, anak tua pun tak nak tengok!

Tapi kalau nak tengok, terserlah lah eh…

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s