Coachella Singapura tampilkan selebriti ‘Gred B’!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ariana Grande, Beyoncรฉ, Blackpink dan ramai lagi.

Itulah antara nama terkemuka yang pernah menggegarkan pentas pesta muzik terbesar, Coachella di Amerika Syarikat.

Tidak ingin ketinggalan, Singapura juga akan adakan Coachellanya tersendiri!

Dipanggil Steroefest, ia akan diadakan di pulau Sentosa bulan depan! Menarik, kan? Para penyanyi dari rantau ini akan dijemput untuk membuat persembahan.

Adakah anak muda kita juga akan mengenakan busana merecik lagi anggun di pesta muzik ini atau mereka akan datang bersama ibu bapa mereka? Kerana separuh daripada barisan artis merupakan selebriti has beens yang pernah popular satu ketika dahulu. Yang mungkin boleh dicap sebagai ‘Gred B’.

Antaranya adalah Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan Anita Sarawak.

Woops, gurau saja.

Pernah popular pada awal 2000, New Boyz akan menghiasi pentas Stereofest dengan hit mereka seperti Meraung dan sebagainya. Nampaknya, ramai kakak-kakak yang berusia 30an tahun akan menghadiri konsert ini bersama anak mereka yang baru masuk tadika…

Nak Yuna? Ok, Zee Avi ada!

Menggantikan tempat Yuna, penyanyi one hit wonder ini yang pernah cuba menembus pasaran antarabangsa akan mengubati hati peminat dengan lagunya ‘Semalam I call you, you tak answer’.

Dan seperti AS, konsert Stereofest ini amatlah inklusif, tak kisah orientasi seksual anda.

Menampilkan alumni Anugerah yang menjadi perbualan gadis muda dulu, Hyrul Anuar, Syed Azmir dan Fauzie Laily atau ANBS. Pasti anda akan terhibur dengan lagu-lagu mereka yang bertajuk… erm… ‘Kopi Bujang’?

Dan semestinya! Jaz! Who?

Kalau tahun ini Ayda Jebat tidak membuat persembahan bagi APM kerana tahun ini takde, usah risau. Peminat Singapura pasti akan teruja melihat Ayda mempersembahkan lagu ‘Aduh-duh Abang’ dengan suaranya yang mediokre.

Menarik kan, artis-artis yang akan membuat persembahan? Meletop semuanya!

Pesta muzik ini akan berlangsung selama 2 hari! Tiket bermula pada $58!

Lebih banyak barisan penyanyi akan diumumkan dalam masa terdekat.

Selain itu, ada juga pertandingan lah wei…

Mencari penyanyi Melayu!!! Fuh. Pemenang akan membuat persembahan di konsert ini. Wow! Bestnya! Gempak!

Orang yang kita tak kenal dapat buat persembahan! Mesti gerek.

Tak sabar untuk Coachella tahun depan!

Jangan risau ye, takde arak. Beverage partner halal mocktail, uolls!

Jokes aside, in all honesty, amat eksaited ya ada konsert Melayu segempak ini!

Macam mengembalikan kegemilangan di mana Sentosa pernah menjadi tempat permainan penyanyi Melayu.

Kalau selebriti yang akan diumumkan lagi tu gempak, mungkin akan reconsider… Terima kasih.

Adakah ini akan menjadi acara tahunan?

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s